omniture

Arria jadi platform NLG pertama bawakan literasi data sebenar kepada papan pemuka Perisikan Perniagaan (BI)

Arria NLG
2019-06-11 22:59 51

Pelanggan sahkan penambahbaikan dramatik dalam kepantasan dan kecekapan pelaporan menggunakan Penjanaan Bahasa Tabii 

MORRISTOWN, New Jersey, 11 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Arria NLG dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran penyepaduan terkini untuk Perisikan Perniagaan (BI) dengan menghimpunkan analitik dan linguistik termaju terus ke dalam instrumen BI. Kombinasi ini memberikan kedalaman selanjutnya terhadap penjanaan maklumat naratif, kemudahan penggunaan dan keselamatan data. Buat julung kalinya, instrumen BI termasuk Microsoft Power BI, Tableau, MicroStrategy dan Qlik mempunyai kebolehan untuk memberikan literasi data yang sebenar.

Menurut Brian O'Connor, Ketua Pengarah, Perkhidmatan Perniagaan Global Analitik Termaju, AstraZeneca, "Keupayaan analitik dan linguistik BI Arria NLG Studio menyediakan kami dengan teknologi untuk meningkatkan dengan ketara kepantasan dan kecekapan pelaporan kami. Manfaat utama buat kami adalah kami dapat menggunakan platform berkuasa ini untuk mencipta aplikasi NLG kami sendiri dalam jabatan kami."

Adam Heitzman, Rakan Pengurusan @ HigherVisibility berkata "Kami telah menggunakan Arria NLG Studio untuk menghasilkan naratif pada jumlah data yang besar agar dapat mengartikulasikan nilai pemasaran dengan segera dan jelas yang kami bawakan kepada pelanggan kami. Platform mereka telah mengurangkan jumlah masa dan usaha dengan ketara untuk menonjolkan maklumat yang membolehkan kami memberi tumpuan bagi memacu lebih nilai buat pelanggan kami."

Penyepaduan BI terkini daripada Arria membolehkan pengagregatan dan penceritaan semua data asas yang tersedia dalam papan pemuka melangkaui visual dua dimensi. Dengan kebolehan untuk menggambarkan data asas, pemerhati kini mempunyai keupayaan menilai dengan teliti tanpa had dengan bilangan dimensi tak terbatas daripada sebarang bilangan suapan data luar. Buat julung kalinya, papan pemuka dapat mengisahkan cerita kontekstual secara sepenuhnya, dalam bahasa tabii, bukan sekadar visualisasi semata-mata, memastikan fakta dan maklumat penting yang sebaliknya akan tertinggal, kini dapat ditunjukkan. Pengguna boleh menghasilkan kisah atas permintaan, konsisten dan dipacu data dengan mudah demi literasi data yang lebih baik bagi mempercepatkan proses membuat keputusan yang lebih bermaklumat dalam organisasi.

Dengan tiga pilihan penggunaan, Arria membolehkan pengguna menyepadukan NLG dengan mudah ke dalam infrastruktur pilihan semasa mereka; awan, awan khusus atau atas premis. Ini dapat memastikan data disimpan di tempatnya, menempatkan kebenaran pengguna dan memenuhi keperluan keselamatan data.

Pengguna BI yang memilih untuk membawa NLG secara dalaman kini dapat menghasilkan naratif mereka sendiri. Arria menawarkan maklumat luar-kotak segera yang dapat disesuaikan oleh pengguna dengan sendiri, sebagaimana diperlukan, dalam beberapa minit. Selain itu, Arria NLG Studio memberikan pengguna kawalan penuh untuk mencipta dan menghasilkan naratif berwawasan mereka sendiri yang disepadukan dan dipaparkan terus dalam instrumen BI pilihan mereka—kesemuanya tanpa memerlukan pembangun atau Khidmat Profesional yang mahal. Dengan harga fleksibel yang mencerminkan instrumen BI, pengguna dapat memperoleh nilai serta merta daripada penyepaduan NLG.

Pencapaian penting ini telah membuka peluang untuk syarikat-syarikat di seluruh dunia untuk menerima NLG dan menggabungkannya secara mampu milik ke dalam instrumen BI mereka.

Latar Belakang Arria NLG: 

Arria NLG ialah peneraju global dalam bidang Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), satu bentuk kecerdasan buatan yang mengkhusus dalam mengekstrak maklumat daripada sumber data yang rumit dan menyampaikan maklumat berkenaan dalam bahasa tabii (iaitu seolah-olah ditulis atau dituturkan oleh manusia). Syarikat memiliki, membangunkan dan melesenkan teknologinya melalui Platform Arria NLG Studio miliknya.

Arria NLG Studio memperkasa penulis dan pakar bidang khusus untuk mencipta bilangan tanpa had naratif sofistikated yang berkesan berdasarkan set data berstruktur. Antara muka berasaskan web mudah Arria mengandungi set fungsi yang mudah difahami yang sepadan dengan pelbagai keputusan analitik, linguistik dan gaya yang dibuat oleh penulis apabila mengarang naratif yang difikirkan dengan teliti.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Arria NLG sila hubungi, Lyndsee Manna, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan, +1 973 534 9478 atau melalui emel lyndsee.manna@arria.com

Pautan:

https://www.arria.com/ 
lyndsee.manna@arria.com 
https://www.arria.com/studio-for-bi/ 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/329543/Arria_NLG_Logo.jpg

Source: Arria NLG
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics