omniture

NPCC Abu Dhabi Raikan Penyiapan Salah Satu Pelantar Minyak Luar Pesisir Terbesar Dunia untuk ADNOC

National Petroleum Construction Company (NPCC)
2019-06-28 11:23 446

ABU DHABI, UAE, 28 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Yang Amat Mulia Sheikh Hazza bin Zayed Al Nahyan, Timbalan Pengerusi Abu Dhabi Executive Council, merasmikan salah satu pelantar minyak luar pesisir yang terbesar di dunia yang dikeluarkan di UAE oleh National Petroleum Construction Company (NPCC), sebahagian daripada Senaat, untuk Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

NPCC Abu Dhabi
NPCC Abu Dhabi

Pelantar Rawatan Gas Umm Lulu (ULGTP) - seberat 32,000 tan metrik (MT) dan berukuran 77.7 meter x 83.5 meter - yang hampir setinggi Big Ben London, ialah salah satu daripada lima pelantar yang dikeluarkan oleh NPCC di limbungan fabrikasi 1.3 juta meter persegi miliknya di Abu Dhabi.

Ini merupakan sebahagian daripada kontrak EPC yang dianugerahkan oleh ADNOC kepada NPCC, dalam konsortium dengan TechnipFMC untuk kompleks super luar pesisir besar di medan Umm Lulu utama. Jumlah berat kompleks super ini adalah melebihi 102,648 MT. ULGTP akan membentuk bahagian penting dalam infrastruktur Medan Umm Lulu.

YAM Sheikh Hazza berkata bahawa pencapaian baharu dalam sektor pembuatan dan tenaga merupakan model untuk industri negara, menambah bahawa visi kepimpinan UAE dan usaha-usaha yang komited oleh bakat-bakat warga Emiriah menjadi daya penggerak untuk pencapaian yang luar biasa ini.

TYT Dr. Sultan Al Jaber, Menteri Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC Group berkata: "Penyiapan aset infrastruktur utama ini menandakan satu lagi pencapaian penting untuk ADNOC tatkala kami memacu kapasiti pengeluaran minyak kepada empat juta tong sehari menjelang akhir tahun 2020, lalu membawakan strategi pertumbuhan pintar kami dan memenuhi kehendak global yang semakin meningkat untuk tenaga."

TYT Dr. Mohamed Rashed Al Hameli, Pengerusi NPCC, berkata: "Pembangunan teknologi dan transformasi digital kami telah membawa lonjakan kualitatif kepada sektor pembuatan UAE. Pencapaian ini akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi pilihan untuk pengusaha-pengusaha tenaga utama di seluruh dunia."

Jurutera Ahmed Al Dhaheri, Ketua Pegawai Eksekutif NPCC, berkata: "Abu Dhabi kini merupakan pengeksport utama perkhidmatan EPC dan kami berbangga dapat menjadi duta untuk perubahan transformasi ini. Kami mempunyai pandangan yang mantap dan yakin bahawa bersama pasukan kami dengan ahli-ahli profesional berkemahiran, kami akan mendorong era pertumbuhan yang baharu."

Terdahulu, NPCC telah menempah lapan pelantar untuk Pakej 1 Umm Lulu. Kedua-dua fasa ini mencatatkan nilai pelaburan sebanyak lebih US$2.5 bilion. Kontrak ini termasuk meletakkan kabel lebih 2,555 kilometer dan 150 kilometer saluran paip oleh NPCC.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/929602/NPCC_Abu_Dhabi.jpg

Untuk butiran: 
Rawan AlHosban
ASDA'A BCW 
+9714-4507-600 
rawan.alhosban@bcw-global.com

 

Source: National Petroleum Construction Company (NPCC)
Keywords: Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Expansion New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)