omniture

ZTE peroleh 25 kontrak komersial 5G

Komited terhadap perkongsian dalam arena 5G dengan lebih 60 pengendali seluruh dunia
ZTE Corporation
2019-06-27 05:17 416

SHENZHEN, China, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh 25 kontrak komersial 5G di seluruh dunia dan telahpun komited untuk menjalin perkongsian dalam arena 5G dengan lebih 60 pengendali di seluruh dunia.

Dengan inovasi sebagai daya penggerak, ZTE telah menjadikan 5G sebagai strategi pembangunan terasnya. ZTE ialah penyumbang dan peserta utama dalam penyelidikan dan penyeragaman teknologi 5G global. Menurut IPlytics, instrumen kecerdasan pasaran untuk menganalisis trend teknologi, pembangunan pasaran dan kedudukan kompetitif sesebuah syarikat, setakat 15 Jun, ZTE telah mengisytiharkan 1,424 kelompok Paten Keperluan-Standard (SEP) 5G dan permohonan paten kepada Institut Piawaian Telekomunikasi Eropah (ETSI), menduduki kedudukan ketiga teratas global dari segi bilangan kelompok berkenaan. 

ZTE telah memfailkan lebih 3,500 permohonan paten 5G, dengan lebih 30 pakar di syarikat ini menyandang jawatan penting, seperti presiden dan pelapor, dalam organisasi-organisasi pempiawaian antarabangsa. Mereka telah menghantar lebih 45,000 kertas kerja kepada organisasi-organisasi ini, termasuk lebih 7,000 kertas cadangan untuk piawaian antarabangsa 5G NR/NexGenCore.

ZTE, menerusi keupayaan produk dan penyelesaian hujung-ke-hujung 5G yang komprehensif selain pengalaman beraneka dalam pembinaan rangkaian, terlibat sepenuhnya dalam pelancaran rangkaian 5G komersial. Syarikat ini terus mengekalkan kedudukan utama dalam bidang teknologi dan berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran dalam seluruh industri bagi mempromosikan pengaturan komersial 5G.

Dari segi akses tanpa wayar, siri penuh produk komersial AAU 5G ZTE telah mencapai liputan dan aplikasi spektrum penuh dalam semua senario 5G, lalu mendayakan pembinaan pantas rangkaian 5G melalui stesen utama dwimod NSA&SA 5G, stesen utama UBR berbilang mod, perkongsian spektrum, penyelesaian UniSite dan peralatan perkakasan lapisan-akses mudah yang lain. Platform BBU IT dengan kapasiti ultra-besar memberi sokongan untuk penumpuan dan evolusi rangkaian Berbilang Mod dengan ketersambungan minimum.

Bagi rangkaian teras pula, 5G Common Core komersial yang mula dilancarkan oleh ZTE menyokong liputan penuh dan akses penuh 2G/3G/4G/5G/tetap yang seragam, selain 3GPP R15 SA dan NSA, lalu mengurangkan kos pelaburan sebanyak 40% untuk pengendali.

Bagi aspek rangkaian pengangkutan 5G, produk-produk hujung-ke-hujung 5G Flexhaul ZTE bersedia untuk kegunaan komersial, dengan pengaturan berskala besar telahpun bermula. Prestasi dari segi kependaman ultra rendah adalah jauh mendahului persaingan, manakala spesifikasi teknikal untuk penyegerakkan jam ketepatan ultra tinggi mematuhi sepenuhnya 3GPP, menghampiri definisi rangkaian dengan "penyegerakkan sempurna". Teknologi pembentukan berbilang dimensi dan FEC generasi seterusnya dapat meningkatkan jarak penghantaran melebihi 100G sebanyak 30%, lalu mengurangkan kesukaran mengaturkan rangkaian melebihi 100G dan kos penaiktarafan dengan ketara.

Dalam bidang terminal, ZTE berkolaborasi dengan lebih 20 pengendali di seluruh dunia dalam pembangunan terminal 5G. Penyelesaian terminal 5G ZTE termasuk telefon pintar 5G, penghala luar 5G, penghala kawasan tertutup 5G, kawasan khas mudah alih 5G, terminal data 5G dan modul 5G, antara produk-produk terminal 5G bersiri dan polimorfik yang lain. ZTE turut menyediakan pelbagai industri dengan penyelesaian modular 5G tersuai. ZTE memperkenalkan telefon bimbit 5G pertama unggulannya, Axon 10 Pro, di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Sepanyol, pada Februari 2019, menjadi peneraju dalam mengkomersialkan telefon bimbit 5G. Pada separuh pertama tahun 2019, ZTE Axon 10 Pro bagi edisi 5G dilancarkan secara berturut-turut di China, Jerman, Emiriah Arab Bersatu, Finland, Austria dan sebagainya, dengan jualan peranti telahpun bermula secara rasminya di Finland dan Emiriah Arab Bersatu.

ZTE membantu pengendali membina rangkaian 5G yang ideal berdasarkan falsafah tiga bahagian iaitu "Kehebatan Terletak pada Kesederhanaan", "Ketangkasan Tidak Dapat Ditumpaskan" dan "Bertindak Secara Dinamik", sekaligus mengambil kira, dalam proses pembinaan rangkaian, empat operasi aritmetik: penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian:

Penolakan merujuk kepada "Kehebatan Terletak pada Kesederhanaan" dengan membina rangkaian minimalis, menyatukan lapisan kawalan rangkaian, menyelaraskan peralatan perkakasan untuk lapisan akses dan mencapai keupayaan perkakasan dikongsi.

Penambahan bermakna untuk meningkatkan "darjah kecerdasan" atau "IQ" rangkaian bagi menjadikannya lebih pintar dan meningkatkan daya saing peralatan rangkaian.

Pembahagian berkaitan dengan membahagikan senario dan menggunakan teknologi penghirisan untuk mengasingkan rangkaian fizikal kepada beberapa rangkaian mudah alih maya yang dapat menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan vertikal N secara serentak. Kaedah ini membolehkan penggunaan semula rangkaian dan mengurangkan kos pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan rangkaian, di samping turut mengurangkan kos yang berkaitan dengan percubaan aplikasi, di samping meningkatkan kelajuan dalam talian.

Pendaraban bermakna rentas-sempadan dalam banyak maksud perkataan tersebut, yang merujuk terutamanya kepada rangkaian 5G yang "digandakan" merentas banyak vertikal, menyediakan kawalan 5G, UAV 5G, AR/VR serta kebolehan lain, menggunakan pengagregatan teknologi sebagai cara untuk menggabungkan seluruh industri secara holistik, sekaligus menukarkan aset-aset industri kepada nilai tambah untuk rangkaian IT dan komunikasinya dan dengan melakukan demikian, dapat menyerlahkan revolusi yang mengubah model perniagaan untuk setiap vertikal industri.

Dengan adanya permintaan kukuh terhadap aplikasi 5G dan perubahan dalam model dari segi bagaimana perniagaan akan berkolaborasi dalam dunia 5G, ZTE dan rakan-rakan kongsinya akan bersama-sama menjalankan sejumlah besar projek penerokaan dalam aplikasi industri 5G, mempromosikan penyepaduan dan pembangunan rentas-industri, menyokong pelaksanaan pelabuhan pintar, industri pintar, keselamatan pintar dan aplikasi industri yang lain, sebagai langkah untuk membina ekosistem perindustrian yang sihat dan lengkap bersama-sama.

Setakat ini, ZTE telah berganding bahu dengan pengendali dan rakan kongsi untuk membina model bagi tujuan aplikasi industri vertikal 5G+ dalam lebih 15 vertikal dan menjalin kerjasama strategik bersama hampir 200 rakan kongsi dalam ekosistem ini bagi mempromosikan transformasi digital untuk industri ini.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:
Margrete Ma 
Tel: +86-755-26775189 
Telefon Bimbit: +86-13641437743 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts