![]() |
![]() |
CASABLANCA, Morocco, 1 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Seminar Antarabangsa mengenai Penghijauan Sistem Kewangan Afrika, yang dianjurkan bersama oleh Tsinghua University dan Casablanca Finance City, telah diadakan pada 25 hingga 26 Jun di Morocco, Casablanca.
Seminar ini, yang merupakan sebahagian daripada Program Kepimpinan Kewangan Hijau (GFLP) dilancarkan oleh Tsinghua University dan International Finance Corporation (IFC) dalam bulan Mei 2018, telah disertai oleh pakar-pakar dari Afrika, Perancis, UK, China, Mongolia dan Kazakhstan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam membangunkan kewangan hijau.
Dr. Ma Jun, Pengarah Pusat Penyelidikan untuk Pembangunan Kewangan Hijau di Tsinghua University dan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Hijau China, menekankan empat sebab untuk Afrika membangunkan kewangan hijau: "Ia akan menggerakkan wang baharu untuk pertumbuhan di Afrika, membolehkan Afrika untuk melonjak ke infrastruktur hijau, mewujudkan peluang perniagaan untuk institusi kewangan Afrika, dan melindungi sektor kewangan daripada risiko iklim dan persekitaran."
Abderrahim Bouazza, Pengarah Besar Bank Al-Maghrib (BAM), menyatakan bahawa "sebagai ahli NGFS pertama di Afrika, BAM telah menunjukkan keinginannya untuk mempercepatkan tindakan untuk menyepadu isu iklim dalam sistem perbankan dan menggalakkan kewangan hijau. Penghijauan kewangan di Afrika juga memerlukan kerjasama yang lebih besar dengan para akademik serta MDB."
Said Ibrahimi, Ketua Pegawai Eksekutif Penguatkuasa Casablanca Finance City, berkata: "walaupun peluang di benua ini adalah besar, Afrika menarik hanya 5% daripada aliran kewangan hijau antarabangsa. Walau bagaimanapun, benua ini mempunyai peluang yang unik untuk melonjak hasil dari kewangan hijau dan mampan. Mengukuhkan perkongsian dan membina kapasiti melalui platform-platform seperti GFLP akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan pelaburan hijau di Afrika."
Sean Kidney, Ketua Pegawai Eksekutif Climate Bonds Initiative, menyebut bahawa dalam tahun-tahun akan datang, 70% daripada perbelanjaan modal global akan berada di pasaran baru muncul dan Afrika bakal menjadi penerima utama pelaburan hijau.
Para peserta berkongsi amalan-amalan terbaik mengenai perbankan hijau, pasaran bon hijau dan kerjasama, mengenal pasti halangan kepada pembangunan kewangan hijau di Afrika, dan membincangkan keperluan untuk taksonomi hijau tempatan, insentif dasar, pendedahan maklumat persekitaran, dan pembinaan kapasiti.
Pengalaman ASEAN mewujudkan set piawaian bon hijau umum memicu minat yang ketara daripada para peserta. Difahamkan bahawa pengajaran seperti itu perlu dipelajari oleh Afrika untuk meningkatkan ketelusan dan mengurangkan kos urus niaga serantau.
Ini merupakan acara GFLP ketiga sejak penubuhannya dalam bulan Mei 2019. Seminar selama dua hari ini, dengan tumpuan serantau kepada Afrika, mengumpulkan lebih daripada 150 peserta dari 24 negara, yang mewakili pengawal selia, institusi kewangan dan orang-orang berkepentingan utama lain dari sektor kewangan.
Hubungan Akhbar :
Mohamed Belfass
Pengurus Hubungan Media
Media Perhubungan Awam
+212-6-617-436-85
mohamed.belfass@prmediacom.com