omniture

Great Learning Berkembang ke Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah

Great Learning
2019-06-11 19:15 240

Lancarkan kursus-kursus dalam Sains Data & Analitik, AI & Pembelajaran Mesin dan Keselamatan Siber dengan kerjasama University of Texas di Austin dan Pusat Pembangunan Profesional Stanford

NEW DELHI, 11 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Great Learning, platform Teknologi pendidikan yang terkemuka di India untuk ahli-ahli profesional bekerja hari ini mengumumkan bahawa ia meluaskan jejak geografinya secara global ke Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah. Syarikat akan menawarkan tiga programnya yang paling popular dalam Sains Data & Analitik Perniagaan (PGP-DSBA - variasi antarabangsa khas untuk program analitik perniagaannya PGP-BABI yang menduduki tempat #1 di India sejak 4 tahun lalu), Kecerdasan Buatan & Pembelajaran Mesin (PGP-AIML) dan Keselamatan Siber (SACSP - Program Keselamatan Komputer Lanjutan Stanford) di kawasan-kawasan ini. Ditawarkan dengan kerjasama dua universiti yang terkemuka di dunia, Stanford University dan University of Texas, Austin, program-program dalam talian ini telahpun menarik pelajar-pelajar dari 17 negara termasuk UK, Singapura, Afrika Selatan, UAE dan sebagainya.

Program-program ini, direka dan dibangunkan oleh fakulti cemerlang UT Austin dan Stanford, disampaikan secara dalam talian oleh Great Learning, memanfaatkan model pembelajaran bermentor uniknya yang mana pementoran diperibadikan disediakan oleh tenaga-tenaga pengajar berkepakaran daripada jaringan lebih 750 Global Guru Great Learning. Mentor-mentor ini termasuk golongan veteran industri daripada syarikat-syarikat seperti Google, Microsoft, Amazon dan Walmart.

Mohan Lakhamraju, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Great Learning, berkata, "Program-program kami, proses penyampaian, platform teknologi dan hasil pembelajaran merupakan antara yang terbaik di dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan permintaan yang ketara terhadap kursus-kursus kami daripada pelajar-pelajar di luar India. Hal ini mendorong kami untuk berkembang ke kawasan-kawasan baharu bagi menawarkan program-program rekaan khas yang mendalam serta pengalaman pembelajaran yang lebih memberi kesan kepada pelajar-pelajar global kami. Sepanjang 3-5 tahun akan datang, kami berharap dapat memberikan pembelajaran yang canggih dan memberi kesan kepada lebih 100,000 pelajar dari lokasi-lokasi antarabangsa."

Great Learning ialah syarikat Teknologi pendidikan yang terkemuka di India untuk golongan profesional bekerja dan telah melatih lebih 10,000 pelajar sejak 5 tahun lalu dalam kemahiran yang penting untuk kerjaya seperti AI, Sains Data, Pengkomputeran Awan, Keselamatan Siber, Pembangunan Tindanan Penuh dan banyak lagi. Program-program Great Learning mempunyai kadar penyelesaian kursus yang tinggi iaitu lebih 90%, antara yang terbaik di dunia. 66% daripada alumni Great Learning telah mencapai peralihan kerjaya dalam enam bulan setelah menamatkan program, menunjukkan perkaitan praktikal dan penerimaan industri program-programnya.

Program-program daripada Great Learning adalah amat bersifat amali dengan pelajar-pelajarnya terdedah kepada kemahiran melalui pelbagai projek yang mana mereka mengaplikasikan hasil pembelajaran mereka kepada masalah dunia sebenar dan membina portfolio profesional yang meluas, menjadikan mereka bersedia untuk industri. Platform ini turut menawarkan khidmat sokongan kerjaya, akses kepada lembaga pekerjaan diperibadikan, sesi pementoran kerjaya daripada pakar-pakar industri serta peluang untuk mengambil bahagian dalam projek-projek langsung dan hackathon yang ditaja oleh industri.

Latar Belakang Great Learning

Great Learning ialah syarikat Teknologi Pendidikan yang terkemuka di India yang menawarkan program-program berkualiti tinggi dan mendalam bagi aspek kecekapan yang penting untuk kerjaya seperti Analitik, Sains Data, Data Raya, Pembelajaran Mesin, Kecerdasan Buatan, Keselamatan Siber, Pembangunan Tindanan Penuh, Pengkomputeran Awan, Pembelajaran Mendalam dan banyak lagi. Lebih 10,000 ahli profesional telah menjalani program-program Great Learning yang melaluinya ia telah dapat menyediakan lebih 5 juta jam pembelajaran yang memberi kesan. Syarikat ini mempunyai misi untuk menjadikan ahli-ahli profesional mahir-digital dan bersedia mendepani masa depan. Program-program Great Learning ditawarkan dalam pelbagai mod agar sesuai dengan keutamaan ahli-ahli profesional termasuk mod campuran dengan sesi-sesi bilik darjah hujung minggu (kini hanya di India), mod dalam talian dengan pementoran diperibadikan dan mod kem latihan sepenuh masa. Sesi-sesi bilik darjah diadakan di pusat-pusat Great Learning di Gurgaon, Bangalore, Hyderabad, Pune, Chennai dan Mumbai. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Great Learning, sila kunjungi: http://www.greatlearning.in.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/900043/Great_Learning_Logo.jpg

 

Source: Great Learning
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education High Tech Security Higher Education Internet Technology Telecommunications Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion New products/services Data Analytics