![]() |
MOSCOW, 30 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Aeroflot dengan sukacitanya mengumumkan beberapa penaiktarafan kepada tawaran Kelas Perniagaannya yang dapat menjadikan penerbangan dengan pembawa bendera Rusia suatu pengalaman yang lebih selesa dan menyeronokkan.
Awal bulan ini, Aeroflot memperkenalkan menu Kelas Perniagaan baharu oleh cef Perancis yang disanjung Kamel Benmamar, yang terkenal dengan tempoh berkhidmat beliau di restoran-restoran berbintang Michelin di Perancis serta UK dan kini merupakan cef profesional di restoran Moscow yang terkenal Ryby Net. Benmamar telah mencipta menu istimewa dengan sayur-sayuran segar, sos beraneka serta daging dan makanan laut terbaik.
Aeroflot terus meluaskan tawaran wainnya dan meraih pengiktirafan untuk kualiti unggulnya. Seleksi wain dalam Kelas Perniagaan baru-baru ini dinamakan sebagai antara yang terbaik di dunia oleh Global Traveler, majalah US untuk pengembara mewah.
Aeroflot merangkul hadiah utama untuk Wain Putih Kelas Perniagaan Antarabangsa Terbaik dalam pertandingan Wines on the Wing tahunan kali ke-15 Global Traveler. Aeroflot turut mendapat pujian tinggi untuk champagne Kelas Perniagaannya, yang menduduki tempat kedua secara keseluruhan dalam kategorinya.
Syarikat penerbangan ini turut mendapat pengiktirafan tahun ini menerusi anugerah Cellars in the Sky dalam kategori Wain Diperkaya/Pencuci Mulut Kelas Perniagaan Terbaik atas penawaran Graham's Ten-Year-Old Tawny Port.
Awal tahun ini, Aeroflot mengemas kini kit kemudahannya untuk penumpang kelas perniagaan. Kit ini termasuk kosmetik premium berjenama L'Occitane termasuk krim tangan, krim muka ringan dan pelembap bibir diperkaya tinggi dengan mentega shea; topeng tidur dan selipar; pen berjenama Aeroflot; dan pelbagai kelengkapan dandanan diri. Pada bulan April, Aeroflot memenangi Kit Kemudahan Kelas Perniagaan Terbaik – Eropah menerusi Anugerah Antarabangsa PAX tahunan.
Telah lama dikenali oleh pengembara perniagaan sebagai salah sebuah syarikat penerbangan terbaik di dunia, tawaran Kelas Perniagaan Aeroflot terus ditambah baik dan menerima anugerah.
Latar Belakang Aeroflot
Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 159 destinasi dalam 54 negara.
Kumpulan 252 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2018, Aeroflot membawa 35.8 juta penumpang (55.7 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari-subsidiari).
Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali kelapan pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX. Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka, Brand Finance.
Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/ .
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/561410/Aeroflot_Logo.jpg