omniture

Walmart China Lancar Keselamatan Makanan dengan Teknologi Rantaian Blok VeChain Thor

VeChain
2019-06-27 01:01 110

BEIJING, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada 25 Jun, dengan gabungan bersama Walmart China, China Chain-Store & Franchise Association (CCFA), PwC, Inner Mongolia Kerchin Co., Ltd., dan VeChain, Platform Kebolehkesanan Rantaian Block Walmart China, yang dibina berdasarkan Rantaian Blok VeChainThor, telah diumumkan di Seminar Pembinaan Sistem Kebolehkesanan Minggu Publisiti Keselamatan Produk China 2019. Seminar ini telah dianjurkan bersama oleh Walmart China dan CCFA di Beijing.

The Walmart China Blockchain Traceability Platform Launching Ceremony
The Walmart China Blockchain Traceability Platform Launching Ceremony

Pengumuman Platform Kebolehkesanan Rantaian Blok Walmart China didatangkan dengan pengenalan kepada kumpulan pertama 23 barisan produk yang telah diuji dan dilancarkan di Platform ini. Platform ini menjangka akan diperkuatkan oleh 100 barisan produk lagi menjelang akhir tahun ini yang meliputi lebih daripada 10 kategori produk termasuk produk daging segar, nasi, cendawan, minyak masak, dll. Ia dijangkakan bahawa sistem kebolehkesanan Walmart China akan menyaksikan daging segar yang boleh dikesan merangkumi 50% daripada jumlah hasil daging segar yang dibungkus, sayuran yang boleh dikesan merangkumi 40% daripada jumlah hasil sayuran yang dibungkus, makanan laut yang boleh dikesan akan merangkumi 12.5% daripada jumlah hasil makanan laut menjelang akhir tahun 2020.

Teknologi rantaian blok VeChain membolehkan Walmart China melaksanakan strategi kebolehkesanan untuk produk dan merintis aplikasi kebolehkesanan rantaian blok yang berskala. Dengan mengimbas produk yang diingini, para pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut, termasuk sumber produk yang diimbas dan lokasi geografi yang diterima oleh Walmart, proses logistik, laporan pemeriksaan produk, dan banyak lagi titik data. Pengumpulan dan ketersediaan data akan terus ditambah mengikut skala platform dan penggunaan teknologi rantaian bloknya.

MAJLIS TANDATANGAN PLATFORM KEBOLEHKESANAN RANTAIAN BLOK WALMART CHINA

Majlis menandatangan Platform Kebolehkesanan Rantaian Blok Walmart China berlangsung di Seminar Pembinaan Sistem Kebolehkesanan Minggu Publisiti Keselamatan Produk China 2019. Rakan-rakan kongsi yang hadir diwakili oleh:

  • En. Pei Liang, Presiden CCFA
  • En. Chu Dong, Naib Presiden CCFA
  • En. Shi Jiaqi, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Walmart China
  • En. Yang Weizhi, Rakan Kongsi Pengurusan Strategi dan Inovasi China PwC
  • En. Feng Yikai, Ketua Pegawai Eksekutif VeChain
  • En. Liu Xiaoen, Ketua Pegawai Pemerolehan Walmart China
  • En. Chen Mingzhi, Ketua Pegawai Pematuhan Etika Walmart China
  • Dr. Yan Zhinong, Pengarah Eksekutif Pusat Kerjasama Keselamatan Produk Walmart
  • En. Li He, Pengerusi Inner Mongolia Kerchin Co., Ltd.

Sebagai sebahagian daripada acara ini, hadirin acara penandatanganan ini telah mengadakan perbincangan tentang bagaimana untuk berkongsi tanggungjawab dan menggunakan inovasi teknologi untuk menjamin kualiti dan keselamatan produk dan hasil pertanian yang boleh dimakan, menggalakkan keyakinan dan keselesaan pelanggan, dan menyumbang kepada peningkatan penggunaan perkhidmatan.

Kevin Feng, Ketua Pegawai Operasi VeChain mengulas tentang kerjasama ini, berkata: "Sebagai platform rantaian blok awam perusahaan terkemuka dunia, VeChain bermatlamat untuk memperkasakan perusahaan dalam proses pendigitalan berskala besar dengan menyediakan penyelesaian penggunaan rantaian blok yang selamat dan matang serta mempromosi aplikasi pelbagai teknologi rantaian blok. Kami membuat pencapaian ini dan pada masa yang sama mengetengahkan pandangan baharu untuk pembangunan ekosistem perniagaan. Pelancaran Platform Kebolehkesanan Rantaian Blok oleh Walmart China, gergasi runcit bertaraf dunia, adalah sangat penting kepada aplikasi teknologi rantaian blok komersial. VeChain akan bekerjasama dengan Walmart China untuk melaksanakan saranan kerajaan secara aktif, dengan menggunakan teknologi untuk mempromosi kebolehkesanan makanan segar, dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk platform kebolehkesanan melalui teknologi digital, untuk mendapat pengalaman yang lebih telus dan penggunaan yang menyakinkan."

Shi Jiaqi, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Walmart China, berkata: "Walmart sentiasa berusaha untuk menyediakan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang memudahkan kepada pelanggan, yang merupakan proposisi nilai teras kami. Dengan mengambil kira sasaran ini, Walmart terus melabur dalam keseluruhan rantaian bekalan, bermula dengan sumber pemerolehan dan strategi komoditi, pembinaan rantaian bekalan, hinggalah kepada pengurusan operasi gedung dan platform e-dagang. Kami menggunakan kaedah digital untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan, menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan dan menjadikan kehidupan lebih baik untuk keluarga sibuk di China."

Elton Yeung, Pemimpin Strategi dan Inovasi, PwC Tanah Besar China dan Hong Kong, mengetengahkan: "Misi PwC ialah 'membina kepercayaan dan menyelesaikan masalah penting', yang merupakan keutamaan tertinggi PwC dalam menyediakan perkhidmatan profesional dan membuat keputusan perniagaan. Berhadapan dengan keselamatan makanan, kaedah untuk membina kepercayaan pengguna merupakan masalah yang PwC, pelanggan dan rakan kongsi kami cuba selesaikan. Kami percaya bahawa Sistem Boleh Kesan Rantaian Blok Walmart akan menjadi contoh terbaik teknologi rantaian blok yang digunakan dalam industri runcit, membantu untuk meningkatkan pengurusan keselamatan makanan dan kualiti pengurusan, dan menyediakan jaminan yang kukuh untuk membina kepercayaan pengguna.

KESEDARAN TENTANG PENGGUNAAN TEKNOLOGI RANTAIAN BLOK YANG BERSKALA BESAR DAN MEMPROMOSI KEBOLEHKESANAN PRODUK DALAM INDUSTRI RUNCIT

Sebagai peruncit yang boleh dipercayai pengguna, Walmart sentiasa komited untuk meningkatkan keselamatan makanan dan pengurusan berkualiti, dan teknologi rantaian blok VeChain akan membolehkannya memimpin pengurusan kebolehkesanan dalam kalangan rakan peruncit. Walmart China telah mempelopori penggunaan plafform kebolehkesanan berskala besar yang berdasarkan kepada Rantaian Blok VeChainThor, memberi keutamaan kepada produk yang sangat membimbangkan dan berisiko tinggi. Kumpulan pertama sebanyak 23 produk telah diuji dan digunakan menggunakan platform rantaian blok awam dengan lebih daripada 100 produk yang bakal menyusul dalam separuh tahun ini, yang merangkumi lebih daripada 10 kategori.

The first batch of 23 product lines are live on the Walmart China Blockchain Traceability Platform
The first batch of 23 product lines are live on the Walmart China Blockchain Traceability Platform

Pelanggan tempatan mencadangkan permintaan yang lebih tinggi ke atas keselamatan makanan, pendigitalan kebolehkesanan makanan akan membantu pembekal meningkatkan nilai jenama dan memenangi kepercayaan pengguna mereka. Walmart China menjangkakan penggunaan platform ini untuk terus berkembang dalam skop, skala yang dipertanggungjawabkan, dan pelaksanaan geografi. Tatkala platform terus berkembang, lebih banyak kategori makanan akan boleh dikesan dan dengan itu, pemindahan nilai akan diperluaskan lagi dalam industri yang dicerminkan pada Rantaian Blok VeChainThor.

Melalui sokongan teknikal PwC dan VeChain, Walmart China telah membina platform kebolehkesanan keselamatan makanan proprietari pada Rantaian Blok VeChainThor. Para peserta dalam rantaian bekalan ini akan berkongsi bahagian data mereka, dan mempromosi kebolehlihatan dan kecekapan pengurusan keseluruhan rantaian dengan menggunakan teknologi rantaian blok yang terpencar dan tidak boleh diubah. Platform ini meningkatkan ketelusan maklumat produk, memastikan kesahihan data produk, dan meningkatkan kepercayaan pengguna mereka. Pada masa akan datang, Platform Kebolehkesanan Walmart China ini bakal menggunakan kerjasama pelbagai hala, menyelaras data daripada platform kebolehkesanan kerajaan tempatan dan platform milik pembekal, untuk menyediakan pelanggan dengan produk yang selamat dan berkualiti tinggi, semuanya di Rantaian Blok VeChainThor.

Latar Belakang VeChain
Dilancarkan dalam tahun 2015, VeChain berhasrat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus menyeluruh, model ekonomi yang teguh, dan penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar yang menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong, dan San Francisco.

Bersama dengan rakan kongsi strategik, PwC dan DNV GL, kami telah menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri berbeza, termasuk BMW, BYD Auto, Haeir, Brightfood Group, D.I.G, DB Schenker, PICC, dll.

Untuk maklumat lanjut tentang VeChain, sila ikuti twitter kami @vechainofficial atau layari laman sesawang rasmi kami https://www.vechain.com/

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/928328/VeChain_and_Walmart_China.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/928327/Walmart_China_Blockchain_Traceability_Platform.jpg

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Retail Supermarkets Blockchain
pls contact tech@prnasia.com. 1