omniture

Buku Kuno Beri Inspirasi Paderi untuk Hidupkan Pembruan di New Abbey Microbrewery untuk Grimbergen Beer

Grimbergen Beer
2019-05-25 02:05 261

- Kilang bir mikro baharu dirancang di Grimbergen Abbey, yang terkenal dengan pembuatan bir berabad-abad lama

- Buku-buku kuno akan beri inspirasi kepada bir baharu kilang bir mikro

- Paderi Karel bkal jadi Paderi pertama menggabungkan latihan pembuatan bir secara formal dengan generasi pengetahuan pembuatan bir Abbey

GRIMBERGEN, Belgium, 24 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Grimbergen, yang terkenal dengan bir Belgium yang memenangi anugerah dan mencetus deria, telah mendedahkan ia telah menerima permit untuk membina sebuah kilang bir mikro baharu di dalam lingkungan Grimbergen Abbey berhampiran Brussels. Kilang bir mikro ini akan membawa pembuatan bir kembali ke mana ia bermula dan akan menggabungkan tradisi pembuatan bir daripada buku-buku kuno dari perpustakaan biara dengan teknik moden dan inovatif untuk mencipta kumpulan edisi terhad bir premium.

Grimbergen has revealed plans to build a new microbrewery inside the walls of Grimbergen Abbey near Brussels, which will combine modern techniques with brewing traditions from ancient books. Pictured is Father Karel Stautemas, subprior at Grimbergen Abbey, who is studying to be a brewer to join the microbrewery team.
Grimbergen has revealed plans to build a new microbrewery inside the walls of Grimbergen Abbey near Brussels, which will combine modern techniques with brewing traditions from ancient books. Pictured is Father Karel Stautemas, subprior at Grimbergen Abbey, who is studying to be a brewer to join the microbrewery team.

Buku-buku zaman pertengahan berada di perpustakaan luas biara selama berabad-abad dan para Paderi baru-baru ini menyelidiki lebih mendalam ke halaman mereka untuk mendedahkan teknik pembuatan bir yang sampai sekarang telah hilang dalam sejarah. Grimbergen merancang untuk menggunakan maklumat ini di kilang bir mikronya untuk mencipta bir yang unik dan luar biasa dengan rasa yang belum pernah dikenali sebelum ini.

Buku-buku itu bermula dari abad ke-12 dan halaman mereka mendedahkan butiran menarik mengenai bagaimana bir Grimbergen dibru pada masa lalu. Koleksi itu telah selamat daripada tiga kebakaran yang telah menghancurkan Abbey. Kebakaran ketiga pada tahun 1798 semasa Revolusi Perancis mengancam untuk memusnahkan sepenuhnya koleksi itu, tetapi buku itu diselamatkan berkat keberanian dan kecerdasan yang luar biasa Paderi-paderi Grimbergen Abbey. Mereka mengetuk lubang di dinding perpustakaan dan diam-diam mengeluarkan kira-kira 300 buku sebelum biara dibakar dan dimusnahkan buat kali ketiga.

Paderi-paderi Grimbergen juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi untuk membawa kembali ke mana ia bermula. Mereka telah memilih Paderi Karel Stautemas, pembantu ketua rahib di biara untuk terlibat dalam kilang bir mikro. Beliau bersedia untuk mengambil peranan tambahan kepada kehidupan sehari-hari yang biasa dengan menjalankan latihan bru formal. Ini akan membolehkan beliau menggabungkan pembruan warisan berabad-abad di biara dengan teknik moden untuk meneruskan warisan generasi Paderi sebelum beliau.

Bercakap pada majlis pelancaran di Grimbergen Abbey, Paderi Karel berkata: "Beer sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan di biara dan kami berbangga dengan bir yang kami ada hari ini. Kami benar-benar menikmati pembacaan lebih lanjut mengenai tradisi pembuatan bir masa lalu di halaman-halaman Tulisan-tulisan kuno ini. Kami telah menghabiskan berjam-jam menyelak halaman buku-buku, yang ditulis dalam Bahasa Latin dan Belanda Kuno, dan telah menemui senarai bahan untuk bir yang diseduh pada abad-abad sebelumnya, hop yang digunakan, jenis tong dan botol, dan juga senarai bir sebenar yang dihasilkan berabad-abad yang lalu.  Pengetahuan baharu ini menambah warisan pembruan kami dan saya sangat berharap untuk menggabungkan ia dengan latihan saya untuk menghidupkan semula pembruan di Grimbergen Abbey. Kami akan terus belajar lebih lanjut untuk mengetahui lebih banyak rahsia buku yang belum ditemui."

Paderi Karel dan paderi-paderi biara itu akan menyokong Ketua Pembru, Marc-Antoine Sochon, yang telah banyak terlibat dalam membuat kilang bir mikro menjadi kenyataan. Marc-Antoine berkata: "Kilang bir mikro akan menjadi tempat bagi kami menggabungkan kaedah moden dan inventif dengan warisan Grimbergen kuno. Kami sangat gembira menggunakan buku-buku ini untuk membawa kembali teknik-teknik dan bahan-bahan zaman pertengahan untuk mencipta bir baharu yang melengkapkan tawaran istimewa dan perisa bir Grimbergen yang ada dengan sempurna, seperti Blonde, Blanche dan Double-Ambrée."

Di acara biara di mana kilang bir baharu diumumkan, Grimbergen melancarkan Grimbergen Triple D'Abbaye edisi terhad yang baharu, yang merupakan contoh jenis-jenis bir yang akan ditawarkan di kilang bir baharu. Bir edisi terhad baharu telah dimatangkan dalam tong wiski selama lima bulan, satu teknik yang serupa dengan yang digunakan untuk membru bir Belgium pada tahun 1500-an.

Grimbergen merancang untuk membuka kilang bir mikronya kepada orang ramai pada lewat 2020. Ia juga akan merangkumi pusat pengunjung yang akan memberi pengunjung kesempatan untuk merasai sepenuhnya warisan Grimbergen yang kaya ini. Bar dan restoran di lokasi akan memberikan pengunjung peluang untuk menikmati bir yang beraneka dan memadankannya dengan masakan tempatan.

Untuk menonton video tentang warisan pembruan Brimbergen dan kilang bir mikro biara baharu, sila lawati http://bit.ly/grimbergenmb.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/891140/Grimbergen_Beer.jpg

Source: Grimbergen Beer
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beer, Wine & Spirits Books Entertainment Publishing/Information Service Retail Travel New products/services