omniture

Saudi Aramco Tandatangani 12 Perjanjian Dengan Rakan-rakan Kongsi Korea Selatan Bernilai Berbilion-bilion Dolar

Saudi Aramco
2019-06-28 01:01 142

Perjanjian memperlihatkan komitmen Saudi Aramco terhadap keselamatan dan pembangunan tenaga Korea Selatan

Perjanjian meliputi pembinaan kapal, pembuatan enjin, penapisan, petrokimia serta bekalan, jualan dan simpanan bahan mentah

SEOUL, South Korea, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Saudi Aramco dan rakan-rakan sekutunya menandatangani 12 perjanjian dengan syarikat-syarikat Korea Selatan yang utama bagi mengukuhkan hubungan bersama Korea Selatan, meluaskan operasi antarabangsa dan menyokong keselamatan tenaga wilayah ini menerusi peluasan bekalan minyak mentah Arab ke pasaran-pasaran Asia.

Photo of Executives of Saudi Aramco and HHIH
Photo of Executives of Saudi Aramco and HHIH

Mengulas tentang perjanjian ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H. Nasser, berkata: "Hanya beberapa dekad yang lalu, syarikat-syarikat Korea memainkan peranan penting dalam pembangunan pertumbuhan luar pesisir huluan Saudi Aramco. Sejak itu, mereka telah beralih ke sektor-sektor lain yang sepadan dengan strategi pempelbagaian Saudi Aramco. Perjanjian hari ini menandakan era kerjasama baharu dengan rakan-rakan kongsi Korea kami yang akan memainkan peranan yang semakin penting dalam strategi kami untuk meraih keuntungan terhadap inisiatif-inisiatif baharu termasuk bekalan tenaga jangka panjang, pembangunan maritim dan infrastruktur serta penyelidikan dan pembangunan dengan penemuan ulung dalam sektor automotif, bahan mentah kepada bahan kimia, dan bukan logam."

Perjanjian ini merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan dan pempelbagaian hiliran jangka panjang Saudi Aramco yang ditandatangani dengan syarikat-syarikat Korea Selatan yang berikut:

Hyundai Heavy Industries (HHI)

  • Satu perjanjian antara Saudi Aramco, Hyundai Heavy Industries (HHI) dan The Saudi Arabian Industrial Investments Company (Dussur). Perjanjian ini akan memulakan satu usaha sama (JV) untuk kemudahan pembuatan enjin dan selepas jualan bertaraf dunia di Arab Saudi. Di bawah perkongsian ini, Saudi Aramco akan memiliki 55% daripada JV ini, manakala HHI dan Dussur masing-masing akan memiliki sebanyak 30% dan 15%.
  • Satu MoU antara Saudi Aramco dan HHI yang melanjutkan kolaborasi sedia ada untuk membangunkan sektor pembinaan kapal, pembuatan enjin, penapisan dan petrokimia.
  • Satu perjanjian antara Saudi Aramco dan HHI untuk meningkatkan saham ekuiti HHI dalam International Maritime Industries (IMI) daripada 10% kepada 20%.
  • Satu MoU antara HHI, Bahri, dan IMI (Usaha Sama antara Saudi Aramco, HHI, Lamprell, Bahri), meliputi pembinaan kapal dan pengangkutan sebagai bidang kerjasama berpotensi.
  • Satu MoU antara HHI dan IMI bagi meninjau peluang-peluang perniagaan dalam perniagaan pembinaan kapal.

Hyundai Oilbank

  • Perjanjian jualan minyak mentah antara Saudi Aramco dan Hyundai Oilbank untuk Saudi Aramco membekalkan minyak mentah Arab kepada Hyundai Oilbank.
  • Aramco Trading Company menandatangani perjanjian minyak mentah untuk membekalkan minyak mentah bukan Arab kepada Hyundai Oilbank.

Hyundai Motor Group

  • Satu MoU antara Saudi Aramco dan Hyundai Motor Company akan mewujudkan kolaborasi yang strategik untuk mempercepatkan peluasan ekosistem hidrogen dalam pasaran Arab Saudi dan Korea Selatan serta meninjau penggunaan bahan-bahan bukan logam yang canggih dalam pelbagai bidang termasuk industri automotif.

Korea National Oil Corporation

  • Satu MoU antara Saudi Aramco dan Korea National Oil Corporation yang akan membenarkan Saudi Aramco meneroka potensi penyimpanan minyak mentah di Korea Selatan bagi melengkapi aktiviti-aktiviti pemasaran dan bekalannya.

Hyosung

  • Satu MoU dengan Hyosung Group untuk membina kemudahan pembuatan gentian karbon di Arab Saudi. MoU ini akan turut menyediakan platform kolaborasi untuk kedua-dua syarikat dalam penyelidikan dan pembangunan serta penggunaan teknologi gentian karbon.

GS Holdings

  • Satu MoU antara Saudi Aramco dan GS Holdings bertujuan untuk mengenal pasti peluang-peluang pelaburan tertentu di Kerajaan Arab Saudi.

Daelim Industrial

  • Saudi Aramco dan Daelim Industrial menjalin kerjasama untuk projek-projek petrokimia dan menandatangani MoU baharu bagi menggalakkan kerjasama untuk produk-produk kimia bernilai tambah di Kerajaan Arab Saudi.

Latar Belakang Saudi Aramco

Saudi Aramco ialah syarikat tenaga dan kimia bersepadu global. Kami didorong oleh kepercayaan teras kami bahawa tenaga ialah peluang. Bermula dengan menghasilkan kira-kira satu dalam setiap lapan tong bekalan minyak dunia hinggalah kepada membangunkan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami berdedikasi untuk mencetuskan impak dalam semua yang kami lakukan. Kami memberi tumpuan terhadap menjadikan sumber-sumber kami lebih dipercayai, lebih mampan dan lebih berguna. Hal ini dapat membantu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.saudiaramco.com 

@Saudi_Aramco

 

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/929275/Saudi_Aramco_and_HHIH.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/810984/Saudi_Aramco_Logo.jpg

 

Source: Saudi Aramco
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Construction/Building Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Accounting news, issues Contracts Corporate Expansion Joint ventures