omniture

Cipta Lambang dan Maskot untuk 2021 Summer Universiade di Chengdu dan Dapatkan Ganjaran Tunai!

Chengdu Economic Daily Marketing and Planning Company
2019-06-05 01:56 421

CHENGDU, China, 5 Jun 2019 /PRNewswire/ -- 2021 Summer Universiade akan diadakan di Chengdu, China pada bulan Ogos 2021. Penganjur mencari idea reka bentuk lambang dan maskot. Peluang unik ini terbuka kepada umum - mana-mana individu atau organisasi, di China atau di luar negara, boleh menghantar penyertaan di laman sesawang rasmi www.2021chengdu.com.

2021 Summer Universiade Chengdu – Pertandingan Rekaan Maskot dan Lambang Dibuka
2021 Summer Universiade Chengdu – Pertandingan Rekaan Maskot dan Lambang Dibuka

Untuk menggalakkan lebih ramai orang muda menyertai, kami telah menerbitkan berita di pelbagai laman sesawang di komuniti pereka di seluruh dunia, dan menghantar jemputan kepada banyak pereka tempatan dan asing. Kami juga melancarkan kempen "Mascot in My Heart" di 10 sekolah rendah dan menengah di Chengdu untuk mengumpul idea dari kanak-kanak, yang sangat gembira dan bersemangat untuk mengambil bahagian.

Reka bentuk lambang dan maskot harus mencerminkan nilai-nilai 2021 Summer Universiade Chengdu: hijau, kecerdasan, daya hidup dan perkongsian. Semua syarat dan spesifikasi disenaraikan di laman sesawang. Tarikh akhir penyerahan ialah 13 Jun 2019.

Keputusan peraduan akan diumumkan pada bulan Ogos 2019. Setiap pemenang utama reka bentuk lambang dan maskot akan menerima ganjaran tunai 100,000 yuan (lebih kurang 13,000 euro).

Slogan rasmi acara itu akan diumumkan pada bulan Jun 2019.

2021 Summer Universiade dianjurkan oleh Jawatankuasa Persiapan Chengdu untuk 2021 Summer Universiade 2021 dan Chengdu Economic Daily Marketing and Planning Company.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190603/2483318-1

Source: Chengdu Economic Daily Marketing and Planning Company
Keywords: Art Entertainment Sporting Events Sports New products/services