omniture

CIFTIS buka peluang baharu untuk perdagangan perkhidmatan China

CIFTIS
2019-05-30 18:35 324

BEIJING, 30 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pameran untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan Antarabangsa China 2019 (CIFTIS) membuka tirainya pada 28 Mei di Beijing, terus mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi daripada ekonomi China dan kerjasama bertaraf tinggi dalam perdagangan perkhidmatan antarabangsa.

CIFTIS, dahulunya dinamakan sebagai Pameran untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan Antarabangsa (Beijing) China, mendapat nama baharu tahun ini, sementara itu ia turut menggabungkan beberapa pameran terkenal yang lain.

CIFTIS diwujudkan untuk memudahkan pertukaran dalam perkhidmatan kewangan, perkhidmatan komunikasi, perkhidmatan kebudayaan, perkhidmatan undang-undang menerusi platform rundingan dagangannya serta forum industri.

Sejak tahun 2012, CIFTIS telah menarik sejumlah 646,000 peniaga dari 179 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk kesemua 20 negara dan wilayah terbaik dalam perdagangan perkhidmatan antarabangsa.

Bermula tahun ini, CIFTIS telah bertukar daripada acara dua-tahun kepada acara tahunan, dengan kira-kira 8,000 institusi Cina dan luar negara, lebih 36,000 wakil perniagaan dan lebih 300 pakar serta ilmuwan mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Jumlah import dan eksport perdagangan perkhidmatan China menduduki tempat kedua di dunia bagi lima tahun berturut-turut, menyumbang kepada peningkatan proposisi perdagangan antarabangsa dengan kualiti serta struktur yang lebih baik serta produk perkhidmatan yang lebih berintensifkan-pengetahuan, kata Jin Xu, presiden Persatuan Perdagangan Antarabangsa China yang berpangkalan di Beijing. Menerusi platform yang luasnya, CIFTIS dijangka membuka peluang baharu kepada perdagangan perkhidmatan China bagi menembusi pasaran yang besar, ulas Jin.

Bersempena dengan pertumbuhan CIFTIS, beberapa tahun kebelakangan ini, Beijing terus membuka industri perdagangan perkhidmatannya. Pada tahun 2015, Majlis Negara secara rasminya meluluskan Beijing untuk menjadi satu-satunya bandar rintis yang komprehensif bagi tujuan peluasan dan pembukaan industri perdagangan perkhidmatan di China, membawa peluang baharu kepada perusahaan domestik dan dibiayai luar negara yang terlibat dalam bidang ini.

Agensi-agensi penarafan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti Moody's, S&P dan Fitch telah mewujudkan entiti-entiti sah di Beijing. UBS Securities Co. Limited, firma sekuriti berlesen penuh yang dilaburkan oleh pelabur asing yang pertama di China serta syarikat rakaman Jepun Avex Group turut bertapak di bandar ini.

Pada tahun 2018, nilai tambahan perdagangan perkhidmatan Beijing menyumbang sebanyak 81.0 peratus daripada KDNK bandar, meningkat 3.1 mata peratusan dari tahun 2014. Memandangkan Beijing telahpun menjadi bandar rintis perdagangan perkhidmatan, sebanyak 640,200 perusahaan baharu telah diwujudkan di sini, yang mana 95.2 peratus merupakan perusahaan perkhidmatan.

Source: CIFTIS
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news