omniture

PaySett Corporation teruskan pengembangan pembayaran masa nyata global

PaySett Corporation
2019-06-10 06:25 277

Penyelesaian bayaran masa nyata (RTP) PayExpedite® akan menjadi asas bagi pemodenan gedung penjelasan automatik di El Salvador.

ATLANTA dan SAN SALVADOR, El Salvador, 10 Jun 2019 /PRNewswire/ -- PaySett Corporation merupakan penyedia penyelesaian pembayaran global bersama-sama dengan ACH El Salvador hari ini mengumumkan permulaan pelaksanaan platform RTP PayExpedite® berdasarkan standard ISO 20022.

Laura Bowen, ketua Perbendaharaan dan Penyelesaian Perdagangan di Citi mengulas "Selama lebih daripada 55 tahun, kami telah menjadi sekutu pelanggan kami yang menyokong inisiatif dan keusahawanan mereka. Sebagai anggota sistem kewangan El Salvador kami memberi tumpuan kepada memodenkan ACH agar untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami".

Jesus Garcia Naib Presiden Pembangunan Perniagaan menambah "Pembangunan yang mudah, pantas, dan selamat yang disediakan oleh penyelesaian yang terbukti seperti PayExpedite® membolehkan entiti kewangan untuk menampung keperluan masa depan sistem kewangan semasa memacu penurunan kos kaedah pembayaran tradisional seperti tunai dan cek."

"ACH akan berevolusi selama beberapa bulan akan datang menjadi sistem yang lebih cekap untuk warga Salvadore dan perniagaan melalui sistem pemindahan wang dan pembayaran segera antara bank negara ini. Ini akan menjadi laluan ke arah perkhidmatan sistem pembayaran yang lebih matang dan mantap yang kami cadangkan selama ini" jelas Roberto Monterrosa, Pengurus Besar ACH El Salvador.

Peserta akan dapat memproses pembayaran pengguna, korporat dan kerajaan dalam masa nyata melalui pelbagai saluran perbankan.

Latar Belakang PaySett Corporation

PaySett Corporation yang berpangkalan di Atlanta Georgia merupakan penyedia global penyelesaian perisian pembayaran. PaySett menyediakan produk/perkhidmatan untuk membantu entiti kewangan global untuk mengurus cara menggerakkan wang sepanjang organisasi dan untuk pelanggan mereka. Dua dekad pengalaman PaySett menggerakkan pembayaran melalui rangkaian pembayaran nasional dan antarabangsa telah membolehkan pembangunan perisian pembayaran awal untuk membantu bank global dengan kemampuan untuk meningkatkan keupayaan pemprosesan rangkaian pembayaran serantau dan global mereka. Enam belas daripada dua puluh bank paling global memproses bayaran melalui perisian PaySett.

Hubungan PR

David R. Pulido
E-mel: dpulido@paysett.com 
Tel: + 1 (404) 812-5367 
www.paysett.com

Latar Belakang ACH El Salvador

ACH El Salvador menguruskan ACH Payments System sejak 2010. Ahli-ahli ACH ialah Banco Agrícola, BAC, Banco Atlántida, Banco Azul, Citi, Banco Cuscatlán, Banco Davivienda, Banco Industrial, Banco Promerica, Scotiabank, dan SAC Multivalores. 

Hubungan ACH El Salvador

Criseida Quintanilla
cquintanilla@achsv.net 
+503 2246-5600 
www.achsv.net

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/898387/PaySett_Corporation_Logo.jpg

Source: PaySett Corporation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Hispanic-oriented news Financial Technology