omniture

Hoard Exchange bakal Lancar Acara Pengagihan Token pada 27 Mei

Hoard Exchange
2019-05-28 09:00 129

AARHUS, Denmark, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Acara pengagihan token Hoard Exchange yang amat dinanti-nantikan telah tiba. Syarikat baharu Ethereum yang berpangkalan di Denmark itu telah meluangkan masa selama 18 bulan untuk mereka bentuk suit alatan bagi menjadikan permainan rantaian blok yang selamat dan boleh diskala suatu kenyataan. Buat julung kalinya, pemain-pemain akan mendapat Pemilikan Sebenar aset-aset permainan mereka.

Bermula pada 27 Mei ini, Hoard akan membuka 44% daripada Token HRD untuk disediakan dalam bursa P2PB2B. Sehingga $20 juta USD nilai token akan ditambah ke dalam bursa untuk dibeli dan diniagakan. Acara pengagihan token merupakan yang pertama diluluskan secara rasmi oleh Kerajaan Denmark - dinilai sebagai kerajaan yang paling dipercayai dan telus di seluruh dunia oleh NGO Transparency International. Pengguna-pengguna yang berminat boleh mendaftar dan mengesahkan akaun mereka di P2PB2B hari ini.

Pasukan Hoard mempunyai pengalaman luas dalam industri permainan video dan ekosistem Ethereum. Ahli-ahli pasukan telah menjadi sebahagian daripada francais AAA seperti Gears of War, Mortal Kombat dan Resident Evil. Mereka juga terlibat dengan beberapa projek rantaian blok yang paling terkenal termasuk Ethereum, Golem, OmiseGO, Streamr dan Cosmos.

Dibangunkan dengan kerjasama OmiseGO, Hoard memperkenalkan bukti-konsep yang menunjukkan Pemilikan Sebenar dalam permainan yang dikenali sebagai Plasma Dog. Permainan ini kini beroperasi melalui rantaian anak (childchain) Plasma Lebih Berdaya Maju pertama yang pernah dilancarkan pada rangkaian awan Ethereum. Rinkeby testnet. Bakal diperkenalkan lewat tahun ini, penyepaduan seterusnya dengan Hoard ialah My Memory of Us oleh Juggler Games (kini disediakan melalui Xbox, PlayStation, Nintendo Switch dan Steam).

Pada tahun 2018, industri permainan video menjana pendapatan sebanyak hampir $140 bilion; menjelang tahun 2021, ia dijangka berkembang kepada $180 bilion. Hoard menyasarkan pasaran Kandungan Boleh Muat Turun (DLC) yang kini menjana kira-kira 80% daripada pendapatan permainan keseluruhan.

Latar Belakang Hoard: 

Hoard ialah platform permainan rantaian blok pertama yang menawarkan pemain dengan Pemilikan Sebenar menggunakan Ethereum dan Plasma. Pelaksanaan Plasma oleh Hoard - dibina menerusi kerjasama dengan OmiseGO - telah beroperasi sejak Oktober 2018. Rangkaian ini kini dioptimumkan untuk memproses 65,000 urus niaga bagi setiap blok Ethereum (atau 4,000 sesaat) dan dijangka memperoleh sehingga satu juta pengguna aktif harian sempena pelancaran akan datang My Memory of Us oleh Hoard. Hoard ialah penyumbang kepada ETHGlobal, The Ethereum Community Fund dan Pocket Gamer Connect, serta bekerjasama secara rasmi dengan OmiseGO, Golem dan imapp. Penasihat-penasihat Hoard terdiri daripada studio permainan video, seperti Playdead, Brain+ dan Capcom.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/892019/Hoard_Logo.jpg

 

Source: Hoard Exchange
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer Networks Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Telecommunications New products/services Blockchain