omniture

LyondellBasell dan Neste umum pengeluaran skala komersil plastik berasaskan bio daripada bahan yang boleh diperbaharui

LyondellBasell
2019-06-20 23:54 163

Kolaborasi ini menandakan pertama kali polipropilena berasaskan bio dan polietilena ketumpatan rendah berasaskan bio dihasilkan serentak pada skala komersial

ROTTERDAM, Belanda, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB), salah satu syarikat plastik, kimia dan penyulingan terbesar di dunia, dan Neste (NESTE, Nasdaq Helsinki), pengeluar diesel boleh diperbaharui daripada buangan dan sisa, hari ini mengumumkan secara bersama pengeluaran selari yang pertama polipropilena berasaskan bio dan polietilena ketumpatan rendah berasaskan bio pada skala komersial.

LyondellBasell production team in Wesseling, Germany shows off first batch of bio-polymer made from renewable materials.
LyondellBasell production team in Wesseling, Germany shows off first batch of bio-polymer made from renewable materials.

Projek bersama menggunakan hidrokarbon boleh diperbaharui Neste yang diperoleh daripada bahan mentah berasaskan bio yang mampan, seperti sisa dan minyak sisa. Projek ini berjaya menghasilkan beberapa ribu tan plastik berasaskan bio yang diluluskan untuk pengeluaran pembungkusan makanan dan dipasarkan di bawah Circulen dan Circulen Plus, keluarga baharu jenama produk ekonomi kitaran LyondellBasell.

"LyondellBasell mempunyai semangat inovatif yang merentasi beberapa dekad, dan pencapaian seperti ini mempamerkan tindakan konkrit yang kami ambil untuk menyokong ekonomi kitaran," kata Richard Roudeix, Naib Presiden LyondellBasell Olefins dan Polyolefins untuk Eropah, Asia dan Antarabangsa. "Menerusi penggunaan sumber yang boleh diperbaharui, kami menyumbang untuk memerangi perubahan iklim dan membantu pelanggan mencapai sasaran alam sekitar mereka."

"Kami sangat teruja untuk membolehkan industri plastik memperkenalkan lebih banyak bahan berasaskan bio ke dalam penawarannya. Ia begitu memuaskan untuk menyaksikan hidrokarbon boleh diperbaharui milik Neste yang berfungsi dengan sempurna dalam pengeluaran berskala komersial polimer berasaskan bio, menyediakan pilihan gantian campuran tambahan untuk bahan fosil," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Neste, Peter Vanacker. "Kolaborasi rintis bersama LyondellBasell ini menandakan pencapaian utama dalam pengkomersialan polimer boleh diperbaharui Neste dan perniagaan kimia yang memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian boleh diperbaharui dan kitaran untuk jenama lestari yang berpandangan ke hadapan."

Pertama Dalam Industri

Pencapaian ini luar biasa kerana ia menggabungkan stok suapan boleh diperbaharui Neste yang unik dan keupayaan teknikal LyondellBasell. Kefleksibelan kraker LyondellBasell membolehkannya memperkenalkan stok suapan boleh diperbaharui baharu di tapak Wesseling, Jerman, yang ditukar terus ke polietilena berasaskan bio dan polipropilena berasaskan bio. Pihak ketiga yang bebas menguji produk polimer menggunakan pengesan karbon dan mengesahkan ia mengandungi lebih daripada 30% kandungan boleh diperbaharui.

LyondellBasell menjual beberapa produk yang boleh diperbaharui yang dihasilkan dalam percubaan itu kepada beberapa pelanggan, salah satunya ialah Cofresco, sebuah syarikat Melitta Group dan dengan jenama-jenama seperti Toppits® dan Albal®, pembekal produk berjenama Eropah dalam bidang filem rumah tangga. Cofresco merancang untuk menggunakan polietilena berasaskan bio Circulen Plus untuk membuat bahan pembungkusan makanan yang mampan.

Latar Belakang LyondellBasell

LyondellBasell (NYSE: LYB) ialah salah satu syarikat plastik, kimia dan penapisan terbesar di dunia. Didorong oleh pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan-bahan dan produk yang penting untuk memajukan penyelesaian kepada cabaran-cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi ketulenan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan lebih serba boleh, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api kereta dan lori di jalan raya, dan memastikan fungsi yang selamat dan berkesan dalam elektronik dan perkakasan. LyondellBasell menjual produk ke lebih 100 negara dan merupakan pengeluar polimer terbesar di dunia dan pelesen teknologi poliolefin terbesar. Pada tahun 2019, LyondellBasell telah disebut dalam senarai majalah Fortune "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia." Maklumat lanjut mengenai LyondellBasell boleh didapati di www.LyondellBasell.com.

Latar Belakang Neste

Neste (NESTE, Nasdaq Helsinki) mencipta penyelesaian mampan untuk pengangkutan, perniagaan, dan keperluan pengguna. Rangkaian produk boleh diperbaharui kami yang luas membolehkan pelanggan kami mengurangkan emisi iklim. Kami merupakan pengeluar terbesar di dunia bagi diesel boleh diperbaharui yang ditapis daripada buangan dan sisa, memperkenalkan penyelesaian yang boleh diperbaharui juga kepada industri penerbangan dan plastik. Kami juga penapis produk minyak berkualiti tinggi yang maju dalam teknologi. Kami mahu menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai dengan kepakaran, penyelidikan, dan operasi yang berterusan. Pada tahun 2018, pendapatan Neste berjumlah EUR 14.9 bilion. Pada tahun 2019, Neste berada pada kedudukan ketiga pada senarai Global 100 syarikat paling mampan di dunia. Baca lebih lanjut: neste.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/924002/LyondellBasell_Neste.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg

Source: LyondellBasell
Related Stocks:
Helsinki:NESTE NYSE:LYB OTC:NTOIY
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Joint ventures