omniture

Happy Plugs Perkenal Fon Kepala Tanpa Wayar Sebenar Dengan Air 1

Happy Plugs
2019-06-13 20:44 239

Tiada wayar – Tidak perlu bimbang

STOCKHOLM, 13 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Happy Plugs®, peneraju pasaran global bagi teknologi fesyen yang mencipta aksesori elektronik pengguna, hari ini dengan bangganya mengumumkan pelancaran fon kepala tanpa wayar sebenar generasi ketiga, Happy Plugs Air 1 ($89 USD / €89 EUR).  

Air 1 True Wireless Headphones by Happy Plugs, a global market leader in fashion tech creating consumer electronics accessories.
Air 1 True Wireless Headphones by Happy Plugs, a global market leader in fashion tech creating consumer electronics accessories.

Generasi baharu ini menggabungkan reka bentuk dan kualiti bunyi berprestasi dengan sambungan Bluetooth 5.0 yang andal serta sehingga 14 jam waktu main menerusi reka bentuk kontemporari istimewa jenama ini. Sebagaimana produk terdahulunya, YEVO Labs 1 dan YEVO Air, Happy Plugs Air 1 membolehkan pendengar untuk mengalami kebebasan sepenuhnya tanpa sebarang wayar.

Disediakan dengan empat rangkaian warna awal (Emas, Emas Merah Jambu, Hitam dan Putih), setiap pasang Happy Plugs Air 1 disertai dengan bekas pengecasan dan simpanan ultra ringan dengan rekaan elegan yang tetap mengekalkan semangat teknologi fesyen dan reka bentuk Happy Plugs.

"Reka bentuk dan prestasi menjadi keutamaan etos kami," kata Andreas Vural, pengasas Happy Plugs. "Ia sama penting dengan teknologi canggih yang direkayasa untuk produk-produk kami. Kami banyak belajar daripada dua generasi produk tanpa wayar sebenar terdahulu kami dan menerusi lanjutan produk ini – satu lembaran baharu, kami telah menyempurnakan pengalaman dan kepakaran untuk mengubah cara kumpulan pengguna belia kami berhubung dengan muzik mereka, sambil merangkumkan reka bentuk dan gaya yang sepadan dengan kehidupan harian mereka."  

Sama ada ketika aktif bergerak, terbang di udara atau bersenam di gimnasium, Happy Plugs Air 1 direka agar sepadan dengan selesa pada telinga anda selama berjam-jam mendengar. Fon telinga kecil ini didatangkan dengan sarung silikon tambahan untuk padanan selamat dan kedapan sempurna demi pengalaman audio yang dipertingkat.

Fon telinga kecil ini juga tahan peluh dan percikan, maka anda tidak perlu bimbang apabila berulang alik ketika waktu hujan, ketika gigih berlari atau bersenam. Fon telinga ini direka khas untuk menawarkan pengalaman mendengar yang menenangkan kepada setiap pengguna dengan nilai hayat bateri sepanjang hari. Happy Plugs Air 1 menyediakan sehingga 14 jam waktu main dan 3.5 jam waktu mendengar untuk sekali pengecasan.

Happy Plugs Air 1 sedia untuk pratempahan hari ini daripada penjual-penjual terpilih dan melalui www.happyplugs.com yang berharga hanya $89.00 USD / €89.00 EUR dan didatangkan dengan empat rangkaian warna iaitu Emas, Emas Merah Jambu, Hitam dan Putih.

FOTO PRODUK 
Untuk melihat lebih banyak foto kunjungi http://bit.ly/Happy-Plugs-Air-1

LATAR BELAKANG HAPPY PLUGS 
Happy Plugs ialah syarikat jenama-jenama gaya hidup Sweden yang berpangkalan di Stockholm. Syarikat merupakan peneraju global bagi teknologi fesyen dengan misi untuk mengubah industri barangan elektronik pengguna dengan menggabungkan reka bentuk inovatif, fesyen dan teknologi. Happy Plugs ialah jenama gaya hidup dan fesyen yang memenangi anugerah dengan cita-cita untuk mengubah aksesori teknologi penting kepada produk fesyen yang perlu dimiliki. Happy Plugs tersedia di kebanyakan kedai konsep, kedai serbaneka dan kedai runcit berprestij di lebih 70 negara dan 10,000 penjual seluruh dunia. Dana ekuiti persendirian Scope Growth III LP, bersama-sama pengasas syarikat Andreas Vural merupakan pemegang saham utama Happy Plugs.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/901014/Happy_Plugs_Air_1.jpg

PERHUBUNGAN AKHBAR
Sonia Mehdizade, Penyelaras Media
press@happyplugs.com 
+46-8-559-238-01

 

Source: Happy Plugs
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services