omniture

BTS WORLD Tersedia Seluruh Dunia Melalui Peranti iOS Dan Android Bermula Hari Ini

Netmarble Corp.
2019-06-27 00:26 80

 "Jadi Pengurus BTS dalam BTS WORLD!"

- Permainan mudah alih yang amat dinanti-nantikan BTS WORLD disediakan untuk peranti iOS dan Android bermula pada 6 petang KST 26 Jun di 176 negara seluruh dunia

- Pemain-pemain bakal menjadi pengurus BTS dan berinteraksi secara maya dengan BTS melalui kandungan interaktif

- Judul lagu "Heartbeat (BTS WORLD OST)" serba baharu akan mula diperkenalkan melalui permainan ini secara eksklusif

SEOUL, Korea Selatan, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Netmarble hari ini mengumumkan bahawa permainan mudah alih yang amat dinanti-nantikan BTS WORLD, menawarkan pengalaman hebat untuk menjadi pengurus BTS, sedia dimuat turun di Apple App Store dan Google Play bermula pada 6 petang KST 26 Jun di 176 negara seluruh dunia (kecuali sesetengah negara).


BTS WORLD ialah permainan simulasi mudah alih berasaskan cerita yang membawa pemain-pemain kembali ke permulaan sebelum penampilan sulung kumpulan ini untuk meneruskan peranan sebagai pengurus BTS, dengan matlamat utama untuk memupuk BTS menjadi bintang handalan.

Pemain-pemain akan menghadapi pelbagai misi yang mana mereka akan memilih kad-kad anggota BTS tertentu untuk mencapai misi dan melangkah maju dalam seluruh permainan. Peluang mengumpul dan menaik taraf kad-kad ini akan membuka lebih banyak kisah sepanjang perjalanan.

Selain kisah utama BTS WORLD yang membolehkan pemain-pemain mendorong BTS untuk menjadi bintang handalan, permainan ini membawakan kisah-kisah individu yang mana setiap anggota BTS muncul sebagai watak utama, dengan ciri-ciri unik setiap anggota diaplikasikan pada kisah tersebut.

BTS WORLD menyertakan 10,000 foto serba baharu dan 100 klip video eksklusif untuk permainan ini dan pemain-pemain akan berpeluang untuk berinteraksi secara maya dengan BTS sebagai pengurus dalam permainan melalui pelbagai kandungan interaktif 1:1.

Berserta pelancaran permainan ini, Netmarble bahawa judul lagu serba baharu daripada muzik asal (OST) BTS WORLD, "Heartbeat (BTS WORLD OST)," akan mula diperkenalkan melalui permainan ini secara eksklusif. Lagu ini akan disediakan secara eksklusif pada bahagian pengenalan dan lobi utama dalam permainan untuk 48 jam pertama sehingga album BTS WORLD OST penuh dikeluarkan.

Album BTS WORLD OST akan dilancarkan di seluruh dunia pada 28 Jun. Selain judul lagu "Heartbeat," album BTS WORLD OST akan merangkumi lagu-lagu tema setiap anggota dalam permainan ini dan tiga unit lagu BTS WORLD OST iaitu "Dream Glow (BTS WORLD OST Part.1)," "A Brand New Day (BTS WORLD OST Part.2)" dan "All Night (BTS WORLD OST Part.3)" – yang dahulunya diperkenalkan masing-masing pada 7, 14 dan 21 Jun.

Permainan ini akan dilancarkan di seluruh dunia (kecuali beberapa negara) untuk peranti iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi [https://btsw.netmarble.com] atau ikuti BTS WORLD di Twitter, YouTube dan Instagram.

Latar Belakang Netmarble Corporation
Netmarble Corporation berusaha untuk menghiburkan audiens semua peringkat umur di seluruh dunia dengan menyediakan pengalaman permainan mudah alih yang hebat. Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble ialah salah satu syarikat permainan mudah alih yang paling pesat berkembang dan secara konsisten berada pada kedudukan sebagai pemaju mudah alih dan penerbit terkemuka di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 6,000 pekerja, Netmarble telah menghasilkan dan menyelenggara beberapa permainan mudah alih yang paling berjaya termasuk Lineage 2: Revolution, Blade & Soul Revolution, MARVEL Future Fight, Everybody's Marble, dan Seven Knights. Sebagai syarikat induk kepada Kabam, pemaju permainan mudah alih terkemuka dalam permainan berbilang pemain bebas secara besar-besaran dan pemegang saham terbesar Jam City, pemaju permainan sosial kasual terkemuka, Netmarble mempunyai perkongsian strategik dengan CJ ENM Corporation, syarikat hiburan terbesar di Asia, Tencent Holdings, syarikat internet terbesar Asia dan NCsoft, sebuah syarikat MMORPG yang terkenal. Maklumat lanjut boleh didapati di http://company.netmarble.com

Latar Belakang Big Hit Entertainment
Ditubuhkan pada Februari 2005 di Korea Selatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Bang Si-Hyuk, perniagaan utama Big Hit Entertainment memberi tumpuan pada pengeluaran muzik, pengurusan artis dan penerbitan. Usaha perniagaan Big Hit menggabungkan dan membangunkan pelbagai kandungan yang dihasilkan daripada IP artis terkemuka, termasuk bintang handalan global BTS dan tambahan terbaharu TOMORROW X TOGETHER. Dengan misi 'Muzik & Artis untuk Penyembuhan', Big Hit berusaha untuk memberikan pengaruh positif melalui kandungan sambil memberikan keselesaan dan inspirasi kepada penggemar muzik di seluruh dunia.

Latar Belakang Takeone Company
Takeone Company Corp. ialah sebuah syarikat kandungan inovatif yang menggunakan budaya-pop dalam persekitaran permainan. Ditubuhkan pada tahun 2016, Takeone mengetuai genre baharu permainan mudah alih yang dikenali sebagai 'Cinematic Games' yang menggabungkan elemen permainan interaktif dalam konsep cerita berdasarkan kedua-dua budaya pop dan IP asli. Permainan ini termasuk video gerakan penuh dan pelbagai kandungan visual yang menerobos sempadan penglipurlaraan generasi akan datang. Pengalaman dan pengetahuan selama bertahun-tahun dalam bercerita dan pembangunan permainan telah membawa kepada penciptaan permainan sinematik seperti Take Urban, BTS World. Takeone kini sedang membangunkan satu siri permainan sinematik masa depan untuk tajuk seterusnya dan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.takeonecompany.com.

Korea (Seoul)
Ibu Pejabat Pasukan Perhubungan Awam
Jinho Lee
globalpr-g@netmarble.com
82-2-2271-7444

Amerika Utara
Perhubungan Awam AS Netmarble
Chastity Irizarry
chastity.irizarry@netmarble.com

Rogers & Cowan
Joe Schneider
jschneider@rogersandcowan.com 

Big Hit Entertainment
Irene Choi
irenechoi@bighitcorp.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/927386/BTS_WORLD_Is_Available_Worldwide.jpg

Source: Netmarble Corp.
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Music New products/services