omniture

Whale Cloud perhebat transformasi digital industri vertikal dengan Alibaba Cloud di rantau APAC

Whale Cloud
2019-06-03 08:24 313

SINGAPURA, 3 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Whale Cloud mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Awan Alibaba tahun ini yang berlangsung di Suntec Singapore pada 30 Mei, yang mana lebih 1,000 pelanggan, rakan kongsi eko dan rakan sekutu industri dari rantau Asia Pasifik (APAC) berhimpun untuk berkongsi pandangan serta amalan untuk menginovasi dan memperluas kemungkinan perniagaan dengan kecerdasan data Alibaba.

Di bawah sidang kemuncak ini, Yang Bo, ketua pegawai penyelesaian Whale Cloud APAC terlibat sebagai penceramah jemputan di "Sidang Kemuncak Rakan Kongsi APAC". Beliau menyampaikan ucapan tentang topik "Perhebatkan: Cipta semula perniagaan anda dengan AI, Awan dan Kecerdasan Data," yang menjelaskan tentang perkongsian dan kolaborasi antara Alibaba Cloud dan Whale Cloud bagi mendayakan transformasi digital industri vertikal.

"Kami telah membina perniagaan kelas perusahaan, data dan AI dengan kualiti sederhana berdasarkan infrastruktur pengkomputeran awan Alibaba selain data raya dan keupayaan AI. Selain itu, kami menawarkan penyelesaian tersuai seperti Khidmat Pelanggan Pintar (WhaleTalk), Pemasaran Pintar, Peruncitan Baharu dan penyelesaian IoT untuk pelanggan perusahaan termasuk pengendali telekomunikasi, pelancongan dan permainan, kerajaan, institusi kewangan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan mereka dan menyelaraskan kecekapan operasi," kata Yang Bo

"Whale Cloud telah beroperasi di rantau APAC sejak 15 tahun lalu, khususnya dalam industri telekomunikasi. Kami memulakan kerjasama kami dengan Alibaba Cloud di APAC pada tahun lalu sejak membuat pelaburan strategik. Kami telah berjaya meluaskan landskap pasaran kami daripada pengendali-pengendali telekomunikasi kepada industri-industri vertikal," kata En. Chen Yishi, Pengurus Besar Whale Cloud APAC. "Kini kami mempunyai ibu pejabat APAC di Singapura, memandangkan Singapura merupakan lokasi ideal dan pasaran yang dinamik di rantau APAC dan kami ingin lebih banyak terlibat dalam inisiatif 'Negara Pintar' kerajaan Singapura. Kami akan bermula dari sini dan berkembang ke lebih banyak negara dan industri di APAC, membawa data raya dan kecerdasan kepada lebih banyak industri, meningkatkan kecekapan operasi industri-industri tradisional dan menyuntik 'Minda Pintar' kepada lebih banyak industri dan pekerjaan. Kami berada di APAC dan kami menyokong APAC digital."

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news