omniture

Tinjauan Herbalife Nutrition Dedahkan 7 daripada 10 Penduduk Asia Pasifik Beraspirasi Menjadi Pemilik Perniagaan, dengan Kebanyakan Percaya Keusahawanan Memberi Lebih Kepuasan

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2019-06-25 16:02 400

HONG KONG, 25 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Herbalife Nutrition, sebuah syarikat pemakanan global ulung, mengeluarkan hasil daripada Tinjauan Keusahawanan Asia Pasifik 2019 olehnya. Dijalankan pada April 2019, kajian ini mendedahkan bahawa tujuh daripada 10 (71%) pengguna di rantau ini beraspirasi untuk memiliki perniagaan sendiri, dengan keinginan untuk menjadi seorang usahawan yang paling tinggi dalam kalangan mereka di Indonesia (96%), Filipina (92%), Thailand (89%) dan Malaysia (86%). Di samping itu, kebanyakan (54%) daripada penduduk Asia Pasifik percaya bahawa mengusahakan perniagaan mereka sendiri mendatangkan lebih kepuasan berbanding bekerja untuk orang lain.

Tinjauan Keusahawanan Herbalife Nutrition APAC 2019
Tinjauan Keusahawanan Herbalife Nutrition APAC 2019

"Ramai pengguna Asia Pasifik mengimpikan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Namun demikian, proses untuk melakukannya boleh menjadi sesuatu yang menakutkan. Melalui kajian ini, maklumat baharu tentang persepsi dan sikap mereka yang ingin menjadi usahawan, selain membongkar pengalaman para usahawan semasa, dapat membantu kita memahami bagaimana kita dapat menyokong cita-cita seseorang individu dengan lebih baik, dengan harapan agar lebih ramai akan menjadi berani untuk membuat perubahan dan menjadi seorang usahawan suatu hari nanti," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan untuk Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.

Keinginan untuk mencapai impian mendorong usahawan memulakan perniagaan mereka sendiri

Apabila para usahawan Asia Pasifik ditanyakan tentang sebab-sebab untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, keinginan untuk mencapai impian mendahului senarai, dengan hampir separuh (48%) daripada responden yang telahpun memiliki perniagaan mereka sendiri (usahawan) yang ditinjau bersetuju dengan hal ini. Ini diikuti dengan:

  • Keinginan memperoleh pendapatan (43%)
  • Keperluan untuk mengikuti naluri/gerak hati mereka (37%)
  • Galakan keluarga (30%)
  • Galakan rakan-rakan (22%)

Meskipun pengalaman keusahawanan mereka berbeza, sebahagian besar usahawan di Asia Pasifik - tiga daripada empat (77%) - berkata bahawa menjadi seorang usahawan telah melahirkan kegembiraan yang lebih besar buat mereka sejak mereka memulakan perjalanan tersebut, menunjukkan bahawa keusahawanan boleh mendatangkan kepuasan untuk penduduk di rantau ini.

Kebanyakan bakal usahawan mengimpikan suatu hari nanti mereka boleh berhenti kerja

Antara mereka yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan mereka sendiri (bakal usahawan), dua daripada tiga (67%) berkata mereka mempunyai impian bahawa suatu hari nanti mereka dapat memaklumkan kepada bos mereka bahawa mereka ingin berhenti kerja dan atas alasan yang baik, sebanyak enam daripada 10 (62%) percaya bahawa idea perniagaan mereka akan menjadi sesuatu yang revolusioner untuk industri. Sentimen ini lebih jelas di Malaysia (80%), Filipina (78%), Thailand (74%) dan Indonesia (68%), yang mana bahagian yang lebih besar dalam kalangan bakal usahawan yakin bahawa idea perniagaan mereka akan merevolusikan industri.

Selain memberi kesan ke atas industri, bakal usahawan juga percaya bahawa memiliki perniagaan mereka sendiri mempunyai banyak faedah-faedah berpotensi. Ini termasuk:

  • Kefleksibelan dalam jadual kerja/hidup mereka (65%)
  • Potensi untuk meningkatkan pendapatan mereka (60%)
  • Berupaya untuk menjadi bos mereka sendiri (55%)
  • Membolehkan mereka mengejar minat mereka (52%)
  • Meningkatkan tahap kepuasan kerja (45%)

Keusahawanan masih menjadi suatu yang menakutkan untuk kebanyakan bakal usahawan

Meskipun faedah-faedah yang dikaitkan dengan keusahawan adalah jelas, lebih daripada lapan dalam 10 (85%) bakal usahawan menyatakan bahawa mereka berasa amat takut dengan prospek untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Bahkan, 79% berkata kadang kala mereka merasakan bahawa mereka tidak mungkin berpeluang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, bakal usahawan di Asia Pasifik masih agak praktikal dengan impian keusahawanan mereka. Hampir separuh (47%) menganggap potensi pendapatan daripada perniagaan baharu adalah sama penting dengan keperluan untuk menuruti minat mereka, manakala 33% daripada bakal usahawan menganggap bahawa potensi pendapatan daripada perniagaan baharu adalah lebih penting daripada keperluan untuk menuruti minat mereka.

Pandangan ini boleh dilihat daripada kesanggupan risiko kewangan mereka, memandangkan kebanyakan bakal usahawan  -- empat daripada lima (78%) sanggup menggunakan wang mereka sendiri sebagai cara untuk memulakan pembiayaan untuk perniagaan mereka sendiri. Hanya segelintir -- 28% menggunakan wang daripada keluarga mereka untuk melakukannya, manakala 26% sanggup membuat pinjaman perniagaan kecil-kecilan manakala 25% mengambil pinjaman peribadi untuk membiayai perniagaan baharu mereka.

Kos merupakan halangan terbesar untuk keusahawanan di Asia Pasifik 

Apabila ditanyakan mengenai halangan terhadap keusahawanan, kebanyakan bakal usahawan (65%) memetik kos awal memulakan sebuah perniagaan sebagai halangan utama yang menghalang mereka untuk melakukannya. Ini diikuti dengan:

  • Bimbang perniagaan tidak berjaya (42%)
  • Bimbang perniagaan tidak mendatangkan keuntungan (40%)
  • Kekurangan sokongan pembiayaan dan ilmu pasaran (40%)

Walau bagaimanapun, kebanyakan bakal usahawan (77%) turut berkongsi bahawa mereka berasa lebih yakin untuk memulakan perniagaan mereka sendiri sekiranya mereka mempunyai rakan niaga yang turut terlibat. Hal ini jelas khususnya di Malaysia (83%), Indonesia (79%), Filipina (76%) dan Thailand (73%).

"Daripada kajian ini, kami mendapati bahawa bakal-bakal usahawan memilih laluan mereka dengan memberi pertimbangan yang amat teliti. Bukan sahaja perniagaan yang berpotensi itu memerlukan potensi pendapatan yang jelas, ia juga perlu mempunyai kos permulaan yang agak rendah untuk bakal usahawan membuat perubahan tersebut. Namun demikian, memulakan sebuah perniagaan akan sentiasa mempunyai pelbagai faedahnya yang tersendiri, begitu juga dengan risiko, maka penting untuk mencari jaringan sokongan yang baik yang dapat berkongsi kepakaran dan ilmu yang betul untuk membantu memulakan perjalanan keusahawanan, dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko," kata Conchie.

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine Survey, Polls & Research