omniture

Shell mulakan pengeluaran di Appomattox di Teluk Mexico

Shell Offshore Inc.
2019-05-25 05:49 241

Struktur pertama di Norphlet mula beroperasi lebih awal dari jadual, di bawah anggaran FID  

HOUSTON, 25 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Royal Dutch Shell plc, melalui subsidiarimya Shell Offshore Inc (Shell) hari ini mengumumkan bahawa proses pengeluaran telah bermula di sistem pengeluaran apungan Appomattox kendalian-Shell lebih awal daripada yang dijadualkan, membuka sempadan baharu di Teluk Mexico AS laut dalam. Appomattox, yang kini mempunyai jangkaan pengeluaran sebanyak 175,000 tong setara minyak sehari (boe/d), ialah penemuan komersial pertama yang kini menjalani proses pengeluaran dalam formasi Norphlet Teluk Mexico laut dalam.

Shell’s Appomattox Platform in the Gulf of Mexico (PRNewsfoto/Shell Offshore Inc.)
Shell’s Appomattox Platform in the Gulf of Mexico (PRNewsfoto/Shell Offshore Inc.)

"Appomattox yang dapat beroperasi dengan selamat lebih awal daripada yang dijadualkan dan berkos kurang daripada yang diperuntukkan merupakan bukti komitmen berterusan kami untuk menurunkan kos melalui penambahbaikan kecekapan semasa pelaksanaan," kata Andy Brown, Pengarah Huluan, Royal Dutch Shell. "Appomattox mewujudkan hab jangka panjang utama untuk Shell di Norphlet yang membolehkan kami menghubungkan kembali beberapa medan minyak yang telahpun ditemui selain penemuan medan minyak pada masa depan."  

Appomattox ialah sebuah kisah kecekapan melalui inovasi. Dengan cara perancangan pembangunan yang dioptimum, reka bentuk dan fabrikasi yang lebih baik serta pelaksanaan penggerudian berkepakaran, Appomattox dapat merealisasikan penurunan kos sebanyak lebih 40% sejak mengambil keputusan pelaburan akhir pada tahun 2015. Permulaan pengeluaran di Appomattox hanyalah satu permulaan untuk memaksimumkan lagi aliran sumber di Norphlet yang prolifik di sekitar Appomattox.

Perniagaan laut dalam global Shell mempunyai saluran pembangunan yang kukuh dan peluang-peluang penerokaan di Brazil, AS, Mexico, Nigeria, Malaysia, Mauritania dan Laut Hitam Barat. Pengeluaran di seluruh dunia dijadualkan mencecah lebih 900,000 boe/d menjelang tahun 2020 daripada takungan minyak yang telahpun ditemui dan mantap. Syarikat ini terus menjadi salah satu pemegang pajak yang terbesar di laut dalam AS dan kekal sebagai salah satu daripada pengeluar luar pesisir yang paling prolifik bagi minyak dan gas asli di Teluk Mexico. Shell mereka bentuk dan mengendalikan projek-projek laut dalam agar menjadi kompetitif dan sejak tahun 2014, telah mengurangkan kos pembangunan unit serta kos pengendalian unitnya kira-kira sebanyak 45%.

Nota Amaran

Syarikat-syarikat yang menerima pelaburan langsung dan tidak langsung Royal Dutch Shell plc ialah entiti undang-undang berasingan. Dalam siaran akhbar ini, "Shell", "Shell group" dan "Royal Dutch Shell" kadang kala digunakan bagi tujuan kemudahan yang mana ia merujuk kepada Royal Dutch Shell plc dan subsidiari-subsidiarinya secara umum. Demikian juga dengan perkataan "kami" yang turut digunakan untuk merujuk kepada Royal Dutch Shell plc dan subsidiari-subsidiarinya secara umum atau mereka yang berkhidmat untuknya. Istilah-istilah ini turut digunakan walaupun tiada tujuan penting dalam mengenal pasti entiti atau entiti-entiti tertentu. ''Subsidiari-subsidiari'', "subsidiari-subsidiari Shell " dan "syarikat-syarikat Shell " seperti mana yang digunakan dalam siaran akhbar ini merujuk kepada entiti-entiti yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh Royal Dutch Shell plc. Entiti-entiti dan penyusunan tidak tergabung di bawah kawalan bersama Shell masing-masing umumnya dirujuk sebagai "usaha sama" dan "operasi bersama". Entiti-entiti di bawah pengaruh penting Shell tetapi bukan di bawah kawalan mahupun kawalan bersama dirujuk sebagai "rakan sekutu". Istilah "kepentingan Shell" digunakan bagi tujuan kemudahan untuk menunjukkan kepentingan pemilikan secara langsung dan/atau tidak langsung yang dimiliki oleh Shell dalam entiti atau penyusunan bersama tidak tergabung, setelah mengecualikan semua kepentingan pihak ketiga.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan-kenyataan pandang ke hadapan (mengikut pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995) berhubung keadaan kewangan, keputusan operasi dan perniagaan Royal Dutch Shell. Semua kenyataan selain daripada kenyataan fakta sejarah, atau mungkin disifatkan sebagai fakta sejarah, ialah kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ialah kenyataan tentang jangkaan masa depan berdasarkan jangkaan dan andaian semasa oleh pengurusan dan melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, prestasi atau peristiwa berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan atau dicadangkan dalam kenyataan ini. Kenyataan pandang ke hadapan termasuk, antara lain, kenyataan mengenai potensi terdedahnya Royal Dutch Shell kepada risiko pasaran dan kenyataan yang menyatakan jangkaan, kepercayaan, anggaran, ramalan, unjuran dan andaian pengurusan. Kenyataan pandang ke hadapan ini dikenal pasti melalui penggunaan istilah-istilah dan frasa-frasa seperti "bertujuan", "bercita-cita", "menduga", "percaya", "boleh", "menganggarkan", "menjangkakan", "matlamat", "berhasrat", "mungkin", "objektif", "tinjauan", "merancang", "barangkali", "mengunjurkan", "risiko", "jadual", "mencari", "seharusnya", "menyasarkan", "akan" dan istilah-istilah serta frasa-frasa yang serupa. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjejaskan operasi masa depan Royal Dutch Shell dan boleh menyebabkan keputusan berkenaan berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan yang dimasukkan di dalam siaran akhbar ini, termasuk (tanpa had): (a) turun naik harga minyak mentah dan gas asli; (b) perubahan permintaan terhadap produk Shell; (c) turun naik mata wang; (d) hasil penggerudian dan pengeluaran; (e) anggaran rizab; (f) kehilangan bahagian pasaran dan persaingan industri; (g) risiko alam sekitar dan fizikal; (h) risiko berkaitan pengenalpastian ciri-ciri dan sasaran pemerolehan berpotensi yang sesuai, dan perundingan yang berjaya serta penyelesaian urus niaga sedemikian; (i) risiko menjalankan perniagaan di negara-negara sedang membangun dan negara-negara yang tertakluk kepada sekatan antarabangsa; (j) perkembangan undang-undang, fiskal dan pengawalseliaan termasuk langkah-langkah pengawalseliaan bagi menangani perubahan iklim; (k) keadaan ekonomi dan pasaran kewangan di pelbagai negara dan wilayah; (l) risiko politik, termasuk risiko rampasan dan rundingan semula syarat-syarat kontrak dengan entiti-entiti kerajaan, kelewatan atau kemajuan kelulusan projek dan kelewatan pembayaran balik untuk kos yang dikongsi; dan (m) perubahan dalam keadaan dagangan. Tiada jaminan diberikan bahawa bayaran dividen masa depan adalah sama atau melebihi bayaran dividen sebelumnya. Semua kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini dibenarkan secara tersurat keseluruhannya mengikut kenyataan peringatan yang terkandung atau dirujuk dalam bahagian ini. Pembaca tidak harus meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada kenyataan pandang ke hadapan. Faktor-faktor risiko tambahan yang mungkin menjejaskan keputusan masa depan terkandung dalam Borang 20-F Royal Dutch Shell bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2017 (disediakan di www.shell.com/investor dan www.sec.gov). Faktor-faktor risiko ini juga dibenarkan secara tersurat untuk semua kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini dan harus dipertimbangkan oleh pembaca. Setiap kenyataan pandang ke hadapan hanya terpakai setakat tarikh siaran akhbar ini, 23 Mei 2019. Royal Dutch Shell plc mahupun mana-mana subsidiarinya tidak mengambil apa-apa kewajipan untuk mengemas kini secara umum atau menyemak semula mana-mana kenyataan pandang ke hadapan lantaran maklumat baharu, peristiwa masa depan atau maklumat lain. Dengan mengambil kira risiko-risiko ini, keputusan boleh berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan, dicadangkan atau disimpulkan daripada kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini.   

Kami mungkin menggunakan istilah-istilah tertentu, seperti sumber, dalam siaran akhbar ini yang dilarang tegas oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat untuk memasukkannya ke dalam pemfailan kami bersama SEC. Pelabur-pelabur A.S. digesa untuk mempertimbangkan dengan teliti pendedahan dalam Borang 20-F, No. Fail 1-32575, yang tersedia di laman sesawang SEC www.sec.gov.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/891691/Appomattox_Platform.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/449079/shell_oil_company_logo.jpg

Source: Shell Offshore Inc.
Keywords: Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Oil/gas discoveries