omniture

Natura &Co dan Avon ganding bahu wujudkan peneraju kecantikan global Terus-kepada-Pengguna

Natura &Co
2019-05-25 04:36 283

SÃO PAULO dan LONDON, 25 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Natura &Co (B3: NATU3) mengumumkan bahawa ia mengambil alih Avon Products, Inc. (NYSE: AVP) dalam urus niaga semua-saham, mewujudkan kumpulan bidang khusus kecantikan yang keempat terbesar di dunia dan pendorong utama kebaikan dalam industri.

Kombinasi ini mewujudkan kumpulan kecantikan berbilang jenama dan berbilang saluran yang terbaik dalam kelasnya, dengan hubungan langsung bersama pengguna setiap hari. Kumpulan ini akan memainkan peranan utama dalam hubungan jualan melalui lebih 6.3 juta Perunding dan Wakil Avon dan Natura, jejak global melalui 3,200 kedai selain kehadiran digital yang diperluas dalam semua syarikat. Gabungan Kumpulan ini dijangka mencatatkan pendapatan kasar tahunan sebanyak lebih US$10 bilion, lebih 40,000 rakan gabungan dan berada di 100 negara.

Memanfaatkan jenama-jenama ikoniknya, minat yang sama terhadap hubungan dan keupayaan omnisalurannya, kumpulan yang diperluas itu akan membawakan kecantikan kepada lebih 200 juta pengguna di seluruh dunia, pada bila-bila masa, di mana-mana juga, setiap hari. Dengan menambah Avon ke dalam portfolio yang telahpun melibatkan Natura, The Body Shop dan Aesop, Natura &Co akan meningkatkan kebolehannya unutk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada profil pengguna berbeza dan saluran pengedaran dan berkembang ke kawasan-kawasan baharu.

Avon dan Natura kedua-duanya ditubuhkan oleh individu-individu yang didorong misi, mendekati pelanggan melalui kuasa bebas, khususnya mikrousahawan wanita yang bertindak sebagai duta jenama dan penasihat kecantikan. Avon ialah satu jenama ikonik dengan warisan selama lebih 130 tahun dan merupakan platform kecantikan hubungan jualan yang terkemuka di dunia. Jenama-jenama kukuhnya dalam kategori-kategori kecantikan utama serta kedudukan kompetitif dalam beberapa pasaran memberikannya potensi penting untuk pertumbuhan masa depan.

Natura &Co menjangkakan kombinasi ini akan menghasilkan sinergi sasaran dengan anggaran US$150 juta hingga US$250 juta setahun, sebahagiannya akan dilaburkan semula untuk terus meningkatkan keupayaan dalam jualan digital dan sosial, penyelidikan & pembangunan serta inisiatif jenama dan untuk terus mengembangkan jejak geografi Kumpulan.

Luiz Seabra, Pengasas Bersama Natura, menyatakan: "Kami sentiasa melihat Avon dengan rasa hormat dan kagum. Natura ditubuhkan berdasarkan minatnya terhadap kecantikan dan hubungan serta urus niaga masa kini mewujudkan kuasa utama dalam bidang terus-kepada-pengguna. Jualan langsung ialah satu jaringan sosial sebelum perkataan tersebut wujud dan kemunculan teknologi dan globalisasi hanya menggandakan peluang untuk berhubung bersama pengguna dengan cara yang bermakna. Model jualan rakan-kepada-rakan berkembang ke arah jualan sosial dan kuasa digital membolehkan kumpulan ini melakukan lebih daripada sekadar menyediakan produk dan khidmat nasihat serta memajukan pemberdayaan wanita, melalui kebebasan kewangan dan harga diri yang dipertingkat. Kami percaya bahawa perniagaan dapat menjadi kuasa kebaikan dan bersama-sama Avon, kami akan menggiatkan usaha-usaha rintis kami untuk membawa nilai sosial, alam sekitar dan ekonomi kepada rangkaian yang sentiasa berkembang."

Roberto Marques, Pengerusi Eksekutif Natura &Co, menyatakan: "Susulan pengambilalihan Aesop pada tahun 2013 dan The Body Shop pada tahun 2017, Natura & Co mengambil satu lagi langkah menarik yang muktamad untuk membina Kumpulan dipacu tujuan yang bertaraf global, berbilang jenama dan berbilang saluran. Avon ialah sebuah syarikat yang hebat, jenama yang ikonik, bersama rakan-rakan gabungan yang bersemangat serta lebih lima juta Wakil yang juga percaya dengan kuasa hubungan. Kami akan bersama-sama meningkatkan keupayaan digital kami yang semakin berkembang, rangkaian sosial Perunding dan Wakil kami serta memanfaatkan jejak kedai global kami dan juga jenama-jenama tersendiri, berhubung, menyentuh dan mempengaruhi berjuta-juta pengguna dengan profil-profil berbeza setiap hari, lalu menjadikan Kumpulan kami unik dan mewujudkan platform yang mengagumkan untuk pertumbuhan."

Jan Zijderveld, Ketua Pegawai Eksekutif Avon, berkata: "Kombinasi ini merupakan permulaan kepada lembaran baharu yang mengujakan dalam sejarah 130 tahun Avon. Ia menjadi bukti kemajuan usaha-usaha kami untuk 'Membuka Avon' ('Open Up Avon') dan kami percaya bahawa ia akan membolehkan kami mempercepatkan strategi kami dengan signifikan dan terus berkembang ke dalam saluran dalam talian. Sepanjang tahun lalu, kami telah memulakan satu transformasi untuk mengukuhkan daya saing Avon dengan memperbaharui tumpuan kami terhadapnya, memudahkan operasi kami dan memodenkan serta mendigitalkan jenama kami. Bersama-sama Natura, kami akan mendapat akses yang lebih luas kepada inovasi dan portfolio produk, platform e-dagang dan digital yang lebih mantap serta data dan alatan yang lebih baik untuk Wakil-wakil memacu pertumbuhan dan meningkatkan nilai buat pemegang saham. Selanjutnya, dengan sokongan Natura, kami akan terus melabur dalam teknologi terkini bagi meningkatkan keupayaan digital kami dan produktiviti untuk Wakil-wakil kami. Avon dan Natura merupakan organisasi-organisasi didorong matlamat dan kombinasi berkenaan akan membolehkankami menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada berjuta-juta Wakil kami, memanfaatkan kehadiran antarabangsa digital kami dengan komitmen sama yang dipegang kukuh untuk meningkatkan pengalaman dan pendapatannya."

Chan Galbato, Pengerusi Bukan Eksekutif Avon berkata: "Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan pengalaman Wakil-wakil, mempercepatkan peluasan antarabangsa, menambah baik struktur kos kami, meningkatkan kefleksibelan kewangan dan akhirnya meletakkan syarikat di kedudukan untuk mencapai pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang. Pihak Lembaga komited untuk meningkatkan nilai buat pemegang saham dan kombinasi dengan Natura ini membawakan era baharu pertumbuhan masa depan untuk Avon. Lembaga Avon yakin bahawa Natura akan menjadi rakan kongsi yang hebat untuk jenama Avon, di samping menyediakan lebih skala, operasi dan peluang yang diperluas untuk kakitangan dan Wakil-wakil serta potensi peningkatan nilai yang sangat besar untuk kedua-dua kumpulan pemegang saham. Kami berasa gembira untuk menyokong kombinasi transformasi ini."

Sebagai sebahagian daripada urus niaga ini, syarikat induk Brazil baharu, Natura Holding S.A., telahpun ditubuhkan. Berdasarkan nisbah tukaran tetap saham 0.300 Natura Holding untuk setiap saham bagi stok biasa Avon, pemegang saham Natura &Co akan memiliki kira-kira 76% daripada gabungan syarikat berkenaan, manakala pemegang saham biasa Avon akan memiliki kira-kira 24%. Berdasarkan harga penutupan tak terganggu Natura pada 21 Mac 2019, sehari sebelum Natura mengeluarkan Fakta Material yang mengesahkan rundingan antara Avon dan Natura, urus niaga tersebut mewakili 28% premium untuk pemegang saham Avon dan membayangkan EBITDA 2018 berganda 9.5x atau 5.6x yang mengandaikan impak penuh sinergi-sinergi Natura yang dijangkakan. Berdasarkan harga penutupan pada 21 Mei 2019, urus niaga tersebut memberi nilai kepada Avon pada nilai perusahaan sebanyak US$3.7 bilion dan gabungan kumpulan tersebut akan mendapat nilai perusahaan kira-kira US$11 bilion. Selepas ditutup, stok Natura Holding S.A.akan disenaraikan pada B3 dengan 55% apungan awam dan ia juga akan mempunyai ADR yang disenaraikan pada NYSE. Pemegang saham Avon akan mempunyai pilihan untuk menerima ADR yang diniagakan di NYSE atau saham yang disenaraikan pada B3. Maklumat lanjut disediakan dalam Fakta Material yang boleh diakses melalui pautan berikut https://natu.infoinvest.com.br/ptb/7085/19550_691987.pdf

Selepas ditutup, Lembaga Pengarah gabungan syarikat berkenaan akan terdiri daripada 13 ahli, 3 daripadanya akan ditentukan oleh Avon. Urus niaga berkenaan masih tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa termasuk kelulusan oleh kedua-dua pemegang saham Natura &Co dan Avon serta pihak berkuasa antitrust di Brazil dan bidang-bidang kuasa tertentu yang lain. Penutupan dijangkakan pada awal tahun 2020.

UBS Investment Bank dan Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan Natura &Co. Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan Avon manakala PJT Partners bertindak sebagai penasihat kewangan kepada ahli-ahli dalam Lembaga Pengarah Avon.

Panggilan Persidangan dan Siar Web

NATURA &Co akan mengadakan panggilan persidangan dan siar web pada hari Khamis, 23 Mei pada jam 9:00 PAGI BRT, 8:00 PAGI EST untuk membincangkan tentang urus niaga berkenaan.

Panggilan persidangan tersebut boleh diakses dengan mendail +55 11 3193-1001 atau +55 11 2820-4001 untuk Brazil, +1-646-828-8246 atau Talian Bebas Tol: 1-800-492-3904 untuk AS dan Kanada serta +44 20 7442-5660 atau Talian Bebas Tol 0-808-111-0152 untuk United Kingdom. Kod pengesahan ialah Natura. Peserta-peserta perlu mendail 10 minit sebelum waktu bermula yang dijadualkan.

Siar web secara langsung panggilan persidangan tersebut dan bahan-bahan pembentangan berkaitan akan disediakan dalam bahagian perhubungan pelabur di laman sesawang setiap syarikat di http://choruscall.com.br/natura/extramay.htm 

Latar Belakang NATURA &CO

Hasil daripada gabungan antara Natura, Aesop dan The Body Shop, jenama korporat Natura &Co menyatukan penciptaan kumpulan kosmetik bertaraf global, berbilang saluran dan berbilang jenama yang didorong matlamat. Ketiga-tiga syarikat tersebut yang membentuk kumpulan berkenaan komited untuk menghasilkan kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif. Ditubuhkan pada tahun 1969, Natura ialah sebuah syarikat multinasional Brazil dalam segmen kosmetik dan penjagaan peribadi, peneraju bagi jualan langsung. Ditubuhkan pada tahun 1976 di Brighton, England, oleh Anita Roddick, The Body Shop ialah jenama kecantikan global yang berusaha untuk mencetuskan perbezaan positif di dunia. Jenama kecantikan Australia Aesop ditubuhkan pada tahun 1987 dengan usaha untuk mencipta rangkaian produk superlatif untuk kulit, rambut dan tubuh.

Latar Belakang Avon Products, Inc.

Selama 130 tahun Avon telah berjuang untuk wanita: menyediakan produk-produk kecantikan yang inovatif dan berkualiti yang dijual khususnya untuk wanita, melalui wanita. Berjuta-juta Wakil bebas di seluruh dunia menjual jenama-jenama Avon yang ikonik seperti Avon Color dan ANEW melalui rangkaian sosial mereka, membina perniagaan kecantikan mereka sendiri secara sepenuh masa atau sambilan. Avon menyokong pemberdayaan, keusahawanan serta kesejahteraan wanita dan telah menyumbang lebih $1 bilion kepada gerakan wanita melalui Avon dan Avon Foundation. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan produk-produknya di www.avonworldwide.com. #Stand4Her.

Pertanyaan media Natura &Co:
Marcelo Behar, Pegawai Hal Ehwal Korporat Natura &Co
natura@brunswickgroup.com

Perhubungan Pelabur Natura &Co:
Viviane Behar de Castro, Pengarah Perhubungan Pelabur, Natura &Co
RI@natura.net

Pertanyaan media Avon:
Natalie Deacon, Pengarah Eksekutif Komunikasi, Avon Products, Inc.
+ 44(0) 7725 150853
Emel: media.enquiries@avon.com  / natalie.deacon@avon.com

Perhubungan Pelabur Avon:
Amy Greene, Naib Presiden, Perhubungan Pelabur, Avon Products, Inc.
+ 001 212 282 5320
Emel: amy.greene@avon.com

TIADA TAWARAN ATAU PERMOHONAN

Komunikasi ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan tawaran untuk menjual atau permohonan tawaran untuk membeli mana-mana sekuriti atau permohonan apa-apa undian atau kelulusan, dan tidak ada apa-apa jualan sekuriti di mana-mana bidang kuasa yang mana tawaran, permohonan atau jualan berkenaan akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bidang kuasa berkenaan.

MAKLUMAT TAMBAHAN DAN DI MANA UNTUK MENDAPATKANNYA

Komunikasi ini dibuat berkenaan dengan cadangan urus niaga yang melibatkan Natura Holding S.A. (secara kolektif dengan Natura Cosmeticos S.A., "Natura") dan Avon Products, Inc. ("Avon"). Berkaitan dengan the urus niaga yang dicadangkan, Natura akan memfailkan kenyataan pendaftaran dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") dalam Borang F-4 yang akan menyertakan kenyataan proksi Avon dan prospektus Natura. Natura dan Avon juga merancang untuk memfailkan dokumen-dokumen lain dengan SEC berhubung urus niaga yang dicadangkan dan kenyataan proksi/prospektus bersama akan dihantar kepada pemegang saham Avon. Komunikasi ini bukan pengganti kepada mana-mana kenyataan proksi, kenyataan pendaftaran, kenyataan proksi/prospektus atau dokumen-dokumen lain yang mungkin difailkan oleh Natura dan/atau Avon dengan SEC berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan. SEBELUM MEMBUAT APA-APA KEPUTUSAN UNDIAN ATAU PELABURAN, PELABUR DIGESA UNTUK MEMBACA BORANG F-4 DAN KENYATAAN PROKSI/PROSPEKTUF BERSAMA BERHUBUNG URUS NIAGA YANG DICADANGKAN DAN APA-APA DOKUMEN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN TELITI SECARA SEPENUHNYA APABILA IA TERSEDIA KERANA IA AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG URUS NIAGA YANG DICADANGKAN. Borang F-4 dan kenyataan proksi/prospektus bersama serta pemfailan lain yang mengandungi maklumat tentang Natura dan Avon, akan disediakan secara percuma di laman Internet SEC (www.sec.gov). Salinan kenyataan proksi/prospektus bersama juga boleh diperoleh, apabila tersedia, secara percuma daripada laman sesawang Natura di www.NaturaeCo.com. Salinan kenyataan proksi/prospektus bersama juga boleh diperoleh, apabila tersedia, secara percuma daripada laman sesawang Avon di www.AvonWorldwide.com.

PESERTA-PESERTA DALAM PERMOHONAN  

Natura dan Avon, pengarah, pegawai eksekutif dan ahli-ahli lain dalam bahagian pengurusan mereka serta kakitangan masing-masing, boleh dianggap sebagai peserta-peserta dalam permohonan proksi berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan. Maklumat berhubung individu-individu yang mungkin, di bawah peraturan SEC, dianggap sebagai peserta-peserta dalam permohonan proksi berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan, termasuk penerangan tentang kepentingan langsung atau tidak langsung, melalui pemegangan sekuriti atau sebaliknya, akan dinyatakan dalam kenyataan proksi/prospektus bersama serta bahan-bahan berkaitan lain apabila difailkan dengan SEC. Maklumat berhubung pengarah dan pegawai eksekutif Natura terkandung dalam Borang Rujukan Natura bagi tahun 2018, versi 15, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Brazil pada 24 April 2019. Maklumat berhubung pengarah dan pegawai eksekutif Avon terkandung dalam kenyataan proksi definitif Avon untuk mesyuarat tahunan pemegang saham tahun 2019, difailkan dengan SEC pada 2 April 2019. Dokumen-dokumen ini boleh didapati secara percuma daripada sumber-sumber yang dinyatakan di atas.

PERINGATAN TENTANG KENYATAAN PANDANG KE HADAPAN

Kenyataan-kenyataan dalam komunikasi ini (atau dalam dokumen yang dikemukakan oleh rujukan) yang bukan fakta atau maklumat bersejarah mungkin merupakan kenyataan pandang ke hadapan mengikut pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Antara perkara lain, kenyataan pandang ke hadapan ini mungkin termasuk kenyataan berhubung urus niaga yang dicadangkan melibatkan Natura dan Avon; kepercayaan berkaitan penciptaan nilai hasil daripada urus niaga yang dicadangkan melibatkan Natura dan Avon; jadual yang dijangkakan untuk menyelesaikan urus niaga tersebut; faedah dan sinergi urus niaga; peluang masa depan untuk gabungan syarikat; dan mana-mana kenyataan lain berhubung kepercayaan, jangkaan, rancangan, hasrat, keadaan kewangan atau prestasi masa depan Natura dan Avon. Dalam sesetengah keadaan, perkataan seperti "anggaran", "unjuran", "ramalan" , "merancang", "percaya", "mungkin", "berharap", "menjangkakan", "berhasrat", "dirancang", "berpotensi", "boleh", "jangkaan", "dapat", "bakal", "akan" dan ungkapan yang serupa, atau negatif daripada ungkapan tersebut, dapat mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan dan kepercayaan Avon dan Natura berhubung peristiwa masa depan dan melibatkan risiko serta ketidaktentuan yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan semasa. Faktor-faktor ini sukar diramalkan dengan tepat dan mungkin di luar kawalan Natura dan Avon. Kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini atau di tempat lain hanya tepat setakat tarikh ia dibuat. Ketidaktentuan dan risiko baharu muncul dari masa ke masa dan mustahil untuk Natura atau Avon meramalkan peristiwa ini atau bagaimana ia boleh menjejaskan Natura atau Avon. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada mana-mana kenyataan pandang ke hadapan ini sebagai peramal peristiwa masa depan. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, Natura atau Avon tidak mempunyai kewajipan untuk, dan tidak berhasrat untuk, mengemas kini atau menyemak semula kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini atau di tempat lain selepas tarikh komunikasi ini diterbitkan. Lantaran risiko dan ketidaktentuan ini, pelabur perlu ingat bahawa keputusan, peristiwa atau pembangunan yang dibincangkan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam komunikasi ini mungkin tidak berlaku. Ketidaktentuan dan faktor risiko yang boleh menjejaskan prestasi masa depan Natura dan/atau Avon dan menyebabkan keputusan berbeza daripada kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (a) kebolehan pihak-pihak untuk menyempurnakan urus niaga tersebut atau memenuhi syarat-syarat penyempurnaan urus niaga tersebut, termasuk penerimaan kelulusan pemegang saham dan penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk urus niaga tersebut menurut terma yang dijangkakan atau mengikut jadual yang dijangkakan; (b) kebolehan pihak-pihak untuk memenuhi jangkaan berhubung masa, penyelesaian dan perakaunan serta rawatan cukai untuk urus niaga berkenaan; (c) kemungkinan bahawa mana-mana faedah yang dijangkakan daripada urus niaga yang dicadangkan tidak akan direalisasikan atau tidak akan direalisasikan dalam tempoh masa yang dijangkakan; (d) risiko bahawa penyepaduan operasi Avon dengan operasi Natura akan ditangguhkan atau akan menjadi lebih mahal atau lebih sukar daripada yang dijangkakan; (e) kegagalan urus niaga yang dicadangkan untuk membuat penutupan atas apa-apa alasan lain; (f) kesan daripada pengumuman urus niaga tersebut terhadap hubungan pelanggan dan perunding seta keputusan operasi (termasuk, tanpa had, kesukaran untuk mengekalkan hubungan dengan kakitangan atau pelanggan); (g) pencairan yang disebabkan oleh penerbitan saham tambahan Natura daripada stok biasanya berhubung dengan urus niaga berkenaan; (h) kemungkinan bahawa urus niaga tersebut mungkin lebih mahal untuk diselesaikan daripada yang dijangkakan, termasuk hasil daripada faktor atau peristiwa yang tidak dijangkakan; (i) pengubahan masa pengurusan berhubung isu-isu berkaitan urus niaga; (j) kemungkinan bahawa perakaunan dan rawatan cukai yang dihasratkan untuk urus niaga yang dicadangkan tidak dicapai; (k) risiko-risiko yang dinyatakan dalam Bahagian 4 pada Borang Rujukan Natura bagi tahun 2018, versi 15, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Brazil pada 24 April 2019; dan (l) risiko-risiko yang dinyatakan dalam Item 1A daripada Laporan Tahunan yang difailkan baru-baru ini oleh Avon pada Borang 10-K dan laporan-laporan seterusnya pada Borang 10-Q dan 8-K. 

 

Source: Natura &Co
Related Stocks:
NYSE:AVP SaoPaulo:NATU3
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Acquisitions, mergers, takeovers Conference call announcements Future Events