omniture

Xi'an Lancar Usaha Jadi Hab Syarikat Baharu China Dengan Beberapa Inisiatif Dasar Siswazah Baharu

Geran Pembiayaan RMB 272 Juta untuk Usahawan Siswazah
Xi'an Municipal Government
2019-06-29 00:34 276

XI'AN, China, 29 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Xi'an, ibu kota wilayah Shaanxi China, mengumumkan pelancaran beberapa dasar syarikat baharu baru-baru ini. Dasar ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi siswazah tempatan untuk menjadikan bandar ini sebagai destinasi pilihan untuk syarikat-syarikat baharu di China. Turut disertakan dalam inisiatif berkenaan ialah beberapa pakej sokongan bermula dengan pembiayaan langsung, pementoran, inkubasi dan pemadanan projek.

Xi’an Lancar Usaha Jadi Hab Syarikat Baharu China Dengan Beberapa Siswazah Baharu
Xi’an Lancar Usaha Jadi Hab Syarikat Baharu China Dengan Beberapa Siswazah Baharu

Sepintas Lalu tentang Inisiatif Dasar:

  • Proses Pendaftaran Mudah: Dasar syarikat baharu disatukan dilancarkan bagi memudahkan prosedur untuk pendaftaran syarikat dan menyediakan sokongan potongan cukai, latihan, pementoran dan sokongan pembiayaan.
  • Sokongan Inkubasi: Xi'an menyasarkan untuk mewujudkan 50 inkubator, 100 pusat perusahaan dan 500 pusat latihan amali dalam tempoh tiga tahun bagi menggalakkan siswazah untuk memulakan perniagaan mereka.
  • Pembiayaan: Satu dana baharu sebanyak RMB 3 juta dalam bentuk pinjaman kewangan dengan faedah subsidi akan disediakan untuk perusahaan kecil-kecilan dan mikro yang layak. Siswazah yang layak juga akan berpeluang memohon untuk mendapatkan pinjaman dalam jumlah yang kecil sehingga RMB 1 juta dan sebahagian daripada insurans asas mereka dilindungi di bawah skim ini.
  • Infrastruktur Dipertingkat: Perikatan Pekerjaan dan Keusahawanan (EEA) untuk Pelajar-pelajar Kolej akan ditubuhkan secara rasminya bagi menghimpunkan universiti, mahasiswa, kerajaan dan perusahaan untuk memudahkan sokongan berterusan kepada perniagaan-perniagaan bersaiz kecil-kecilan dan sederhana.
  • Perpustakaan Projek: Perpustakaan projek di peringkat bandar dan daerah akan ditubuhkan bagi membantu latihan untuk syarikat baharu, pemadanan projek dan program pementoran.
  • Program Pementoran: Sepasukan dengan 132 pakar berpengalaman akan bekerjasama dengan pihak kerajaan, institusi dan usahawan bagi memberi bimbingan tambahan dan hala tuju kepada pemimpin-pemimpin masa depan.
  • Kalendar Acara: Jaringan mantap inkubator, himpunan pihak pemodal berpengalaman, sejumlah besar program sokongan kerajaan akan digabungkan bersama-sama oleh puluhan acara yang bakal diadakan sepanjang tahun.

Xi'an akan melaksanakan dasar syarikat baharunya melalui ekosistem syarikat baharu kondusif yang diwujudkan untuk pertumbuhan inklusif. Sejak pelancaran Dasar Syarikat Baharu Xi'an, lebih RMB 272 juta telah diberikan dan 528,000 peluang pekerjaan dicipta berserta lima inkubator peringkat kebangsaan dan 23 inkubator peringkat wilayah yang mana lebih 3,123 syarikat baharu telah ditubuhkan.

Acara-acara terdahulu termasuk pelancaran "pertandingan Keusahawanan Xi'an Inovasi 2018 B&R Peraduan Syarikat Baharu Create@Alibaba Cloud Xi'an"; "Perusahaan Star Venture Xi'an 2018". Tahun ini, lebih banyak acara termasuk "Pemilihan Usahawan Berbakat Tahunan" dan "Festival Pembuat Universiti" akan dilancarkan.

Kerajaan Perbandaran Xi'an akan mengedarkan maklumat tentang dasar siswazah yang terkini melalui pelbagai saluran sosial dan media baharu seperti akaun rasmi WeChat kerajaan tempatan, dalam usaha untuk melibatkan bilangan usahawan muda berpotensi yang lebih tinggi sepanjang beberapa tahun akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://cbe.xa.gov.cn/default.html.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190627/2510532-1

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Corporate Expansion Domestic policy