![]() |
Pelakon Bekerjasama dengan Jenama Penjagaan Kulit & Kecantikan terkenal di Dunia
NEW YORK, 8 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Elizabeth Arden hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melantik pelakon terkenal Ning Chang sebagai Duta Asia pertama jenama untuk kategori Penjagaan Kulit. Cik Chang ialah seorang wanita moden yang teladan - pelakon dan dermawan, beliau juga berbilang bahasa, bercakap bahasa Mandarin, Taiwan, Inggeris, dan Jerman (negara kelahirannya), dan merupakan lulusan undang-undang National Central University. Dalam peranan baharunya bersama Elizabeth Arden, Ning akan mempunyai kehadiran yang mantap di saluran sosial di rantau ini. Ning akan membawa kesedaran kepada francais penjagaan kulit jenama melalui kempen pengiklanan, dengan tumpuan yang kuat terhadap strategi digital dan penglibatan Elizabeth Arden di Asia.
Ning mencerminkan Cik Arden dengan semangat yang sama terhadap semua usaha beliau, sama ada yang sedang mengejar gelaran lakonan, pemodelan, atau undang-undang dan kerja-kerja dermawan. Mengasaskan syarikatnya di New York pada tahun 1910, sebelum wanita dapat mengundi, Elizabeth Arden mempunyai legasi memecah sempadan dalam beberapa kategori sebagai pejuang hak mengundi, ahli perniagaan dan pengasas jenama yang sentiasa mencari inovasi. Dengan sikap yang lembut, seseorang mungkin tidak dapat melihat komitmen Ning untuk kehidupan yang penuh semangat - namun kecantikan dan bakatnya digabungkan dengan sikapnya yang sungguh-sungguh dan tak kenal lelah. Dorongan dan keasliannya memberikan peluang yang unik untuk jenama itu untuk membawa nilai 'Arden', dan memberi inspirasi kepada wanita untuk 'keluar dan mencipta sejarah' mereka.
"Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Elizabeth Arden, tambahan pula saya telah menggunakan produk selama bertahun-tahun, yang menjadikan perkongsian ini lebih istimewa," kata Ning Chang. "Saya mempunyai jaminan sepenuhnya dalam produk berkualiti tinggi jenama dan saya dengan senang hati mengesyorkan mereka kepada semua kawan saya. Saya teruja untuk bekerja sebagai rakan kongsi dengan pasukan Elizabeth Arden untuk berkongsi inovasi kreatif dan sejarah jenama dengan wanita yang dekat dan jauh."
"Ning mempunyai keperibadian yang tulus, dan ada keanggunan yang tenang dan kuat dalam dirinya, sebuah keindahan yang bergema dengan wanita di seluruh dunia, dan terutamanya dengan wanita di Asia," kata Ava Huang, Pengurus Besar Global, Elizabeth Arden. "Sikap ikhlasnya menunjukkan contoh cita-cita pengasas kami. Seperti Elizabeth Arden, sikap Ning terhadap kepimpinan yang mantap, keazaman dan semangatnya menjadi wanita yang sempurna untuk mewakili jenama dan melibatkan para pengguna Asia. Kami percaya perkongsian ini akan menghubungkan komitmen kepada inovasi dan kualiti hidup sambil memberi inspirasi kepada wanita-wanita Asia terhadap usaha memburur kecantikan dan kemajuan yang berterusan, yang pernah dikatakan oleh Elizabeth Arden sebagai hak kelahiran setiap wanita."
Bersama-sama, Ning dan jenama ini akan memanfaatkan platform masing-masing untuk berkongsi dan berhubung dengan wanita di seluruh Asia, dan menggalakkan generasi baharu untuk meneroka jenama dan nilai-nilainya yang abadi.
Latar Belakang Elizabeth Arden
Elizabeth Arden telah memperkasakan wanita dengan pelbagai portfolio penjagaan kulit berasaskan sains, wangian istimewa dan alat solek berbilang tugas sejak tahun 1910. Sebagai seorang usahawan dan pengasas syarikatnya sebelum mendapat hak untuk mengundi, Cik Arden ialah seorang penyokong wanita yang bersemangat dan terkenal dengan penyediaan gincu merah untuk pejuang hak mengundi ketika mereka melepasi Red Door Spa di Fifth Avenue. Hari ini jenama ikonik ini dijual di lebih 120 buah negara dan berbangga mendokong legasi pengasas untuk memperkasa wanita dan menyediakan mereka dengan penjagaan kulit yang mewah dan berprestasi tinggi yang memanfaatkan kepakaran amali spa selama lebih 100 tahun.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/897614/Ning_Chang_for_Elizabeth_Arden.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/897613/Elizabeth_Arden_Logo.jpg