omniture

Perkongsian Maklumat Ekonomi Jalur dan Jalan ditubuhkan di Beijing

BREIP
2019-07-01 12:52 352

BEIJING, 1 Julai, 2019 /PRNewswire/ -- Perkongsian Maklumat Ekonomi Jalur dan Jalan (BREIP) yang bersama-sama ditubuhkan oleh lebih 30 institusi di seluruh dunia mengumumkan penubuhannya di Beijing pada 27 Jun lalu. Ini merupakan langkah penting untuk melaksanakan senarai serahan Forum untuk Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Jalan Kedua serta kepentingan positif bagi mengukuhkan pertukaran dan kerjasama antara media Cina dan asing serta institusi-institusi penyelidikan dalam bidang maklumat ekonomi.

Perkongsian Maklumat Ekonomi Jalur dan Jalan (BREIP) ditubuhkan di Beijing, China pada 27 Jun.
Perkongsian Maklumat Ekonomi Jalur dan Jalan (BREIP) ditubuhkan di Beijing, China pada 27 Jun.

BREIP dimulakan oleh Xinhua News Agency dan ahli-ahli pengasasnya terdiri daripada agensi-agensi berita terkenal, penyedia-penyedia perkhidmatan maklumat, institusi-institusi penyelidikan, dewan-dewan perniagaan dan persatuan-persatua0n dari 26 negara dan wilayah di Asia, Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Oceania.

Dengan mewujudkan sistem komunikasi antarabangsa yang baik untuk maklumat ekonomi, BREIP bertujuan untuk menghapuskan asimetri maklumat, menyediakan model, bimbingan dan perkhidmatan kepada semua pihak yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, menggalakkan penyelarasan dasar, keterkaitan kemudahan, perdagangan yang tidak disekat, penyepaduan kewangan dan hubungan sesama insan, menarik minat lebih banyak negara dan wilayah untuk mengambil bahagian dalam pembinaan Jalur dan Jalan, membina platform kerjasama baharu dan menambah dorongan baharu kepada pembangunan bersama.

Penubuhan BREIP menandakan langkah baharu dalam pertukaran dan kerjasama antara media dan institusi penyelidikan dalam bidang maklumat ekonomi, menurut peserta-peserta yang menghadiri persidangan sulung BREIP. Menerusi usaha bersama yang dilakukan oleh institusi-institusi ahli, perkongsian maklumat ekonomi di bawah BREIP akan menggalakkan pembangunan ekonomi, manfaat bersama serta pembinaan Jalur dan Jalan.

Sementara itu, platform untuk berkongsi maklumat dan menjalin kerjasama antara institusi-institusi ahli yang dikenali sebagai BRInfo turut dilancarkan. Institusi-institusi ahli boleh berkongsi maklumat dan keputusan penyelidikan berhubung pelaburan, perdagangan, industri, projek dan perusahaan berkaitan Jalur dan Jalan melalui platform BRInfo pada waktu nyata, secara percuma.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190628/2511748-1

Source: BREIP
Keywords: Publishing/Information Service Asian-related news New products/services