omniture

Bank Leumi, CIBC dan National Australia Bank lancar portal dalam talian dorong kolaborasi dengan firma teknologi kewangan

CIBC
2019-06-03 19:32 122

TEL-AVIV, Israel, TORONTO dan SYDNEY, 3 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada perikatan perbankan antarabangsa, Bank Leumi of Israel (TASE: LUMI), CIBC dan National Australia Bank (ASX: NAB) hari ini memperkenalkan Global Alliance Fintech Link, portal dalam talian global yang dibangunkan untuk membantu memacu inovasi bertumpu pelanggan dengan memudahkan kolaborasi antara bank dan firma teknologi kewangan (fintech).

Melalui platform digital, firma teknologi kewangan boleh menghantar penyelesaian teknologi yang kreatif sebagai respons kepada pelbagai peluang yang dikenal pasti oleh bank. Setelah menerima cadangan tersebut, pihak bank akan berunding terus dengan firma teknologi berkenaan.

Global Alliance Fintech Link menawarkan syarikat-syarikat baharu di seluruh dunia dengan akses mudah kepada pasaran perbankan global dengan mendayakan kolaborasi langsung dengan tiga institusi kewangan di tiga benua. Portal ini membuka peluang kepada syarikat-syarikat untuk menyediakan penyelesaian teknologi dalam bidang-bidang utama yang diingini oleh bank untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

Berasal daripada perikatan strategik antara Bank Leumi, CIBC dan National Australia Bank yang dibentuk pada September 2016, inisiatif ini bukan sahaja direka untuk memudahkan kerjasama global, tetapi untuk menawarkan firma teknologi kewangan dengan akses kepada rakan kongsi berpotensi yang dapat membantu mengembangkan perniagaan mereka. Ia turut menawarkan peluang untuk membawa syarikat-syarikat bertaraf dunia ini ke dalam ekosistem teknologi dan perbankan global.

Platform ini awalnya dilancarkan sebagai platform perintis dan akan berkembang tatkala cabaran tambahan ditambah ke halaman tersebut.

Petikan Kata:

"Perkongsian ini menunjukkan bahawa Bank Leumi, National Australia Bank dan CIBC merupakan pemimpin bukan sahaja dalam pemikiran tetapi juga dalam tindakan apabila melibatkan penyemaian usaha antarabangsa bagi merangsang proposisi nilai yang lebih baik," kata Tamar Yassur, Naib Presiden Eksekutif Pertama dan Ketua Pegawai Digital, Bank Leumi. "Kami yakin bahawa platform baharu ini akan membantu mencetuskan inovasi dan kreativiti antarabangsa bagi meningkatkan khidmat pelanggan dalam perbankan di seluruh dunia."

"Inovasi yang transformatif merupakan kunci untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah dan platform baharu ini memberi peluang kepada kami untuk mengenal pasti teknologi baharu dan baru muncul yang akan memacu penyelesaian tatkala kami membangunkan bank bertumpu hubungan untuk dunia yang moden," kata Greg Elcich, Naib Presiden Inovasi Perusahaan & Digital Kekayaan di CIBC. "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan National Australia Bank dan Bank Leumi untuk portal ini bagi membantu merangsang kreativiti dan pertumbuhan selanjutnya dalam industri teknologi kewangan global."

"Dalam bank-bank yang besar dan kompleks seperti NAB, CIBC dan Bank Leumi, ia boleh menjadi cabaran kepada firma teknologi kewangan yang mempunyai idea yang bernas untuk mencari haluan yang betul menuju kepada individu yang tepat, yang mana konsep mereka boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya," kata Jonathan Davey, Pengurus Besar Eksekutif Digital dan Inovasi, National Australia Bank. "Platform baharu ini menyediakan proses yang ringkas dan mudah untuk firma teknologi kewangan membantu menghubungkannya dengan bank yang mana kami boleh menyampaikan idea tersebut kepada individu yang sesuai yang mungkin berminat dengan apa yang ditawarkan olehnya dan bagaimana kami mungkin dapat bekerjasama, tanpa mengira lokasi mereka."

Untuk maklumat lanjut: kunjungi www.globalfintechlink.com

Latar Belakang Bank Leumi: 
Bank Leumi, ditubuhkan pada tahun 1902, ialah salah sebuah perbadanan kewangan terkemuka dan terbesar di Israel, menyediakan perkhidmatan perbankan yang komprehensif serta menguasai kira-kira 30% bahagian pasaran domestik.

Leumi menerajui laluan untuk inovasi dalam Perbankan Israeli, menerusi pelbagai perkhidmatan perbankan digital inovatif yang berasaskan teknologi terkini. Pada tahun 2017 Leumi melancarkan Bank kendiri mudah alih-sepenuhnya yang pertama di Israel – 'Pepper', dibina melalui model awan hibrid dan pusat data tentuan-perisian. Sejak dilancarkan, Pepper telah menarik perhatian antarabangsa dan dianugerahkan dengan 'Anugerah Penginovasi 2018' oleh Dell Technologies (April, 2018). 

Latar Belakang CIBC
CIBC ialah institusi kewangan Amerika Utara yang terkemuka dengan 10 juta pelanggan perbankan peribadi, perniagaan, sektor awam dan institusi. Merentas perniagaan Perbankan Peribadi dan Perniagaan Kecil-kecilan, Perbankan Komersial dan Pengurusan Kekayaan serta Pasaran Modal, CIBC menawarkan rangkaian penuh khidmat nasihat, penyelesaian dan perkhidmatan melalui rangkaian perbankan digital utamanya serta lokasi-lokasi di seluruh Kanada, Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Latar Belakang National Australia Bank:  
National Australia Bank ialah salah sebuah bank 'Empat Besar' Australia dan merupakan bank perniagaan yang terbesar di Australia. Ia mempunyai lebih 33,000 kakitangan, menawarkan perkhidmatan kepada 9 juta pelanggan di seluruh Australia dan New Zealand.

NAB mendepani inovasi menerusi hab inovasi terkenal di peringkat antarabangsa, NAB Labs, yang menumpu untuk membentuk masa depan perbankan melalui inovasi diterajui pelanggan. Melalui pelaburan strategik dalam syarikat baharu, menerusi cabang modal usaha niaga NAB Ventures selain berkolaborasi dengan firma teknologi kewangan, pemecut dan syarikat teknologi, NAB menyasarkan untuk memberikan proposisi nilai yang utama dalam pasaran yang memberi manfaat kepada pelanggannya.

Olga Petrycki | 416-306-9760 | olga.petrycki@cibc.com; Lorna Jerez | NAB: Telefon Bimbit: 0436 621 329 | lorna.jerez@nab.com.au

Source: CIBC
Related Stocks:
Australia:NAB OTC:NABZY TelAviv:LUMI
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Joint ventures Financial Technology