omniture

Minitab Lancar Minitab® 19 Statistical Software Baharu

Minitab
2019-06-08 08:53 154

Penyelesaian yang Lebih Baik, Lebih Pantas dan Mudah untuk Analisis Statistik

STATE COLLEGE, Pennsylvania, 8 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Minitab, LLC, pemimpin dalam perisian analisis data pintar dan penyedia perkhidmatan statistik pakar, mengumumkan pelancaran Minitab® 19 Statistical Software, perisian yang lebih baik, lebih cepat dan lebih mudah untuk eksekutif, profesional, pendidik dan pelajar. Versi terbaharu Minitab menyampaikan komitmennya untuk membantu pengamal menganalisis set data yang lebih besar - lebih baik, lebih cepat dan lebih mudah - tidak kira di mana mereka berada dalam perjalanan analitik mereka.

Minitab® 19 Statistical Software menyampaikan analisis statistik, visualisasi, analitik ramalan dan penambahbaikan untuk membolehkan pengambilan keputusan yang dipacu data. Minitab Statistical Software ialah produk global pilihan dalam pelbagai bidang termasuk akademik, kecemerlangan operasi, peningkatan kualiti, Lean Six Sigma, pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, pemasaran dan banyak lagi. Tanpa mengira latar belakang statistik, Minitab memberdayakan organisasi melalui perisian yang mudah digunakan, menggunakan antara muka pengguna yang intuitif, klik bukan kod, pembantu Minitab dan rangkaian sokongan global pakar statistik.

Jeffrey T. Slovin, Ketua Pegawai Eksekutif Minitab, LLC berkata: "Selama hampir 50 tahun, Minitab telah membantu ribuan organisasi memacu pembendungan kos, meningkatkan kualiti, meningkatkan kepuasan pelanggan dan meningkatkan keberkesanan. Dengan pelancaran Minitab® 19, kami mencipta penyelesaian yang lebih baik, lebih pantas dan lebih mudah untuk membantu pengguna membuat keputusan yang lebih baik berpandukan data."

Encik Slovin meneruskan: "Minitab berkomitmen untuk membangunkan alat dan latihan terbaik dalam kelasnya untuk membantu pelanggan mengesan trend, menyelesaikan masalah dan menemui pandangan berharga dalam data mereka dengan kemudahan yang terunggul. Minitab® 19 akan menetapkan standard untuk perisian statistik, membolehkan pelanggan untuk menganalisis set data yang lebih besar dan membandingkan keputusan dengan lebih cepat dan lebih mudah berbanding sebelum ini. "

Ciri-ciri Baharu Jadikan Minitab® 19 Alat Statistik Yang Lebih Kuasa

Minitab® 19 Statistical Software menambah baik versi terdahulu dengan ciri-ciri baharu dan prestasi yang lebih baik. Dengan pengguna Minitab® 19 dapat menganalisis set data yang lebih besar dengan cepat, membandingkan keputusan dan membuat keputusan berpandukan data yang lebih baik. Keputusan untuk analisis kini dalam pandangan tunggal dan pengguna mempunyai kefleksibelan untuk menguruskan dan menganjurkan projek, sama ada ia mengumpul keputusan dengan lembaran kerja, mengikut abjad atau dengan susunan ia dibuat.

Minitab® 19 Statstical Software juga membolehkan analisis data dilaksanakan dengan lebih cepat berbanding sebelumnya. Tersedia dalam kedua-dua versi 32-bit dan 64-bit dengan peningkatan algoritma, import dokumen yang lebih cepat dan akses yang lebih mudah untuk mengautomasikan analisis rutin dengan makro, Minitab® 19 membolehkan pengguna mendapatkan keputusan yang tepat dengan lebih pantas.

Minitab® 19 Statistical Software juga mempunyai antara muka baharu yang bersih dan menjadikan perisian lebih mudah digunakan. Dengan prinsip reka bentuk aplikasi yang biasa, klik bukan kod dan Pembantu Minitab untuk membantu membimbing dan menyelesaikan sebarang analisis, Minitab dibina untuk kedua-dua mereka yang baru mencuba dan ahli sains dan penganalisis data yang paling berpengalaman.

Bagi mereka yang memulakan perjalanan analitik mereka, memerlukan latihan untuk mempelajari semula atau membantu ahli pasukan baharu menyesuaikan diri, Minitab juga menawarkan Quality Trainer, kursus e-pembelajaran yang merangkumi pelajaran animasi, kuiz, dan latihan amali yang membantu mempelajari statistik dengan mudah dan bagaimana menggunakan Minitab.

Latar Belakang Minitab, LLC

Minitab membantu syarikat dan institusi mengesan trend, menyelesaikan masalah dan menemui pandangan berharga dalam data mereka dengan menyediakan analisis data yang komprehensif dan terbaik dalam kelas, analitik ramalan dan alat penambahbaikan proses. Bersama-sama dengan satu pasukan pakar terlatih untuk berkhidmat dan menyokong mereka dalam perjalanan analisis mereka. Tanpa mengira latar belakang statistik, Minitab memberdayakan organisasi melalui perisian yang mudah digunakan, klik bukan kod, latihan di tapak dan latihan awam serta rangkaian sokongan global pakar statistik.

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang Minitab, kunjungi www.minitab.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/715512/Minitab___Logo.jpg

 

Source: Minitab
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics