omniture

Syarikat Kimia Mesra Alam Evolved By Nature Alu-alukan Chanel Sebagai Pelabur

Evolved By Nature
2019-06-12 00:10 108

BOSTON, 11 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Evolved By Nature (ditubuhkan di Boston, Massachusetts, pada tahun 2013, oleh Dr. Gregory Altman dan Dr. Rebecca Lacouture), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Chanel telah memutuskan untuk melabur dalam syarikat berkenaan sebagai sebahagian daripada strategi Chanel untuk melabur dalam teknologi mesra alam.

Evolved by Nature ialah pelopor dalam sains sutera dan mencipta Activated Silk™ - sutera asli dan alami dalam bentuk cecair. Sebaik sahaja larut dalam air, ciri-ciri Activated Silk sedia digandingkan dengan bahan-bahan berbeza untuk meningkatkan ciri-ciri fabrik secara alami dan memajukan kaedah-kaedah pengeluaran yang lebih lestari.

"Kami teruja kerana mendapat sokongan Chanel dan memperoleh manfaat daripada kepakaran sektor fesyen dan kecantikannya tatkala kami mempercepatkan pengkomersialan platform kimia Activated Silk™ semula jadi kami," kata pengasas bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Greg Altman.

Perkongsian ini akan membolehkan Chanel dan Evolved By Nature untuk meneroka penambahbaikan bahan, mekanikal dan optik inovatif terhadap fabrik-fabrik berbeza, selari dengan cita-cita Chanel untuk mencipta bahan-bahan terkini dengan kualiti luar biasa dan unik.

Latar Belakang Evolved By Nature
Evolved By Nature™ ialah sebuah syarikat kimia mesra alam yang mempunyai misi untuk mencipta produk-produk yang memberi prestasi lebih baik dan lebih sihat untuk orang ramai dan bumi. Berpangkalan di Boston, Massachusetts, platform kimia Evolved By Nature adalah berasaskan teknologi Activated Silk™ berpaten, iaitu sutera asli dalam bentuk cecair. Activated Silk, teknologi semula jadi dan lestari sepenuhnya, menggantikan banyak polimer sintetik, plastik serta aditif berbahaya dan tersembunyi yang biasa digunakan untuk menghasilkan produk-produk dalam industri-industri bermula dengan pakaian kepada penjagaan peribadi serta perubatan. Activated Silk boleh dikonfigurasikan kepada berpuluh-puluh komposisi molekul berbeza bagi memperoleh hasil yang diingini.

Pakar-pakar sutera, Dr. Gregory Altman dan Rebecca Lacouture, menubuhkan Evolved By Nature pada tahun 2013 dan syarikat ini disokong oleh pelbagai kumpulan pelabur.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/900292/Evolved_By_Nature_Logo.jpg

 

Source: Evolved By Nature
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Textiles Venture Capital