Program-program rintis langkaui disiplin dan tawar pengalaman pembelajaran diperkaya
DOHA, Qatar, 3 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Universiti Hamad Bin Khalifa (HBKU), sebuah institusi pendidikan tinggi yang terkemuka, telah meluaskan tawaran akademiknya dengan memperkenalkan lapan program akademik baharu di enam kolejnya. Program-program tersebut baru-baru ini dibentangkan dalam sebuah majlis pelancaran rasmi yang menarik perhatian ratusan bakal pemohon ke kampus yang meriah bertenaga universiti ini di bandar Doha, Qatar.
Program-progam yang baru diperkenalkan itu termasuk Ijazah Sarjana dalam Etika Islam Gunaan di Kolej Pengajian Islam dan PhD dalam Kemanusiaan dan Sains Sosial di Kolej Kemanusiaan dan Sains Sosial. Di samping itu, HBKU menawarkan Ijazah Sarjana Sistem Maklumat dalam Pengurusan Kesihatan dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Sukan dan Hiburan (ijazah bersekutu dengan University of South Carolina) di Kolej Sains dan Kejuruteraan dan LLM dalam Undang-undang Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri serta LLM dalam Undang-undang Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa di Kolej Undang-undang. Ijazah Sarjana Sains dalam Sains Senaman di Kolej Kesihatan dan Sains Hayat (ijazah bersekutu dengan University of South Carolina) kini ditawarkan, berserta Ijazah Sarjana Dasar Awam yang ditawarkan oleh Kolej Dasar Awam.
Program-program ijazah baharu daripada HBKU disesuaikan untuk membina kapasiti khusus yang dapat menangani kemahiran semasa dan masa depan yang paling mendapat permintaan dalam pasaran kerja tempatan dan antarabangsa. Peluasan tawaran program ijazahnya memperlihatkan kesinambungan logik pertumbuhan dan kepimpinan tekal universiti sebagai sebuah institusi akademik dan juga penyedia bertaraf dunia bagi pendidikan dan penyelidikan pelbagai bidang di Qatar.
Maryam Al-Mannai, naib presiden hal ehwal pelajar di HBKU berkata: "Setiap program baharu HBKU dipilih secara teliti dengan mengambil kira cabaran dan trend masa lalu, masa kini dan masa depan. Program-program ini mendapat manfaat daripada kepakaran anggota-anggota fakulti terbaiknya, ekosistem pendidikan yang bersifat membimbing dan kurikulum lengkap yang menggabungkan kaedah-kaedah pembelajaran yang unik."
"Menerusi pengkhususan yang mencakupi etika global, kajian sosial, sains kesihatan dan senaman, undang-undang dan hal ehwal antarabangsa serta dasar awam, program-program ini menjadi bukti pertumbuhan pesat HBKU. Ketika universiti berkenaan bakal menyambut ulang tahun kesepuluhnya, ia mengukuhkan kejayaan dan pencapaian penting yang menjadi kenyataan dalam jangka masa yang amat singkat."
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, HBKU telah menyaksikan peningkatan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam tawaran akademik dan seterusnya, potensinya. Pihak universiti terus menginspirasikan dan meraikan bertambahnya bilangan alumni seluruh dunia, setiap orang berkembang maju dalam bidang masing-masing.
Tahun lalu sahaja, universiti ini meraikan kejayaan pelancaran enam ijazah baharu, yang bernaung di bawah Kolej Pengajian Islam dan Kolej Sains dan Kejuruteraan.
HBKU ditugaskan dengan satu misi untuk menyediakan program-program siswazah yang khusus dan amat tersendiri. Pada Musim Luruh tahun 2019, ia akan menawarkan sejumlah 33 ijazah peringkat sarjana dan PhD. Jaringan luas alumni universiti terdiri daripada ratusan siswazah dan setiap siswazah mencetuskan impak yang ketara dalam bidang masing-masing.
Untuk memohon program-program inovatif universiti, sila layari admissions.hbku.edu.qa.
Latar Belakang Universiti Hamad Bin Khalifa
Menginovasi Hari Ini, Membentuk Masa Depan
Universiti Hamad Bin Khalifa (HBKU), anggota Qatar Foundation untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF), ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai sebuah universiti intensif penyelidikan yang bertindak sebagai pemangkin demi perubahan transformatif di Qatar dan wilayah ini sekaligus memberi impak global. Terletak di Bandar Pendidikan, HBKU komited untuk membina dan memupuk keupayaan manusia melalui pengalaman akademik yang diperkaya, ekosistem inovatif dan perkongsian yang unik. HBKU menyediakan program-program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana pelbagai bidang melalui kolej-kolejnya, serta menyediakan peluang-peluang penyelidikan dan biasiswa melalui institut-institut serta pusat-pusatnya. Untuk maklumat lanjut tentang HBKU, layari www.hbku.edu.qa.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/896214/Hamad_Bin_Khalifa_University.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/770031/HBKU_Logo.jpg