omniture

Scaled Agile Pilih CGI sebagai Rakan Kongsi Transformasi Global

Scaled Agile, Inc.
2019-06-15 00:22 201

Rakan Kongsi Transformasi Global Scaled Agile membuktikan kebolehan mengubah perusahaan terbesar dan paling rumit di seluruh dunia.

BOULDER, Colorado, 15 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, rangka kerja utama dunia untuk ketangkasan perusahaan, hari ini mengalu-alukan CGI sebagai Rakan Kongsi Transformasi Global.


Tatkala semakin banyak syarikat beralih kepada SAFe untuk mencapai kematangan digital dan memperoleh kelebihan daya saing, organisasi-organisasi multinasional berdepan dengan cabaran transformasi unik yang memerlukan sokongan bersepadu, latihan dan perkhidmatan menyeluruh di seluruh dunia. Program Rakan Kongsi daripada Scaled Agile telah berkembang bagi menangani cabaran berkenaan menerusi kategori Rakan Kongsi baharu—Rakan Kongsi Transformasi Global—yang mewakili organisasi-organisasi yang terbukti berupaya membimbing transformasi yang paling rumit, pelbagai dan berbilang aspek pada skala global.

"Penerimaan SAFe terus dipercepatkan, kami dapat melihat peningkatan permintaan untuk sokongan bersepadu antara pelanggan-pelanggan terbesar kami dalam Global 500," kata Dean Leffingwell, pencipta SAFe dan pengasas bersama Scaled Agile, Inc. "Kami memenuhi permintaan berkenaan melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat seperti CGI yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan capaian global untuk menyokong perusahaan-perusahaan besar dan agensi-agensi kerajaan melalui setiap fasa dalam transformasi Lean-Agile dengan jayanya."

"Pelanggan CGI menyediakan penyelesaian global yang mencakupi geografi, jenama dan rangkaian produk, pelaksanaan pendekatan tangkas yang pantas, berkesan dan tekal seperti SAFe menjadi satu keperluan untuk organisasi-organisasi bagi membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. Pendekatan tangkas ini terus mendayakan khidmat runding yang menyeluruh dan menyelaraskan pemimpin-pemimpin perniagaan dan teknologi pelanggan kami demi hasil yang lebih hebat. Kami percaya pendekatan ini merupakan cara penting untuk pelanggan kami mengurus perubahan budaya yang mengiringi transformasi digital," kata Dave Henderson, Presiden Operasi Kerajaan Komersial dan Negara A.S. di CGI.

Jaringan Rakan Kongsi Global Scaled Agile melibatkan 250 rakan kongsi yang menyediakan transformasi, platform, perkhidmatan dan sokongan alatan SAFe untuk syarikat-syarikat dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia.

Latar Belakang Scaled Agile, Inc.:

Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja utama dunia untuk ketangkasan perusahaan. Melalui pembelajaran dan pensijilan, jaringan rakan kongsi global dan komuniti yang semakin berkembang melibatkan lebih 450 ahli profesional terlatih, Scaled Agile membantu perusahaan membina sistem yang lebih baik, meningkatkan penglibatan kakitangan dan menambah baik hasil perniagaan. Ketahui lebih lanjut tentang Scaled Agile dan SAFe i scaledagile.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/902675/Scaled_Agile_Inc_with_CGI.jpg

Source: Scaled Agile, Inc.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Contracts