omniture

Guangxi China Selatan lancar pakej projek pelaburan data raya tingkatkan sektor digital

The People's Government of Guangxi
2019-07-02 00:57 329

BEIJING, 2 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang yang terletak di China Selatan mengumumkan pakej dengan 119 projek data raya untuk menarik pelaburan bagi mengasah industri digital tempatan baru-baru ini.

Pada 28 Jun, Pameran Industri Data Raya untuk Pelaburan dan Kerjasama Guangxi, selaku platform komunikasi yang penting untuk memperkenalkan perusahaan-perusahaan Internet dan data raya tempatan yang terkemuka ke Guangxi, telahpun diadakan di Beijing.

Pakej projek ini, meliputi puluhan aspek termasuk pengangkutan pintar, bandar pintar, kawalan berangka berkualiti tinggi, E-dagang rentas-sempadan, pertanian moden, E-sukan, filem dan animasi serta pemanduan tanpa pemandu, dikhususkan untuk membentuk Guangxi menjadi kemuncak baharu untuk ekonomi digital bersama-sama perusahaan-perusahaan data raya tempatan dan luar negara.

Yang Jinbai, Naib Pengerusi Kerajaan Rakyat Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang, berkata bahawa program-program yang dipilih dengan teliti ini memperlihatkan permintaan pasaran yang kukuh serta prospek pembangunan yang cerah dan Guangxi berharap dapat mengubahnya menjadi projek-projek unggulan dalam pembangunan industri data rayanya.

Kebanyakan daripada program ini, dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih 70 bilion yuan, melibatkan pelaburan melebihi 500 juta yuan dan 25 daripadanya memerlukan pelaburan sebanyak lebih satu billion yuan, jelas Xi Yang, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Rakyat Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang dan ketua biro pembangunan data raya.

Umumnya, Guangxi mempunyai kelebihan geologi, ekologi dan sumber asli unik, yang menyediakan asas kukuh untuknya membangunkan industri data raya. Guangxi ialah satu-satunya wilayah berautonomi yang dihubungkan ke darat dan laut menerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan juga merupakan titik kesalinghubungan penting untuk Jalur dan Jalan.

Setelah rancangan pembinaan Pelabuhan Maklumat China-ASEAN diluluskan pada Februari lalu, Guangxi menjalankan kerja-kerja mengundang pelaburan yang menumpu pada lima jenis platform termasuk platform untuk infrastrukur, perkongsian maklumat, kerjasama teknologi, perkhidmatan ekonomi dan perdagangan serta pertukaran budaya.

Pada masa kini, Guangxi sedang mempercepatkan pembinaan saluran komunikasi antarabangsa besar yang dihadapi oleh ASEAN. Dengan menarik minat syarikat-syarikat untuk melabur dalam Guangxi dan menandatangani pakatan kerjasama dengan firma-firma daripada anggota-anggota ASEAN, wilayah berautonomi ini telah membuat peningkatan ketara kapasiti Pelabuhan Maklumat China-ASEAN dalam menawarkan perkhidmatan kepada ASEAN.

Tahun lalu, Guangxi menyaksikan ekonomi digitalnya menjana output kira-kira 580 bilion yuan, meningkat sebanyak lebih 13 peratus berbanding tahun sebelumnya dan menyumbang sebanyak 28.9 peratus daripada produk ekonomi serantaunya.

Source: The People's Government of Guangxi
Keywords: Computer/Electronics Trade show news Venture Capital