omniture

Emaar Hospitality Group Perkenal Vida Emirates Hills, Hotel Gaya Hidup Mewah di Persekitaran Damai

Emaar Hospitality Group
2019-06-14 21:39 193

DUBAI, UAE, 14 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan libur milik pemaju global Emaar Properties, memperkenalkan Vida Emirates Hills, hotel gaya hidup mewah di tengah-tengah kawasan kejiranan Emirates Hills yang damai, dengan jarak berjalan kaki ke Emirates Golf Club dan Address Montgomerie, dua padang golf terkemuka di Dubai. Tetamu dapat menikmati kemudahan sukan golf di Emirates Golf Club, dengan susun atur 7,301-ela, par 72 yang mencabar serta padang golf kejohanan Address Montgomerie berkeluasan 265-ekar.

Vida_Emirates_Hills
Vida_Emirates_Hills

Hotel dengan 160 bilik itu merupakan yang ketiga dibuka di Dubai di bawah jenama Vida Hotels and Resorts dan hotel ke-16 dalam portfolio Emaar Hospitality Group. Vida Emirates Hills menawarkan tawaran penginapan musim panas luar biasa dengan 50% potongan untuk kadar terbaik yang disediakan dan sah untuk tempahan hingga 31 Julai bagi penginapan sehingga 30 September 2019.

Chris Newman, Ketua Pegawai Operasi Emaar Hospitality Group, berkata, "Vida Emirates Hills membawakan proposisi nilai unik sebagai hotel Vida pertama dalam kawasan kejiranan mantap Emirates Hills. Ia merupakan hab yang rancak dan meriah yang menginspirasikan tetamu – dan menjamin suasana seakan-akan pusat peranginan dengan pemandangan dua padang golf yang menakjubkan."

Hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, Vida Emirates Hills berada di lokasi pusat yang menawarkan kemudahan akses ke pusat perniagaan dan destinasi libur bandar tersebut.

Beberapa bilik dan suit gaya pusat peranginan menawarkan pemandangan golf yang subur. Semua bilik mempunyai teknologi dan kemudahan canggih dengan sistem TV yang interaktif serta Apple TV, Wi-Fi percuma dan juga khidmat bilik 24 jam.

Setiap perincian dijaga dengan teliti, yang dilengkapi oleh khidmat pekerja rencam 24 jam serta basikal rekreasi dan skuter elektrik untuk meneroka jalanan hijau di kawasan kejiranan. Pusat Kecergasan mempunyai kelengkapan terkini manakala kolam renang menyediakan pemandangan yang menakjubkan.

Vida Emirates Hills menawarkan konsep menjamu selera tersendiri. Tetamu boleh menikmati minum petang dengan sedikit kelainan di Stage 2. Origins ialah tempat menjamu selera sepanjang hari, setiap hari, setiap individu. Junipers ialah ruang istirehat destinasi yang menawarkan pengalaman dalaman dan luaran yang tidak dapat dilupakan. Terdapat juga beberapa pengaktifan makanan & minuman (F&B) di kawasan luar yang menghadap dua padang golf tersebut.

Vida Emirates Hills mempunyai 10 bilik mesyuarat canggih. Hotel ini akan turut menggembirakan peminat seni menerusi komitmennya dalam mempromosikan reka bentuk, seni, fotografi dan budaya tempatan. Tempah sekarang di: www.vidahotels.com

Untuk butiran:

Kelly Home
ASDA'A BCW
+971-4-450-7600
kelly.home@bcw-global.com

Vida_Emirates_Hills
Vida_Emirates_Hills

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/902279/Vida_Emirates_Hills.jpg

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/902278/Vida_Emirates_Hills.jpg

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Commercial Real Estate Entertainment Hotels and Resorts Real Estate Travel New products/services