omniture

86 Peratus Pengguna Berhenti Guna Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Dua Minggu Pertama, seperti ditunjukkan dalam Laporan Penanda Aras Industri Terkini CleverTap

CleverTap
2019-06-14 10:09 103

Analisis lebih 3 bilion peristiwa mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh pemasar bersaing untuk bahagian pasaran $16.6 bilion¹

MOUNTAIN VIEW, California, 14 Jun 2019 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform kitaran hayat pengguna tindanan penuh dan pemasaran, hari ini mengeluarkan laporan Penanda Aras Industri untuk Aplikasi Penghantaran Makanan, mendedahkan trend, cabaran dan amalan terbaik untuk pemasar dan penerbit aplikasi dalam pasaran yang amat kompetitif ini.

Berdasarkan analisis lebih tiga bilion pesanan yang dihantar melalui aplikasi penghantaran makanan atas-permintaan di seluruh dunia, yang terkini dalam siri penanda aras CleverTap memberi pemahaman tentang bagaimana pemasar dapat mengoptimumkan prestasi aplikasi mereka.

Meskipun aplikasi mudah alih kini menyumbang 6 daripada setiap 10 pesanan restoran digital, aplikasi penghantaran makanan individu berdepan dengan cabaran signifikan apabila melibatkan hal untuk berhubung dan mengekalkan pengguna baharu:

  • Pendaftaran: Hanya 25 peratus pengguna menyelesaikan proses pendaftaran selepas pelancaran aplikasi pertama
  • Pengekalan: Hanya 22 peratus pengguna baharu kekal aktif selepas minggu pertama
  • Pulangan pelanggan: 86 peratus pengguna baharu akan berhenti menggunakan aplikasi dalam tempoh dua minggu selepas pelancaran pertama
  • Nyahpasang: 54 peratus pengguna baharu akan menyahpasang sepenuhnya aplikasi tersebut dalam bulan pertama

"Pasaran penghantaran makanan sedang berkembang pesat hasil daripada kemudahan yang ditawarkan dalam gaya hidup sibuk masa kini. Namun demikian, dalam masa yang sama, persaingan dilihat semakin sengit. Ruang aplikasi penghantaran makanan mempunyai halangan masuk dan keluar yang amat rendah, dan oleh yang demikian kadar pulangan dan pengekalan pelanggan sentiasa menjadi cabaran. Kunci untuk memperbaiki kedua-dua aspek ini adalah dengan menyediakan pengalaman berbeza pada setiap peringkat dalam kitaran hayat pengguna," kata Almitra Karnik, Ketua Pemasaran Global di CleverTap. "Menunjukkan nilai yang mencukupi untuk menarik pengguna untuk mendaftar hanyalah cabaran pertama. Anda juga perlu memberi insentif kepada pengguna untuk menggunakan aplikasi dan melakukan urus niaga berulang kali pada ketika itu. Menerusi laporan ini, pemasar akan mengetahui lebih lanjut sejauh mana aplikasi mereka benar-benar layak untuk berdepan dengan persaingan dan memahami bagaimana mereka dapat mengatasi persaingan tersebut."

Laporan ini menyediakan saranan boleh diambil tindakan yang disokong oleh data untuk menghadapi cabaran ini. Selain amalan terbaik untuk mendorong penglibatan dan memperoleh kesetiaan pelanggan, ia menawarkan panduan berhubung bagaimana untuk meningkatkan kadar klikan (CTR) menggunakan emoji tertentu.

Laporan boleh dimuat turun dari sini: Laporan Industri Teknologi Makanan

Latar Belakang CleverTap
CleverTap ialah platform pengurusan kitaran hayat pelanggan yang membantu jenama-jenama membawakan pengalaman pelanggan yang menarik secara meluas. Lebih 8,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Star, Sony, GO-JEK, Cleartrip dan BookMyShow mempercayai CleverTap untuk membawakan pengalaman diperibadikan serta meningkatkan impak pemasaran omnisaluran dalam seluruh kitaran hayat pelanggan. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn dan Twitter.

1  Sumber: Allied Market Research

Ketan Pandit
Ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Survey, Polls & Research