omniture

IEEE Umum 14 Jurnal Akses Terbuka Baharu

IEEE
2019-06-11 22:43 144

IEEE sediakan lebih banyak pilihan berkualiti tinggi untuk pengarang dan penyelidik

PISCATAWAY, New Jersey, 11 Jun 2019 /PRNewswire/ -- IEEE, organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia yang berdedikasi untuk memajukan teknologi untuk kemanusiaan, hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan 14 jurnal akses terbuka sepenuhnya emas baharu yang merangkumi pelbagai teknologi termasuk telekomunikasi, pengkomputeran, kejuruteraan biomedikal, teknologi automotif, pemprosesan isyarat, aplikasi industri, kuasa dan tenaga dan banyak lagi. Jurnal baharu akan mula menerima penyerahan pada musim luruh 2019 dan menerbitkan artikel pertama mereka pada awal tahun 2020.

Sebuah organisasi bukan untuk keuntungan, IEEE juga merupakan peneraju global dalam bidang kejuruteraan elektrik dan bidang berkaitan, menerbitkan 23 jurnal 24 teratas dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik berdasarkan faktor impak jurnal. "Program penerbitan IEEE terus berkembang dan berevolusi," kata Stephen Welby, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi IEEE. "IEEE terus menyokong sains terbuka dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk menyokong kerja dan keperluan semua penulis dan penyelidik - mereka yang lebih suka menerbitkan dalam jurnal langganan tradisional atau mereka yang lebih suka atau perlu menerbitkan dalam jurnal akses terbuka."

Lembaga editorial bebas akan mendorong komitmen IEEE untuk menerbitkan artikel bermutu tinggi termasuk kajian mutakhir dan penemuan dalam inovasi teknologi. Setiap jurnal baharu akan mematuhi piawaian rakan setara IEEE yang tinggi dan mantap, mengambil manfaat daripada komuniti teknikal pakar untuk terus menerbitkan kandungan dengan petikan yang paling tinggi. Setiap jurnal akan mempunyai pakar yang terlatih sebagai ketua editor.

Jurnal akses terbuka sepenuhnya emas baharu IEEE termasuk:

  • IEEE Open Journal of Antennas and Propagation 
  • IEEE Open Journal of Circuits and Systems 
  • IEEE Open Journal of the Communications Society 
  • IEEE Open Journal of the Computer Society
  • IEEE Open Journal of Engineering in Medicine and Biology 
  • IEEE Open Journal of Industry Applications
  • IEEE Open Journal of the Industrial Electronics Society 
  • IEEE Open Journal of Intelligent Transportation Systems
  • IEEE Open Journal of the Microwave Theory and Techniques Society 
  • IEEE Open Journal of Nanotechnology 
  • IEEE Open Journal of Power Electronics
  • IEEE Open Journal of Signal Processing
  • IEEE Open Journal of Solid-State Circuits
  • IEEE Open Journal of Vehicular Technology

Jurnal-jurnal baharu ini ialah penambahan penting kepada portfolio jurnal akses terbuka IEEE yang terkenal dan dihormati. Portfolio ini merangkumi IEEE Access®, IEEE Photonics Journal, IEEE Journal of the Electron Devices Society, IEEE Journal on Exploratory Solid-State Computational Devices and Circuits, IEEE Power and Energy Technology Systems Journal, dan IEEE Journal of Translational Engineering in Health and Medicine.

Menubuhkan bahagian topikal baharu dalam IEEE Access

IEEE Access, jurnal akses terbuka skop luas IEEE, akan turut melancarkan subseksyen bidang khususn sejajar dengan komuniti teknikal IEEE berikut: IEEE Broadcast Technology Society, IEEE Electronics Packaging Society, IEEE Photonics Society, IEEE Reliability Society, IEEE Engineering in Medicine and Biology Society, IEEE Power & Energy Society dan IEEE Vehicular Technology Society.

Tambahan baharu lain

IEEE juga akan melancarkan IEEE Journal of Selected Topics in Applied Earth Observations and Remote Sensing  menjadi tajuk akses terbuka sepenuhnya pada tahun 2020.

Semua pilihan akses terbuka yang baharu akan mematuhi sepenuhnya mandat pemberi dana termasuk Plan S, oleh sebab semua artikel akan diterbitkan di bawah Lesen Atribusi Creative Commons (CC-BY) yang membolehkan pengarang mengekalkan hak cipta.

Jurnal dan subseksyen akses terbuka yang baharu akan dihoskan pada platform IEEE Xplore®, yang dikunjungi oleh lebih daripada lima juta pengguna unik setiap bulan. Maklumat lanjut mengenai setiap tajuk ini boleh didapati di open.ieee.org.

Latar Belakang IEEE

IEEE ialah organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia yang dikhususkan untuk memajukan teknologi untuk manfaat manusia. Melalui penerbitan dengan petikan yang tinggi, persidangan, piawaian teknologi, dan aktiviti profesional dan pendidikan, IEEE merupakan suara yang dipercayai dalam pelbagai bidang daripada sistem aeroangkasa, komputer, dan telekomunikasi kepada kejuruteraan bioperubatan, kuasa elektrik dan elektronik pengguna. Ketahui lebih lanjut.

Hubungan media:

Monika Stickel
+1 732 562 6027
m.stickel@ieee.org 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/619504/IEEE_Logo.jpg

Source: IEEE
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services