Unit kedua daripada tujuh unit etilena oksida/etilena glikol bakal beroperasi
LAKE CHARLES, Louisiana, 4 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Sasol mengumumkan operasi bermanfaat bagi kemudahan pengeluaran etilena oksida (EO) baharunya untuk Projek Bahan Kimia Lake Charles (LCCP). Sebagaimana yang diumumkan pada 22 Mei 2019, Sasol mencapai operasi bermanfaat bagi kemudahan etilena glikol (EG). Gabungan unit etilena oksida/etilena glikol (EO/EG) merupakan unit kedua daripada tujuh kemudahan pengeluaran LCCP yang bakal beroperasi
"LCCP terus mengubah Amerika Utara menjadi bahagian penting dalam perniagaan global Sasol, lalu memberi nilai kepada semua pemegang berkepentingan Sasol," kata Bernard Klingenberg, Naib Presiden Eksekutif Operasi. "Pasukan kakitangan Sasol, kontraktor dan rakan industri kami terus memberikan LCCP dengan permulaan unit proses kedua kami."
Beliau menambah, "Kami bekerja dengan gigih untuk menyerahkan lima unit pembuatan LCCP selebihnya sepanjang tahun 2019 dan awal tahun 2020."
"Pengeluaran etilena oksida memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan alkohol dan surfaktan kami," kata Fleetwood Grobler, Naib Presiden Eksekutif untuk Perniagaan Bahan Kimia. "Permulaan unit ini membolehkan Sasol disepadukan sepenuhnya daripada etana kepada etilena kepada alkohol seterusnya kepada surfaktan di tapak Lake Charles kami. Ia juga membolehkan kami untuk menghasilkan etilena glikol menggunakan keupayaan pembuatan bertaraf dunia kami serta memanfaatkan kepakaran dan capaian global rakan kongsi pemasaran kami Helm AG. Produk-produk ini akan bersama-sama mencipta nilai penting buat pelanggan kami."
Unit tersebut, yang menggunakan teknologi Reka Bentuk Saintifik, mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 300,000 tan setahun (300 ktpa) bagi etilena oksida (EO). EO digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan dua produk utama: surfaktan yang merupakan bahan aktif dalam banyak bahan pencuci isi rumah dan perindustrian; dan etilena glikol yang digunakan untuk membuat serat poliester untuk pakaian, upholsteri dan permaidani, serta antibeku dan penyejuk enjin automotif.
Kilang EO/EG akan turut membekalkan etilena oksida sebagai stok suapan untuk unit ethoxylates (ETO) Lake Charles 130 ktpa sedia ada Sasol selain kilang ETO LCCP 100 ktpa baharu yang sedang dibina. Operasi bermanfaat daripada unit ini dijangka menjelang akhir tahun kalendar 2019.
Latar Belakang Sasol:
Sasol ialah sebuah syarikat bahan kimia dan tenaga bersepadu bertaraf global. Melalui kakitangan berbakat, kami mencipta nilai unggul buat pelanggan kami, pemegang saham dan pemegang berkepentingan lain dengan selamat dan mampan. Kami menggabungkan teknologi-teknologi sofistikated dalam kemudahan-kemudahan operasi berskala dunia untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan komoditi serta bahan kimia khusus, bahan api gas dan cecair serta bekalan elektrik berkarbon lebih rendah.
Kenyataan pandang ke hadapan:
Sasol mungkin, dalam dokumen ini, membuat kenyataan-kenyataan tertentu yang bukan fakta-fakta sejarah dan mengaitkan analisis dan maklumat lain yang berdasarkan ramalan keputusan masa depan dan anggaran jumlah yang belum dapat ditentukan. Kenyataan-kenyataan ini mungkin juga berkaitan dengan prospek masa depan, pembangunan dan strategi perniagaan kami. Contoh-contoh kenyataan pandang ke hadapan berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan-kenyataan berhubung turun naik kadar tukaran, pertumbuhan volum, peningkatan dalam bahagian pasaran, jumlah pulangan pemegang saham, pelaksanaan projek pertumbuhan kami (termasuk LCCP), rizab minyak dan gas, pengurangan kos, program Penambahbaikan Berterusan (CI) kami dan prospek prestasi perniagaan. Perkataan-perkataan seperti "percaya", "menjangkakan", "mengharapkan", "berhasrat", "mencuba", "akan", "merancang", "boleh", "mungkin", "berusaha", "menyasarkan", "meramalkan" dan "mengunjurkan" serta ungkapan-ungkapan yang serupa adalah bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan berkenaan, tetapi bukan cara yang eksklusif untuk mengenal pasti kenyataan berkenaan. Menurut sifat sebenarnya, kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang wujud, secara umum dan khusus, dan terdapat risiko bahawa anggaran, ramalan, unjuran dan kenyataan pandang ke hadapan lain tidak akan dapat dicapai. Sekiranya satu atau lebih daripada risiko ini menjadi kenyataan, atau sekiranya andaian yang mendasarinya terbukti tidak benar, keputusan sebenar kami mungkin berbeza dengan ketara berbanding keputusan yang dianggarkan. Anda harus memahami bahawa beberapa faktor penting boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada rancangan, objektif, jangkaan, anggaran dan hasrat yang diungkapkan dalam kenyataan pandang ke hadapan berkenaan. Faktor-faktor ini dibincangkan secara lebih menyeluruh dalam laporan tahunan paling terkini kami dalam Borang 20-F yang difailkan pada 28 Ogos 2018 dan dalam pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Senarai faktor yang dibincangkan di dalamnya adalah tidak lengkap; apabila bergantung pada kenyataan pandang ke hadapan untuk membuat keputusan pelaburan, anda harus mempertimbangkan dengan teliti faktor-faktor ini dan juga ketidaktentuan serta peristiwa lain. Kenyataan pandang ke hadapan hanya terpakai pada tarikh kenyataan tersebut dibuat dan kami tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.