omniture

Penyelidik ESPGHAN Beri Amaran: Makanan Ringan Mungkin Bertanggungjawab untuk Wabak Alahan Makanan

ESPGHAN
2019-06-08 07:01 104

GLASGOW, Scotland, 8 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pakar-pakar di Mesyuarat Tahunan ke-52 Persatuan Eropah untuk Gastroenterologi Pediatrik, Hepatologi dan Pemakanan (ESPGHAN) hari ini membentangkan kajian yang menunjukkan bahawa tahap lebih tinggi produk akhir glikasi (AGE) lanjutan, yang didapati banyak dalam makanan ringan, dikaitkan dengan alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak.

Penyelidik-penyelidik daripada University of Naples 'Federico II' memerhatikan tiga kumpulan kanak-kanak yang berusia antara 6-12 tahun: mereka yang mengalami alahan makanan, mereka yang mengalami alahan pernafasan dan kumpulan kawalan yang sihat. Mereka mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang signfikan antara tahap subkutaneus AGE dan pengambilan makanan ringan dan seterusnya, kanak-kanak yang mengalami alahan makanan mempunyai tahap AGE yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang mengalami alahan pernafasan atau tidak mengalami alahan sama sekali. Pasukan penyelidikan ini turut memperoleh bukti yang kuat berkaitan dengan mekanisme tindakan yang ditimbulkan oleh AGE dalam menentukan alahan makanan.

AGE ialah protein atau lipid yang mengalami proses pengglikosilan setelah terdedah dengan gula dan terdapat dengan banyaknya dalam makanan ringan – berasal daripada gula, makanan diproses, makanan yang dimasukkan dalam ketuhar gelombang mikro dan daging panggang atau barbeku. AGE diketahui memainkan peranan dalam perkembangan diabetes, aterosklerosis dan gangguan neurologi, namun ini merupakan kali pertama satu perkaitan ditemui antara AGE dan alahan makanan.

Terdapat semakin banyak bukti bahawa prevalens alahan makan semakin meningkat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan insiden tersebut diketahui setinggi 10% di sesetengah negara. Begitu juga, terdapat peningkatan dramatik bagi pengambilan makanan yang amat terproses, mengandungi sehingga 50% jumlah pengambilan tenaga harian di negara-negara Eropah.

Penyelidik utama Roberto Berni Canani berkata:

"Model-model alahan makanan sedia ada tidak menjelaskan peningkatan dramatik yang diperhatikan sejak beberapa tahun ini – maka, AGE pemakanan mungkin merupakan pautan yang hilang itu, Kami memerlukan kajian lanjut untuk mengesahkan hal ini, mengukuhkan kes untuk kerajaan bagi meningkatkan intervensi kesihatan awam untuk menyekat pengambilan makanan ringan dalam kalangan kanak-kanak."

Isabel Proaño daripada Persekutuan Eropah bagi Persatuan Pesakit Alahan dan Penyakit Salur Pernafasan menambah:

"Golongan profesional penjagaan kesihatan dan pesakit tidak mendapat akses kepada semua pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi penyakit yang memberi kesan yang dramatik terhadap kualiti hidup mereka dan jurang pemprosesan serta pelabelan makanan perindustrian tidak membantu. Kami menggesa pihak-pihak berkuasa kesihatan awam untuk mendayakan pencegahan dan penjagaan yang lebih baik untuk alahan makanan."

Catatan untuk Editor

Untuk maklumat lanjut, untuk berbincang bersama pakar, untuk rujukan dan infografik emelkan kepada james@spinkhealth.com atau hubungi +44(0)1444-811-099

 

Source: ESPGHAN
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Retail Supermarkets Children-related news Survey, Polls & Research Trade show news