omniture

Acara-acara Hari Menyelam Wanita PADI Global Sumbang Kembali kepada Planet Biru Kita

PADI
2019-06-26 20:00 128

RANCHO SANTA MARGARITA, California, 26 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada 20 Julai 2019, Pusat Menyelam dan Pusat Peranginan PADI® akan menjadi tuan rumah untuk beratus-ratus penyelam sempena Hari Menyelam Wanita PADI, satu perayaan global melibatkan perkongsian pengembaraan, minat dan sokongan terhadap lautan. Meskipun Hari Menyelam Wanita PADI pertama pada tahun 2015 menekankan dedikasi PADI untuk mengukuhkan penyertaan wanita dalam aktiviti menyelam skuba, jelas bahawa pengaruh positif hari ini melangkaui jantina. Acara-acara ini melibatkan kegiatan-kegiatan pemuliharaan dan bertumpu komuniti sebagai keutamaan, lalu memberi peluang kepada penyelam untuk mengambil tindakan, menyumbang dan menjadi penggerak untuk kebaikan.


"Hari Menyelam Wanita PADI telah menjadi satu gerakan global untuk mewujudkan dan menginspirasikan komuniti penyokong lautan yang bersemangat yang menjangkau generasi-generasi. Sesuatu yang bermula sebagai satu perayaan untuk wanita dalam aktiviti menyelam serta merta menjadi satu hari menyelam yang terbesar di dunia – sesuatu yang membolehkan setiap penyelam mendapat inspirasi daripadanya," kata Kristin Valette-Wirth, ketua pegawai pemasaran PADI Seluruh Dunia.

Tahun ini, Pusat Menyelam dan Pusat Peranginan PADI sekali lagi akan menganjurkan beratus-ratus acara di seluruh dunia. Berikut merupakan beberapa acara yang perlu dinantikan:

  • Thaa Atoll, Maldives—COMO Maalifushi akan meraikan sepanjang bulan Julai melalui aktiviti pembersihan terumbu karang, menonton filem di kawasan terbuka, kursus pemuliharaan lautan dan pengalaman menyelam belia. Pengajar-pengajar selam akan turut menyediakan peluang Menyelam PADI Discover Scuba® kepada wanita tempatan.
  • Maierato, Itali—Dengan Reef Check, Divers Alert Network dan kerajaan tempatan, Blue Submarine oleh Scuba World ASD akan menawarkan kursus-kursus Dive Against Debris® dan menyelam untuk wanita untuk membuang sampah dan jala terbiar dari kawasan perlindungan marin.
  • Channel Islands, AS—Pasukan scuba belia yang berpangkalan di Seattle akan berlayar melalui bot menyelam boleh menetap (liveaboard) di Channel Islands California. Kanak-kanak dan remaja, dipimpin oleh Jurulatih PADI Master Scuba Diverä Annie Crawley, akan meneroka hutan rumpai laut, mempelajari kemahiran menyelam dan berkongsi kepentingan kesihatan lautan melalui videografi, fotografi dan penceritaan dalam air.
  • Grand Cayman, Cayman Islands—Divetech akan menjadi tuan rumah kepada 100 wanita untuk memecahkan rekodnya sendiri bagi rantaian manusia dalam air wanita yang paling panjang, suatu acara yang akan mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran tentang Yayasan Kanser Payudara serta organisasi-organisasi pemuliharaan tempatan.
  • Queensland, Australia—Brisbane Dive Academy akan meraikan penyelam-penyelam wanita menerusi aktiviti menyelam di pantai dan barbeku.
  • Puerto Galera, Filipina—Asia Divers mengkhususkan hujung minggu untuk "Lautan yang Baik, Tubuh Sihat" menerusi aktiviti pembersihan dalam air, yoga serta peluang untuk mencuba aktiviti menyelam tanpa bantuan alat pernafasan bersama Jurulatih PADI Freediverä.

Hubungi Pusat Menyelam atau Pusat Peranginan PADI atau kunjungi padi.com untuk mengambil bahagian dalam Hari Menyelam Wanita PADI.

Latar Belakang PADI
PADI® (Professional Association of Diving Instructors®) ialah organisasi latihan penyelam yang terbesar di dunia yang mempunyai lebih 6,600 pusat menyelam dan pusat peranginan serta 137,000 ahli profesional di seluruh dunia. Mengeluarkan 1 juta sijil setiap tahun, PADI menjadikan penjelajahan, perjalanan dan pengembaraan bawah air boleh diakses oleh orang ramai di seluruh dunia sambil mengekalkan piawaian industri tertinggi untuk latihan dan keselamatan menyelam. PADI komited untuk menyokong usaha-usaha sosial dan alam sekitar melalui Pillars of ChangeSM, memperkasa penyelam dengan maklumat untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang diambil berat oleh mereka. www.padi.com.

Hubungi: Paige Thornley
paige.thornley@havasformula.com
+1-619-234-0345

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/926571/PADI.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/95415/padi_logo.jpg

Source: PADI
Keywords: Sporting Events Sports Conservation/Recycling Women-related news Future Events