omniture

Block.one Perkenal "Voice" Bawakan Kesejajaran dan Ketelusan kepada Media Sosial

Block.one
2019-06-04 00:51 102

Platform media sosial berasaskan rantaian blok akan mengganjari dan mengembalikan kawalan kepada pengguna media sosial  

WASHINGTON, 3 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Media sosial pada dasarnya bermasalah dan memerlukan pembaikpulihan yang menyeluruh.

Hari ini, Block.one memperkenalkan Voice, aplikasi media sosial berasaskan rantaian blok yang direka dengan mengutamakan pengguna platform tersebut. Voice ialah platform media sosial yang lebih telus untuk dunia, yang mana nilai kandungan yang bagus disebarkan kembali untuk mengekalkan komuniti dan bukannya untuk keuntungan korporat.

"Hakikatnya ialah platform media sosial semasa direka untuk menggunakan pengguna mereka," kata Brendan Blumer, Ketua Pegawai Eksekutif Block.one, yang merasmikan acara syarikat pada 1 Jun di DC Armory, Washington, D.C. menerusi pengumuman Voice. "Lihatlah pada model perniagaan ini. Kandungan kami. Data kami. Perhatian kami. Kesemuanya ini merupakan perkara yang amat bernilai. Tetapi sekarang, platform yang mendapat ganjarannya, bukan pengguna. Berdasarkan reka bentuk, ia beroperasi dengan melelong maklumat kami kepada pengiklan, mengaut keuntungan dan membanjiri suapan kami dengan agenda tersembunyi yang ditentukan oleh pembida tertinggi. Voice dapat mengubah situasi tersebut."

Voice akan memupuk penciptaan, perkongsian, penemuan dan promosi kandungan pada platform media sosial oleh pengguna sebenar, bukan oleh robot (bot) atau akaun palsu. Melalui ekonomi idea yang benar-benar bersifat swakekal, pengguna akan mendapat manfaat secara langsung daripada idea dan penglibatan mereka pada platform tersebut.

Block.one akan melancarkan platform Voice melalui EOS Public Blockchain.

Dibina melalui EOS Public Blockchain, yang beroperasi menggunakan protokol EOSIO, bermakna interaksi pada Voice akan didedahkan, seraya membolehkan ketelusan menjadi bahagian yang penting dalam pengalaman. Semua orang –pengguna, kepada penyumbang, platform –menggunakan peraturan yang sama. Tiada algoritma tersembunyi, tiada kepentingan yang tidak dapat dilihat.

Block.one berkedudukan unik untuk menerajui revolusi media sosial ini. Produk pertamanya, EOSIO, merupakan satu inisiatif global untuk membina rangka kerja rantaian blok yang lebih berskala, terjamin dan fleksibel yang membolehkan orang ramai untuk memperbaharui, membina semula dan memulihkan kepercayaan terhadap sistem yang menjadi pergantungan perusahaan dan pengguna masa kini. Hasilnya, pelbagai rangkaian dibina pada perisian EOSIO tekal menjadi platform rantaian blok awam yang paling banyak digunakan di dunia, menyumbang sehingga 70% daripada semua aktiviti rantaian blok.

Block.one turut mengumumkan penaiktarafan besar akan dibawakan kepada protokol EOSIO, Versi 2. Dengan lelaran pertama yang dilancarkan setahun lalu, EOSIO 2 akan memperkenalkan EOS-VM, satu kemas kini kepada perisian yang membolehkan pemprosesan kontrak pintar dilakukan 12 kali ganda lebih pantas berbanding EOSIO 1.0. EOS-VM ialah WebAssembly Engine yang direka khusus untuk kontrak pintar rantaian blok.

Menerusi keluaran Versi 2, EOSIO juga kini merupakan protokol rantaian blok pertama yang menerima pakai standard pengesahan WebAuthn bagi memberikan tahap keselamatan dan kebolehgunaan yang lebih baik kepada aplikasi yang dibina pada platform EOSIO. Penambahbaikan ini selari dengan komitmen Block.one untuk mendorong penggunaan rantaian blok secara besar-besaran melalui aplikasi yang dibangunkan untuk digunakan dalam perniagaan dan kehidupan harian.

Keselamatan, privasi dan kemudahan penggunaan akan sentiasa menjadi kritikal dalam projek-projek Block.one. Selari dengan nilai-nilai ini, Block.one melaksanakan sokongan untuk kunci keselamatan perkakasan seperti YubiKey daripada Yubico, dibina pada EOSIO Versi 2. Block.one dan Yubico berusaha ke arah set matlamat yang sama yang menggalakkan inovasi dan menyediakan aspek keselamatan dan privasi secara meluas. Kolaborasi industri mendorong kesedaran untuk pengguna-pengguna arus perdana terhadap manfaat-manfaat infrastruktur yang asasnya selamat pada platform berasaskan rantaian blok. Kursus dalam talian "raih ganjaran hasil pembelajaran" ini akan mendidik pengguna tentang manfaat dan fungsi EOSIO.

Acara ini menarik kira-kira 300 hadirin termasuk golongan berpengaruh dalam industri, pembangun, pelabur, media dan anggota komuniti. Tetamu-tetamu juga berpeluang melihat demonstrasi Voice dan menerima EOSIO Yubikeys pertama di acara berkenaan.

Video acara tersebut boleh didapati di halaman acara pada 1 Jun: block.one/june1

Latar Belakang Block.one
Block.one ialah peneraju global bagi perisian rantaian blok berprestasi tinggi. Pada tahun 2018, ia memperkenalkan perisian EOSIO, satu protokol percuma bersumber terbuka yang direka untuk disesuaikan dan digunakan oleh komuniti pembangun dan syarikat-syarikat untuk menghasilkan sistem bahagian belakang yang selamat dan telus. EOSIO dianggap sebagai perisian rantaian blok yang paling pantas, paling berskala dan paling aktif di dunia. Ia dapat menangani batasan pada platform-platform rantaian blok generasi pertama di samping mengekalkan faedah-faedah utama teknologi: keselamatan, kebertanggungjawaban dan ketetapan. Block.one juga bermatlamat untuk memupuk ekosistem rantaian blok yang tangkas dengan membangunkan dan menyokong projek-projek yang dibina pada EOSIO melalui unit modal usaha niaganya, EOS VC. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi block.one, voice.com dan eos.io

Hubungi
media@block.one 

Source: Block.one
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Blockchain