omniture

Huion Perkenal Tablet Pen Paling Ceria Seumpamanya di Cebu

Shenzhen Huion Animation Technology
2019-07-01 12:58 436

CEBU, Filipina, 1 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Huion Animation Technology memperkenalkan tablet pen berjenama bersama yang pertama HS64 Edisi Khas di Cebu, Filipina sewaktu satu lagi produk baharu, Kamvas Pro 16 Premium turut diperkenalkan kepada orang ramai.

HS64 Edisi Khas
HS64 Edisi Khas

Sebagai pengguna masa kini, khususnya golongan lebih muda, yang cenderung untuk lebih memberi tumpuan pada reka bentuk produk berbanding situasi bertahun-tahun lalu, Huion mencipta HS64 SE, yang berbeza daripada semua model tablet pen seumpamanya yang dikeluarkan oleh syarikat dari segi reka bentuk produk.

HS64 SE direka berdasarkan karakter anak itik yang dikenali sebagai Chips, yang dicipta oleh Ciayo Games, pembangun permainan terkenal yang berpangkalan di Indonesia. Chips ialah seekor anak itik kuning yang kelihatan seakan-akan seperti pisang, selain comel, pintar dan sedikit sebanyak lucu. HS64 SE menyediakan imej ceria yang membolehkan pengguna menyerlahkan daya kreativiti mereka dalam keadaan yang positif. 

Tambahan pula, kombinasi warna kuning dan hitam menjadikan seluruh produk kelihatan lebih bergaya dan kreatif. Selain daripada reka bentuk HS64 SE, fungsi produk tersebut juga akan dapat memenuhi jangkaan pengguna. Kadar laporan yang utama dalam industri dan kepekaan tekanan semestinya dapat menghidupkan hasil kerja yang dihasilkan pada tablet pen ini. Kadar laporan 266PPS menjamin respons segera kepada mana-mana gerakan pen, maka tanpa mengira betapa pantas pengguna menggerakkan stilus, garisan yang terhasil akan sentiasa mengikuti rapat dengan kursor. 8192 tahap kepekaan tekanan membolehkan input garisan dihasilkan mengikut bentuk dan warna berbeza apabila tekanan yang dikenakan pada pen berubah. Aplikasi teknologi resonans elektromagnetik tanpa bateri bahkan dapat membebaskan pen daripada cas kuasa dan memberikan keadaan kerja yang fleksibel. Kemudahalihan HS64 SE serta keserasian OSnya akan dapat memenuhi jangkaan pengguna, memandangkan kini, tanpa mengira ke mana mereka pergi, pengguna boleh menyimpan hasil inspirasi mereka pada waktunya selagi mana HS64 SE mereka terhubung kepada telefon Android mereka. 

HS64 Edisi Khas
HS64 Edisi Khas

"Permintaan Pengguna, Penyertaan Pengguna dan Berorientasi Pengguna" merupakan slogan Huion yang mendorong syarikat ke arah masa depan yang lebih baik yang mana semua pelanggan akan dapat menemui tablet pen Huion ideal mereka. Untuk mengetahui tablet pen Huion yang ideal, sila layari www.huion.com

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Carlos Lin
+86-188-2017-8551

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190628/2510584-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190628/2510584-1-b

Source: Shenzhen Huion Animation Technology
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services