omniture

Qualcomm dan ZTE Majukan Permainan Awan 5G pada Rangkaian Langsung

ZTE Corporation
2019-06-28 00:36 415

SHANGHAI, 28 Jun 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan satu demonstrasi bersama dengan Qualcomm Technologies, Inc., subsidiari Qualcomm Incorporated untuk permainan awan dikuasakan 5G pada rangkaian 5G langsung. Demonstrasi ini - yang memanfaatkan penyelesaian permainan awan daripada Tencent Instant Play pada telefon pintar 5G daripada OnePlus, Vivo, Xiaomi dan ZTE - bertujuan untuk menunjukkan bahawa pengalaman permainan mudah alih berkualiti konsol boleh dicapai melalui rangkaian 5G langsung dan memperlihatkan peluang pertumbuhan untuk ekosistem permainan awan. Demonstrasi berkenaan akan menggunakan rangkaian 5G langsung China Telecom, infrastruktur sistem komersial NR 5G ZTE dan telefon pintar komersial 5G yang membawakan Platform Mudah Alih 855 Qualcomm® Snapdragon™ unggulan dengan Modem Snapdragon X50 5G dengan penghantar terima RF bersepadu dan penyelesaian Bahagian-Depan RF (RFFE) Qualcomm Technologies.

Penyelesaian permainan awan yang disediakan oleh Tencent Instant Play memanfaatkan keupayaan awan untuk tujuan persembahan hasil dan pemprosesan, sekaligus menggunakan rangkaian 5G berkelajuan tinggi untuk menghantar arahan oleh pengguna ke awan yang menstrim semula kerangka yang dijana kepada peranti setempat. Ini memberikan pengguna dengan akses segera kepada permainan yang menuntut dari segi grafik melalui telefon pintar 5G tanpa perlu memuat turun dan memasang pada peranti, seraya memberikan pengalaman "permainan atas permintaan" yang lancar. Semua telefon pintar 5G premium berasaskan Platform Mudah Alih Snapdragon 855 mempunyai ciri-ciri Qualcomm® Snapdragon™ Elite Gaming - menyediakan pemain mudah alih dengan kelebihan daya saing untuk pengalaman permainan pada peranti dan berasaskan awan.

"Kami percaya bahawa permainan awan merupakan salah satu trend utama pada masa depan dalam industri hiburan. Ketibaan 5G dijangka akan memulakan satu revolusi baharu dalam permainan awan. Kelajuan tinggi dan kependaman rendah 5G menjadikannya sebagai fabrik ketersambungan yang ideal untuk permainan awan yang dapat menyokong kualiti imej yang lebih baik, menyediakan pengalaman interaktif yang lebih lancar dan mengurangkan kos bagi setiap pengguna perkhidmatan dengan berkesan, seraya membawakan pengalaman permainan yang berkualiti tinggi kepada pelbagai pengguna," kata Jian Wang, ketua operasi, Tencent Instant Play. "Kami akan terus mengusahakan pengalaman permainan awan yang dipertingkat berdasarkan pelbagai senario permainan dan tetap fokus pada pengalaman yang inovatif dan kandungan berkualiti tinggi."

"5G kini tiba. Sebagai peneraju global bagi penyelesaian 5G pinggir-ke-pinggir, ZTE telah bekerjasama erat dengan pengendali-pengendali serta sektor-sektor vertikal untuk meneroka model perniagaan dan senarai tindakan 5G baharu bagi mencapai prestasi rangkaian yang tinggi dalam senario berkenaan," kata Yanmin Bai, naib presiden, pengurus besar produk-produk TDD & 5G, ZTE. "Kuasa daripada usaha-usaha bekerjasama ini dapat diperlihatkan dengan jayanya apabila syarikat dan Qualcomm Technologies berganding bahu dengan pelbagai OEM melalui aplikasi 5G. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami untuk menyumbang bahagian kami kepada ekosistem 5G dan mempercepatkan kematangan industri."

"Era 5G China bermula secara rasminya dan ia dipercepatkan daripada garis masa asal hasil daripada usaha oleh seluruh ekosistem mudah alih. Dengan ketersediaan rangkaian komersial 5G, China bersedia melakukan pelancaran 5G berskala besar yang pantas dan dalam tahun ini, pengguna Cina akan mendapat akses kepada pelbagai senarai tindakan dan pengalaman yang dipertingkat seperti permainan awan, dikuasakan oleh 5G dan Platform Mudah Alih Snapdragon 855," kata Pomp Sheng, naib presiden, jualan Qualcomm Communication Technologies (Shenzhen) Co., Ltd. "Qualcomm Technologies komited untuk berkongsi peluang-peluang dengan rakan-rakan kongsi Cina dan kami berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama luas ini melibatkan pengendali, OEM dan penyedia kandungan bagi memudahkan pengalaman mudah alih pengguna yang lebih baik melalui inovasi 5G."

Latar Belakang Tencent Instant Play

Tencent Instant Play ialah satu platform permainan yang memberikan pengalaman permainan yang inovatif dan premium untuk pemain-pemain yang dibina oleh Tencent dengan perkhidmatan awan dan teknologi video yang interaktif. Dengan kerjasama bersama perniagaan pengedaran dan studio dalam Tencent Games, Tencent Social Ads dan Tencent Cloud, Tencent Instant Play meneroka amalan perniagaan dalam pengedaran permainan berbilang saluran, pengiklanan dalam-permainan yang kreatif, pengalaman permainan silang-peranti. Tencent Instant Play menyasarkan untuk bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi industri bagi menerajui permainan awan menuju pencapaian selanjutnya berdasarkan kerjasama mendalam dan meluas bersama mereka.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Latar Belakang Qualcomm

Qualcomm mencipta teknologi-teknologi rintis yang mengubah bagaimana dunia berhubung, menghitung dan berkomunikasi. Apabila kita menghubungkan telefon kepada Internet, revolusi mudah alih bermula. Hari ini, hasil ciptaan kami menjadi asas kepada produk-produk yang mengubah kehidupan, pengalaman-pengalaman dan industri-industri. Ketika kami memimpin dunia ke arah 5G, kami membayangkan perubahan besar yang seterusnya dalam teknologi selular ini mendorong satu era baharu melibatkan kepintaran, peranti terhubung dan mendayakan peluang-peluang baharu dalam kereta terhubung, penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan jarak jauh dan IoT — termasuk bandar pintar, kediaman pintar dan peranti boleh pakai. Qualcomm Incorporated melibatkan perniagaan pelesenan kami, QTL dan sebahagian besar portfolio paten kami. Qualcomm Technologies, Inc., subsidiari Qualcomm Incorporated, beroperasi, bersama-sama subsidiarinya, sebahagian besarnya semua fungsi kejuruteraan, penyelidikan serta pembangunan dan sebahagian besarnya semua perniagaan produk dan perkhidmatan kami termasuk perniagaan semikonduktor QCT. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Qualcomm, blog OnQ, halaman Twitter dan Facebook.

___________________________________________________________________

Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Qualcomm Snapdragon dan Qualcomm Snapdragon Elite Gaming ialah produk-produk daripada Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya.

Perhubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment