omniture

Aluminium China & Lightweight Asia 2019 Terus Tumpu Kemajuan dalam Bidang Aplikasi Aluminium

Reed Exhibitions China
2019-07-02 22:03 271

SHANGHAI, 2 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Aluminium China dan Lightweight Asia 2019, yang akan diadakan oleh Reed Exhibitions mulai 10 hingga 12 Julai, akan memaparkan lembaran baharu dalam industri aluminium dengan meneroka trend pembuatan mesra alam yang terlibat dalam pembangunan dan produk dalam industri automotif, pembinaan, pengangkutan, aeroangkasa dan barangan pengguna tahan lama.

Aluminium Terajui Peningkatan dalam Barangan Elektronik Pengguna menerusi Barangan Elektrik Besar 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan aloi aluminium oleh produk-produk untuk komponen dalam peralatan rumah dan bukannya plastik yang sama fungsinya telah menjadi semakin meluas bagi memenuhi lebih banyak pilihan pengguna moden dan keperluan estetik. Hasilnya, bilangan produk aluminium yang dijual di seluruh pasaran barangan elektronik pengguna tempatan dijangka terus meningkat seiring dengan permintaan ini.

Aluminium China tahun ini, salah satu forum, Penampilan dan Aplikasi Aloi Aluminium dalam Barangan Elektronik Pengguna, bertujuan untuk mempromosikan lagi penggunaannya dalam pasaran dengan berkongsi pandangan tentang kemungkinan perkembangan masa depannya. Topik-topik akan melibatkan penampilan, reka bentuk dan pemprosesan serta teknologi. Penceramah-penceramah akan terdiri daripada perusahaan-perusahaan termasuk Meiling, CVTE dan Xivo Design.

Aluminium Bantu Pembangunan Mampan dalam Pempakejan 

Permintaan yang tinggi terhadap pembangunan mesra alam, rendah karbon dan mampan turut menjadi tambahan kepada peningkatan permintaan terhadap pempakejan aluminium. Berbanding dengan pempakejan tradisional seperti plastik, penggunaan aluminium untuk tujuan ini dapat mengurangkan pencemaran dan dalam masa yang sama turut menjamin keselamatan makanan.

Walau bagaimanapun, industri ini masih berdepan dengan beberapa cabaran seperti kos permulaan, maka pengeluaran yang cekap, pengurusan perusahaan dan penggunaan bahan berkualiti masih diperlukan untuk pembangunan mampannya.

Institut Aluminium Antarabangsa, Inisiatif Pengawasan Aluminium dan Inisiatif Penggelek Kerajang Aluminium Global akan menangani isu-isu ini di salah satu forum yang mana pesanan utamanya ialah 'Masa depan melindungi dengan aluminium'.

Aluminium China 2019 dan Lightweight Asia 2019, dianjurkan oleh Reed Exhibitions, akan berlangsung mulai 10 hingga 12 Julai di Shanghai. Pengunjung-pengunjung boleh mendapatkan tiket untuk acara ini dengan mengunjungi: www.aluminiumchina.com/en atau www.lightweightasia.com/en.

Perhubungan Media:
Julia Zhu
Tel: +86 10 5933 9054
Emel: julia.zhu@reedexpo.com.cn

Source: Reed Exhibitions China
Keywords: Mining/Metals Trade show news