omniture

Keupayaan Rakaman Suara Red Box Bakal Tersedia untuk Microsoft Dynamics 365 Sales Insights Melalui Penyepaduan Teknologi Baharu

Red Box
2019-06-11 00:43 213

LONDON dan NEW YORK, 10 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Red Box, platform utama untuk suara, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai Rakan Kongsi Telefoni Pilihan untuk memberi suapan kepada data suara yang dirakam kepada Microsoft Dynamics 365 Sales Insights dan memperkayakan set data yang membolehkan penyelesaian AI Microsoft membuat keputusan programatik, mengukuhkan kualiti pandangan yang boleh diperoleh oleh pelanggan bersama mereka daripada data mereka sendiri.

Penyepaduan ini akan membantu pengurus jualan menyediakan khidmat kejurulatihan pintar kepada penjual mereka dengan menghasilkan pandangan daripada perbualan beraneka mereka yang dilakukan oleh penjual bersama pelanggan mereka. Dengan memanfaatkan suara dalam seluruh perusahaan dan metadata beraneka yang dirakam oleh Red Box digandingkan dengan aplikasi Sales Insights, pelanggan akan mendapat manfaat daripada analitik panggilan secara meluas selain keupayaan untuk memainkan semula panggilan individu melalui Dynamics 365. 

Keupayaan rakaman suara ini bukan sahaja akan dapat membantu pengurus untuk memperkenalkan trend awal bagi melancarkan peluang latihan jualan dan gerakan jualan baharu untuk semua penjual, tetapi juga memberi peluang untuk melihat gaya perbualan dan tahap sentimen pelanggan untuk penjual berbeza dan menghasilkan transkrip panggilan untuk penjual individu. Pengurus kemudiannya dapat memberi ulasan kejurulatihan pada saat-saat tertentu dalam perbualan bagi membimbing penjual untuk meningkatkan prestasi jualan mereka.

"Kami berasa gembira untuk meluaskan ekosistem rakan kongsi kami melalui penyepaduan ini dengan Microsoft dan menghasilkan elemen yang begitu berharga untuk aplikasi Dynamics 365 Sales Insights," ulas Richard Stevenson, Ketua Pegawai Eksekutif Red Box.

"Platform suara yang berdaya tahan dan terbuka daripada Red Box menyediakan set data suara yang beraneka dan berkualiti tinggi. Ini digabungkan dengan keupayaan kecerdasan panggilan Dynamics 365 Sales Insights membolehkan pasukan jualan memperoleh pemahaman tentang pelanggan mereka dengan memanfaatkan pandangan AI yang mendalam terhadap perbualan pelanggan. Ia juga dapat membantu mengubah setiap penjual menjadi pelaksana cemerlang dengan menyediakan khidmat kejurulatihan berdasarkan rakaman automatik dan analisis perbualan jualan yang menonjolkan sentimen pelanggan dan keberkesanan perbualan, yang akhirnya mendorong dan meningkatkan prestasi pasukan jualan," tambah Oren Ryngler, Pengarah Pengurusan Projek Microsoft Dynamics 365 for Sales and Sales Insights. 

Latar Belakang Red Box

Red Box ialah pakar suara khusus yang terkemuka, memperkasa organisasi-organisasi untuk merakam, menjamin dan merungkai nilai suara seluruh perusahaan. Dengan platform yang paling terbuka dan terhubung, kami merakam dan mentranskripsikan komunikasi suara daripada lebih 55 sistem (legasi dan baharu), merentas perusahaan global dan PKS. Pelanggan kami mengekalkan kedaulatan data yang lengkap dan kami menghubungkan mereka kepada ekosistem rakan kongsi yang paling luas bagi memaksimumkan nilai data suara yang dirakam.

Bekerjasama dengan saluran penjual global kami, kami dipercayai oleh organisasi-organisasi terkemuka daripada sektor kewangan, pusat perhubungan, kerajaan dan keselamatan awam (termasuk enam bank terkemuka dunia, 85% daripada broker antara penjual global, 1,700 pusat panggilan dan lebih 70% pasukan polis UK) dan kami merakam serta menjamin jutaan panggilan setiap hari untuk lebih 3,000 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.redboxvoice.com

Untuk pertanyaan akhbar sila hubungi: 
Dynamo PR melalui +44(0)203-946-6862
redbox@dynamopr.com 

Source: Red Box
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services