omniture

Seamless Air Alliance tonjol teknologi dayakan ketersambungan dalam penerbangan masa depan di Paris Air Show 2019

Seamless Air Alliance
2019-06-19 00:14 83

PARIS, 19 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Akses internet dalam penerbangan yang menjengkelkan tidak lama lagi akan tinggal sebagai satu sejarah apabila ketersambungan dalam penerbangan generasi seterusnya bersiap sedia menjadi suatu kenyataan. Seamless Air Alliance akan mendemonstrasikan beberapa teknologi utama yang akan menjadi sebahagian daripada spesifikasi yang dibangunkan oleh keahliannya yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang terkemuka dalam industri.

Berlangsung pada hari pertama Paris Air Show 2019 dan dengan sokongan ahli-ahli GlobalReach Technology, Sprint dan Boingo, Seamless Air Alliance akan mendemonstrasikan sambungan yang selamat dan lancar kepada Wi-Fi dalam penerbangan yang berprestasi tinggi menggunakan perkhidmatan Wi-Fi Hotspot 2.0 serta membincangkan peluang-peluang yang dibawakan oleh 5G kepada industri penerbangan.

Hotspot 2.0 ialah alatan penting yang menjadi sebahagian daripada kerja-kerja meluas Seamless Air Alliance dalam teknologi Wi-Fi, selular dan 5G tatkala keahliannya terus mempromosikan standard terbuka untuk peralatan sambungan dalam penerbangan.

"Demonstrasi ini merupakan langkah penting untuk Seamless Air Alliance dalam menonjolkan kemajuan yang dicapai oleh kami sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kami ingin memperkasa syarikat-syarikat penerbangan dengan lebih kawalan ke atas pengalaman ketersambungan yang disediakan kepada penumpang mereka. Spesifikasi terbuka akan menurunkan kos dan kerumitan untuk syarikat-syarikat penerbangan dan menghasilkan pengalaman yang lebih baik untuk berbilion-bilion penumpang di seluruh dunia," kata Jack Mandala, Ketua Pegawai Eksekutif Seamless Air Alliance.

"Seamless Air Alliance akan membawakan kemajuan industri yang membuatkan kehidupan pelanggan kami lebih baik. Ketersambungan yang lancar dari darat ke udara memberikan tahap kemudahan, produktiviti dan hiburan serba baharu untuk pengembara," kata Doug Smith, Naib Presiden Pemasaran dan Inovasi Produk, Sprint.

Hari ini, pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia menggunakan teknologi Hotspot 2.0 untuk mengkonfigurasikan secara automatik peranti pengguna agar terhubung dengan rangkaian Wi-Fi pilihan di lapangan terbang, hotel serta tempat-tempat lain menggunakan protokol penyulitan yang diperlukan, tanpa sebarang interaksi pengguna. Dengan cara yang sama, kelayakan Hotspot 2.0 boleh digunakan untuk melanjutkan rangkaian pembawa demi sambungan dalam penerbangan yang lancar kepada penumpang pengendali-pengendali yang mengambil bahagian.

Mark Carter, Ketua Pegawai Produk di GlobalReach Technology berkata, "Wi-Fi penting untuk pengembara hari ini. Penumpang-penumpang penerbangan ingin kekal terhubung ketika di udara untuk tujuan kerja, hiburan dan komunikasi, seraya menjadikan Wi-Fi dalam penerbangan yang berprestasi tinggi penting. Bagi membezakan pengalaman darat mereka dengan dalam penerbangan, menambah baik penilaian kepuasan dan kesetiaan penumpang, Hotspot 2.0 menyediakan penumpang dengan sambungan yang selamat dan lancar merentas pelbagai peranti dan pesawat."

"Boingo melancarkan Hotspot 2.0 komersial berskala luas yang pertama di dunia, Boingo Passpoint, di Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago O'Hare pada tahun 2013," kata Dr. Derek Peterson, Ketua Pegawai Teknologi di Boingo. "Kini, kami mendorong lalu lintas Passpoint yang selamat dan lancar daripada pelbagai pembawa di lapangan terbang, arena dan tempat-tempat besar yang lain di seluruh dunia. Boingo ialah peneraju ketersambungan di darat, maka kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi Seamless Air Alliance untuk mewujudkan sambungan generasi seterusnya di udara."

Untuk menggalakkan pelbagai keahlian syarikat penerbangan, Seamless Air Alliance mengumumkan peringkat keahlian baharu yang direka untuk membolehkan syarikat-syarikat penerbangan semua saiz untuk menyertainya dan mengambil bahagian. Untuk mengetahui lebih lanjut, atau memulakan proses menjadi ahli Seamless Air Alliance, sila mohon pakej keahlian dengan menghantar emel kepada (membership@seamlessalliance.com) atau menghubungi di talian (510-492-4028).

Mesyuarat ahli-ahli Seamless Air Alliance seterusnya akan berlangsung di bekas Ibu Pejabat BBC di White City, West London, 10-11 Julai 2019.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.SeamlessAlliance.com.

Para hadirin Paris Air Show 2019 boleh menemui Seamless Air Alliance di Pusat Pameran, reruai B49, Dewan 6, 17-20 Jun.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/824074/Seamless_Air_Alliance_Logo.jpg

Source: Seamless Air Alliance
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Internet Technology Passenger Aviation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel Trade show news Future Events