omniture

Next Story Group tembusi Vietnam dengan Jenama Kafnu

Kafnu Ho Chi Minh City Dibuka dan Alu-alukan Ahli-ahli
Next Story Group
2019-07-03 23:56 385

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 3 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat hospitaliti antarabangsa, Next Story Group, mengadakan pembukaan Kafnu Ho Chi Minh City di tengah-tengah salah satu pasaran baru muncul utama di Asia. Kafnu Ho Chi Minh City ialah hartanah Kafnu kelima yang dibuka di seluruh dunia, susulan pelancarannya di Taipei, Bengaluru dan Sydney, sejak penampilan sulung jenama ini di Hong Kong pada lewat tahun 2017.

Kafnu Ho Chi Minh City ialah sebuah bangunan 8 tingkat yang terletak di Saigon Pearl. Ia terletak sejauh beberapa minit dari Daerah 1 dan 2 serta 30 minit jarak memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, lapangan terbang terbesar Vietnam. Ahli-ahli dapat menikmati akses sepanjang masa dan produktiviti mereka dijamin menerusi pelbagai ruang kerja termasuk meja panas dan pejabat peribadi, internet berkelajuan tinggi, pondok telefon kalis bunyi dan lima buah bilik mesyuarat dengan keupayaan persidangan video.

Berkeluasan 2,440 meter persegi, Kafnu Ho Chi Minh City juga mempunyai ruang acara seluas 180 meter persegi berbilang skrin yang membolehkan ahli-ahli mengadakan pelancaran produk, bengkel dan acara-acara lain untuk sehingga 150 orang tetamu. Terdapat juga lapan bilik hotel en-suite yang memastikan ahli-ahli dari luar bandar tersebut mendapat tidur waktu malam yang secukupnya dan bangun dengan pemandangan latar langit bandar tersebut. Ahli-ahli juga boleh bersenam di Virtual Fitness Studio yang menawarkan lebih 1,500 kelas, bersosial di Habitat Cocktail Bar dan menikmati hidangan Asia moden di Soy Restaurant.  

"Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada kisah pertumbuhan Vietnam," kata Chris Edwards, Pengurus Besar Kafnu Ho Chi Minh City. "Kami menyasarkan untuk menjadi pemangkin kejayaan kepada para usahawan dan perintis kreatif yang memilih untuk membina perusahaan, jenama dan rangkaian peribadi mereka di hab ekonomi meriah di Bandar Raya Ho Chi Minh. Bagi menyokong usaha mereka, kami memupuk komuniti yang mesra dan ramah dengan pencetus perubahan yang sealiran, membawakan program bersasaran serta menyediakan peluang unik bagi tujuan penemuan, hubungan dan pertumbuhan."

Dinamakan bersempena sebuah perkampungan desa, Himachal Pradesh, di utara India yang mana para pendaki berkumpul semula sebelum mendaki ke puncak Gunung Himalaya, jenama Kafnu menawarkan ruang kerja bersama, hotel butik dan komuniti sosial terbaik. Hartanah Kafnu terletak secara strategik dan direka untuk menggalakkan penciptaan semula, penerokaan bersama dan inovasi bersama. Kafnu menyasarkan untuk meningkatkan potensi individu dan kumpulan ahli-ahlinya, termasuk pencipta dan pemilik perniagaan serta menyokong mereka dalam perjalanan mereka menuju kejayaan dengan menyediakan persekitaran yang ideal kepada mereka untuk bekerja, berehat dan bersosial.

Kafnu turut menawarkan acara ahli tempahan khas dan bengkel dikuratorkan yang disesuaikan mengikut keperluan komunitinya, menyediakan akses kepada sumber, keupayaan dan individu yang menginspirasikan kejayaan. Ahli-ahli Kafnu dapat menikmati akses kepada semua hartanah Kafnu di seluruh dunia, yang bermaksud mereka dapat kekal terhubung dengan komuniti Kafnu, walau di mana pun kerja dan inspirasi membawa mereka.

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group mencipta dan mengubah kawasan bandar menjadi masyarakat berkembang maju dengan memanfaatkan kuasa imaginasi manusia dan inovasi. Kini, kumpulan ini memiliki, mengurus dan memfrancaiskan 37 hotel dan pusat peranginan di Australia, Laos dan Thailand, membawa jenama-jenamanya termasuk Next Hotels, Sage Hotels dan LinQ Hotels. Ia turut mengurus lima ruang Kafnu di Bandar Raya Ho Chi Minh, Sydney, Bengaluru, Taipei dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-a

Source: Next Story Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services