omniture

Bangunan Empire State Lancar Pertandingan Foto Tahunan Kelapan

Empire State Realty Trust, Inc.
2019-06-11 20:12 122

NEW YORK, 11 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan pelancaran pertandingan foto tahunannya pada 17 Jun 2019. Jurugambar-jurugambar daripada semua tahap di seluruh dunia digalakkan untuk menghantar foto-foto asal mercu tanda ikonik untuk berpeluang memperoleh pendedahan antarabangsa dan memenangi Hadiah Utama bernilai $5,000 USD. Selain Hadiah Utama, ESB akan turut menganugerahkan satu Hadiah Tempat Kedua bernilai 1,500 USD serta memilih sehingga 48 Finalis.

Last year’s Grand Prize-Winning Photo by Sidney Chua
Last year’s Grand Prize-Winning Photo by Sidney Chua

Sebagai salah satu tempat tarikan yang paling banyak diambil gambar di Bandar Raya New York, ESB ialah mercu tanda global dan pengalaman terkenal yang tidak harus dilepaskan. Ia terus menginspirasikan begitu ramai jurugambar untuk mengambil foto yang memukau setiap hari. Pintu masuk serba baharu di 34th Street dan pengalaman tetamu yang lebih baik menyediakan pengunjung dengan lebih banyak detik yang boleh diimbau dan banyak peluang untuk mengambil gambar yang menakjubkan, seperti model seni bina 25-kaki Bangunan ini.

Untuk mengambil bahagian, ESB mengundang peminat-peminatnya untuk menghantar penyertaan foto bahagian luar, bahagian dalaman atau pemandangan luar 360-darjah tanpa halangan Bangunan yang mengagumkan secara dalam talian di www.esbphotocontest.com. Penyertaan akan diterima mulai 17 Jun 2019 hingga 6 September 2019.

"Pertandingan tahun ini diluaskan kepada lebih banyak negara berbanding sebelum ini," kata Jean-Yves Ghazi, Naib Presiden Kanan Balai Cerap ESB. "Buat julung kalinya, kami menerima foto-foto oleh peminat-peminat ESB dari Australia, Perancis, Jerman, India, Jepun dan Korea Selatan, selain peminat-peminat kami yang mengambil bahagian sebelum ini dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada untuk peluang menunjukkan tangkapan gambar terbaik mereka di mercu tanda kami yang terkenal di dunia. Kami teruja untuk melihat ESB daripada lensa peminat-peminat antarabangsa kami."

Pemenang-pemenang akan diumumkan melalui laman sesawang pertandingan dan platform media sosial ESB pada lewat September.

Peserta-peserta haruslah berumur melebihi 18 tahun dan merupakan penduduk sah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, China, Perancis, Jerman, Australia, Korea Selatan, India atau Jepun. Untuk mengetahui peraturan pertandingan rasmi dan maklumat tambahan mengenai pertandingan foto ini, kunjungi www.esbphotocontest.com.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding,  www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Mac 2019, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/900438/Empire_State_Realty_Trust_Photo_Contest.jpg

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Future Events