omniture

XCMG Duduki Tempat ke-65 bagi 500 Jenama Paling Bernilai China 2019 World Brand Lab dengan Nilai 71.365 Bilion

XCMG
2019-07-02 00:54 230

BEIJING, 2 Julai 2019 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka dengan nilai jenama mencecah 71.365 bilion yuan (USD 10.3775 bilion), menduduki tempat ke-65 dalam edisi tahun 2019 bagi 500 Jenama Paling Bernilai China yang dikeluarkan oleh World Brand Lab pada 26 Jun di Beijing, China, yang menilai kedudukan kewangan, kekuatan jenama dan analisis tingkah laku pengguna jenama ini.

Yang Dongsheng, pengurus besar XCMG, menghadiri perbincangan meja bulat yang menumpu kepada kepimpinan global dan pembentukan semula jenama-jemana Cina di persidangan World Brand Lab 2019
Yang Dongsheng, pengurus besar XCMG, menghadiri perbincangan meja bulat yang menumpu kepada kepimpinan global dan pembentukan semula jenama-jemana Cina di persidangan World Brand Lab 2019

Setelah meningkatkan nilai jenama sebanyak lebih 10 bilion yuan dari tahun lalu, XCMG menduduki tempat tertinggi antara jenama-jenama jentera pembinaan Cina selama enam tahun berturut-turut.

Yang Dongsheng, pengurus besar XCMG, menghadiri sesi perbincangan meja bulat yang menumpu pada kepimpinan global dan pembentukan semula jenama-jenama Cina semasa persidangan ini. Beliau menyatakan bahawa jenama-jenama telah menjadi lambang daya saing keseluruhan bagi sesebuah negara, sementara XCMG menjadi contoh bagi pembangunan bandar pasca perindustrian.

"Dalam usaha membina jenama XCMG, pengalaman terbesar kami adalah untuk memaksimumkan nilai produk jentera sejuk agar pengguna akan berasa seronok menggunakannya dan membina hubungan yang saling menguntungkan dengan jenama," kata Yang.

Pembangunan Mampan dengan Wawasan Global

Strategi jenama XCMG untuk mencipta produk-produk tersuai, tahan lama dan berkualiti tinggi yang dapat membina kehidupan yang lebih baik untuk semua telah membolehkan jenama ini mencapai kejayaan berterusan dalam pasaran domestik dan juga antarabangsa. Pada April 2018, pelancaran pengorek hidraulik 700 tan oleh XCMG menjadikannya sebagai satu-satunya pengeluar Cina dan salah satu daripada hanya segelintir di dunia yang membangunkan dan mengeluarkan set jentera perlombongan lubang terbuka ultra besar.

"XCMG berkembang maju dalam menyediakan produk-produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan pelanggan kami; reka bentuknya diinspirasikan oleh kehendak pelanggan dan pasaran. Kami sentiasa menilai tahap keselamatan, keandalan, keselesaan, kos dan ciri mesra alam dari perspektif pelanggan kami," kata Yang.

Dalam era digital yang saling terhubung, XCMG mempromosikan pembangunan produk dan perkhidmatan pintar berdasarkan sistem program digital, untuk membina platform dan rangkaian global bagi memantau produk serta menyediakan sokongan segera pada waktu nyata.

Kini, XCMG mengendalikan 14 kategori projek kebajikan awam yang menumpu pada bantuan bencana, pendidikan, antikemiskinan, pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan perindustrian. XCMG memperuntukkan 568 peralatan berskala besar dan menderma lebih 30 juta yuan (USD 4.36 juta) dalam 20 misi menyelamat utama di seluruh dunia pada dekad lalu. Sejak tahun 2016, XCMG telah membina bilik bawah tanah air di Afrika yang memberi manfaat kepada ribuan penduduk.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila kunjungi www.xcmg.comFacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190701/2513912-1

Source: XCMG
Keywords: Machinery Mining/Metals Trade show news