omniture

UPanda diperkenalkan sebagai penghubung kepada golongan muda dan dunia

Global Recruitment Competition for the International Image Design of China Giant Panda Organizing Committee
2019-06-13 21:17 259

BEIJING, 13 Jun 2019 /PRNewswire/ -- A Pu Panda, panda gergasi berbilang budaya telahpun muncul setelah Pertandingan Reka Bentuk Imej Global Panda Gergasi China, iaitu di bawah bimbingan Pejabat Maklumat Majlis Negara China dan Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Kebangsaan China serta diadakan bersama-sama Pusat Komunikasi Antara Benua China (CICC) dan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Gergasi. Pertandingan ini ditaja oleh Pertandingan Perekrutan Global untuk Reka Bentuk Imej Antarabangsa Jawatankuasa Penganjur Panda Gergasi China dan dilancarkan pada Februari 2019 dengan sejumlah 2,023 hasil karya dari 22 wilayah berbeza di seluruh dunia.

UPanda diperkenalkan sebagai penghubung kepada golongan muda dan dunia
UPanda diperkenalkan sebagai penghubung kepada golongan muda dan dunia

Selepas berlangsungnya pertandingan selama 4 bulan lamanya, A Pu Panda, yang direka oleh En. Wang Tian Shi, telahpun dipilih sebagai pemenang bagi penjelmaan semula "Panda Gergasi Cina dan generasi baharu dunia", yang menonjolkan kualiti-kualiti sama yang dikongsi oleh golongan muda Cina masa kini: dinamik, kecergasan, optimisme, keyakinan diri, semangat berkongsi.

Upacara Pengumuman Pemenang Pertandingan Reka Bentuk Imej Global Panda Gergasi China dan Persidangan Pelancaran Kempen Promosi Jenama telahpun diadakan pada 12 Jun di Beijing, China. Selain upacara pengumuman tersebut, jenama UPanda turut diperkenalkan kepada orang awam di acara berkenaan. Semasa berlangsungnya upacara, UPanda mengumumkan rancangan akan datangnya termasuk animasi, muzik, E-sukan, fesyen dan perlindungan terhadap alam sekitar. A Pu Panda akan digunakan sebagai prototaip untuk beberapa karya animasi. Turut dinyatakan bahawa lebih banyak watak UPanda bakal muncul. People E-sport dan UPanda akan bekerjasama di Kejohanan Masters Antarabangsa, memberi pengaruh kuat kepada golongan muda di seluruh dunia. Selain itu, kolaborasi dengan China Green Foundation untuk Pelan Tindakan "Panda - Alam Semula Jadi - Pendidikan" – golongan remaja dari China dan luar negara akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam program pendidikan dan tindakan perlindungan alam sekitar yang memberi tumpuan untuk melindungi panda gergasi.

Panda-panda gergasi, yang dahulunya menjadi "duta khas" budaya China yang beraneka dan purba, kini ia mewakili China untuk menghubungkan komuniti global dengan tujuan untuk meneroka belia baharu China dan dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190612/2493113-1

Source: Global Recruitment Competition for the International Image Design of China Giant Panda Organizing Committee
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Sports