omniture

"Jadi Pengurus BTS di BTS WORLD!" Tarikh Keluaran BTS World Diumum Untuk 25 Jun

Netmarble Corp.
2019-06-08 23:41 389

- Permainan mudah alih berasaskan cerita yang sangat dinanti-nanti di mana para pemain menjadi pengurus BTS untuk memupuk BTS menjadi bintang handalan

- 'Permainan Mini' Demo BTS WORLD Baharu Yang Boleh Dimainkan Tersedia Di Laman Sesawang Pra-Pendaftaran Rasmi

LOS ANGELES, 8 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Netmarble Corp. telah mengumumkan pada hari Selasa, 25 Jun PST /Rabu, 26 Jun KST sebagai tarikh keluaran untuk permainan mudah alih BTS WORLD, yang sangat dinanti-nantikan, di mana pemain menjadi pengurus BTS untuk memupuk BTS menjadi bintang terkenal global.


Dicipta sempena dengan bintang handalan global, BTS WORLD ialah permainan simulasi mudah alih berasaskan cerita yang membawa pemain dalam satu perjalanan interaktif. Kisah BTS WORLD membawa pemain kembali ke permulaan sebelum kemunculan pertama kumpulan ini untuk memburu peranan pengurus BTS, dengan matlamat utama memupuk BTS untuk menjadi bintang handalan.

Pemain akan menghadapi pelbagai misi di mana mereka akan memilih kad anggota BTS tertentu untuk melaksanakan misi dan membuat kemajuan dalam permainan. Mengumpul dan menaik taraf kad-kad ini akan membuka lebih banyak cerita di sepanjang perjalanan, dan pemain akan dapat berinteraksi maya dengan BTS dalam permainan menerusi sistem interaktif 1:1.

Pra-pendaftaran untuk permainan kini dibuka di https://btsw.netmarble.com. Demo 'permainan mini' BTS WORLD yang boleh dimainkan akan tersedia di laman sesawang ini, memberi pemain pratonton sebelum pelancaran. Tapak pra-pendaftaran juga pada masa ini menampilkan pengenalan permainan, kisah BTS, dan "From BTS" - satu pemerhatian ringkas khas "fungsi mudah alih" permainan yang membolehkan pemain berinteraksi maya dengan ahli kumpulan, serta permainan mini yang memasangkan pemain dengan ahli BTS yang sepadan dengan yang baik sebagai pengurus.

BTS WORLD juga akan mendedahkan muzik asal yang baharu daripada BTS menjurus kepada pelancaran, bermula dengan lagu sub-unit oleh Jin, Jimin, dan Jung Kook daripada BTS.

Video acah untuk lagu ini boleh didapati di laman sesawang pra-pendaftaran dan saluran YouTube rasmi di [http://www.youtube.com/c/BTSW_official].

Permainan ini akan dikeluarkan di seluruh dunia (tidak termasuk China) untuk peranti iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut mengenai BTS WORLD, sila lawati https://btsw.netmarble.com.  Kemas kini terkini juga boleh didapati dengan mengikuti BTS WORLD di Twitter dan Instagram.

Latar Belakang Netmarble Corporation
Netmarble Corporation berusaha untuk menghiburkan penonton daripada semua peringkat umur di seluruh dunia dengan menyediakan pengalaman permainan mudah alih yang hebat. Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble ialah salah satu syarikat permainan mudah alih yang paling pesat berkembang dan secara konsisten berada pada kedudukan sebagai pemaju mudah alih dan penerbit terkemuka di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 6,000 pekerja, Netmarble telah menghasilkan dan menyelenggara beberapa permainan mudah alih yang paling berjaya termasuk Lineage 2: Revolution, Blade & Soul Revolution, MARVEL Future Fight, Everybody's Marble, dan Seven Knights. Sebagai syarikat induk kepada Kabam, pemaju permainan mudah alih terkemuka dalam permainan berbilang pemain bebas secara besar-besaran dan pemegang saham terbesar Jam City, pemaju permainan sosial kasual terkemuka, Netmarble mempunyai perkongsian strategik dengan CJ ENM Corporation, syarikat hiburan terbesar di Asia, Tencent Holdings, syarikat internet terbesar Asia, dan NCsoft, sebuah syarikat MMORPG yang terkenal. Maklumat lanjut boleh didapati di http://company.netmarble.com.

Latar Belakang Big Hit Entertainment
Ditubuhkan pada Februari 2005 di Korea Selatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Bang Si-Hyuk, perniagaan utama Big Hit Entertainment memberi tumpuan kepada pengeluaran muzik, pengurusan artis dan penerbitan. Usaha perniagaan Big Hit menggabungkan dan membangunkan pelbagai kandungan yang dihasilkan daripada IP artis terkemuka, termasuk band lelaki BTS dan tambahan terbaharu TOMORROW X TOGETHER. Dengan misi 'Muzik & Artis untuk Penyembuhan', Big Hit berusaha untuk memberikan pengaruh positif melalui kandungan sambil memberikan keselesaan dan inspirasi kepada penggemar muzik di seluruh dunia.

Latar Belakang Takeone Company
Takeone Company Corp ialah sebuah syarikat kandungan yang inovatif yang menggunakan budaya-pop dalam persekitaran permainan. Ditubuhkan pada tahun 2016, Takeone mengetuai genre baru permainan mudah alih yang dipanggil 'Cinematic Games' yang menggabungkan elemen permainan interaktif dalam konsep cerita berdasarkan kedua-dua budaya pop dan IP asli. Permainan ini termasuk video gerakan penuh dan pelbagai kandungan visual yang menolak sempadan penglipurlaraan generasi akan datang. Pengalaman dan pengetahuan yang bertahun-tahun dalam bercerita dan pembangunan permainan telah membawa kepada penciptaan permainan sinematik seperti Take Urban, BTS World. Takeone kini sedang membangunkan satu siri permainan sinematik masa depan untuk tajuk seterusnya dan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.takeonecompany.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/897807/BTS_WORLD_Netmarble_Corp.jpg

Source: Netmarble Corp.
Related Links:
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Telecommunications New products/services Future Events