omniture

Syiling Perak Royal Canadian Mint Sambut Ulang Tahun ke-50 Give Peace A Chance Plastic Ono Band

Royal Canadian Mint
2019-05-25 01:26 250

MONTREAL, 24 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1969, Plastic Ono Band (John Lennon dan Yoko Ono) merakamkan lagu Give Peace A Chance, sebuah lagu kebangsaan antiperang untuk generasi-generasi pencinta damai dan peminat-peminat muzik di seluruh dunia. Lagu tersebut dirakamkan secara langsung dari suit Queen Elizabeth Hotel Lennon dan Ono di pusat bandar Montreal, tempat John dan Yoko mengadakan bantahan "Bed-in for Peace" mereka yang terkenal. Lima puluh tahun kemudian, Mint merakamkan detik istimewa dalam sejarah Kanada dan muzik itu menerusi syiling perak tulen bagi meraikan bakat seni dan aktivisme sosial Lennon dan Ono, dalam satu perjanjian yang diaturkan oleh Epic Rights, ejen pelesenan global untuk John Lennon.


"Untuk generasi-generasi Kanada, muzik dan lirik John Lennon dan Yoko Ono telah menjadi sumber keseronokan dan juga inspirasi," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Kami berasa gembira kerana dapat menghasilkan syiling bagi meraikan hubungan istimewa Kanada bersama John dan Yoko serta pesanan keamanan mereka yang abadi."

"Sempena ulang tahun ke-50 Bed-in for Peace, kami berbesar hati kerana Royal Canadian Mint memberi penghormatan untuk meraikan detik berkenaan di hotel kami dan sejarah bandar raya kami dengan mengeluarkan syiling kenang-kenangan," ujar David Connor, Naib Presiden Serantau dan Pengurus Besar Fairmont The Queen Elizabeth. "Kami berharap agar ia akan membantu mempromosikan kesedaran yang lebih tinggi tentang pesanan keamanan oleh John dan Yoko yang masih mempunyai perkaitan dan kepentingan yang kuat pada hari ini."

Reka bentuk belakang syiling perak 99.99% tulen ini menampilkan penerapan gambar hitam dan putih yang terkenal John and Yoko oleh Ivor Sharp di "Bed-In for Peace" mereka yang diadakan di Montreal pada lewat musim bunga tahun 1969. Berpakaian pijama dan kedua-duanya memegang sekuntum bunga ros, mereka duduk di atas katil, dengan poster keamanan buatan tangan digantung di belakang mereka. Bahagian depan menampilkan potret timbul Ratu Elizabeth II oleh Susanna Blunt.

Terhad kepada tempaan 9,999 keping di seluruh dunia, syiling ini dijual dengan harga $99.99 CAD. Untuk maklumat latar belakang penuh tentang syiling ini boleh didapati di tab "Shop" www.mint.ca

Imej syiling disediakan di: https://www.dropbox.com/sh/qe24k8kmridut9l/AAA6y1sSwhLSvM849E2IXhHla?dl=0

Produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca.

Latar Belakang Epic Rights
Epic Rights ialah sebuah syarikat penjenamaan jualan, pembarangan dan perkhidmatan konsert artis dalam industri muzik yang terkemuka dan mewakili ramai artis terkenal. Epic Rights menyediakan skop perkhidmatan yang luas termasuk penjenamaan jualan dan pelesenan, laman sesawang artis rasmi dan pengurusan media sosial, kedai dalam talian konsert artis rasmi, tiket VIP, komuniti peminat rasmi dan perundingan pendaftaran tanda dagangan. Ibu pejabat Epic Rights terletak di Los Angeles, California. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.epicrights.com

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/891510/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_Silver_Coin_Celebrates_5.jpg

Source: Royal Canadian Mint
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Mining/Metals Music Precious Metals New products/services