omniture

25 Titisan Air Gergasi Muncul di The Tide di Greenwich Peninsula - Taman Linear Kebudayaan Tepi Sungai Pertama London

Greenwich Peninsula
2019-07-04 23:00 113

LONDON, 4 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Artis konseptual berpangkalan di LA, GERONIMO secara rasminya membuka destinasi tepian sungai terbaharu di London, The Tide di Greenwich Peninsula, dengan pemasangan berskala besar 25 titisan air yang bertenaga dan kembung secara artistik. Percuma untuk tatapan awam mulai 5-14 Julai.

The Tide Greenwich Peninsula @Jeff Moore
The Tide Greenwich Peninsula @Jeff Moore

Berukuran antara 1 hingga 7 meter tinggi, titisan air kembung berwarna terang, yang diinspirasikan oleh air berhampiran, mencakupi panjang fasa pertama bagi taman linear kebudayaan sepanjang lima kilometer yang direka oleh Diller Scofido + Renfro, pereka bersama New York High Line. I Can Taste You On a Rainy Day muncul sebagai sebahagian daripada Turning Tides Festival, festival kebudayaan percuma yang menyediakan persembahan muzik langsung, seni, filem, aktiviti kesihatan holistik dan jamuan makan, berlangsung sepanjang hujung minggu 5-7 Julai dan 12-14 Julai, bagi meraikan pembukaan The Tide.

Dengan pemasangan yang mewujudkan latar belakang yang berwarna warni, barisan artis UK dan Antarabangsa yang terkenal mengambil alih taman tinggi untuk festival ini. Mengetuai barisan artis ialah bekas penyanyi Supergrass Gaz Coombes, penyanyi British Laura Mvula, artis yang memenangi anugerah Grammy Oumou Sangaré, kurator pengaturcaraan muzik Village Underground, artis berpakaian perempuan yang ikonik Sink the Pink, kumpulan London bertenaga tinggi Melt Yourself Down dan pemasangan seni Wish Trees yang mengambil bahagian daripada Yoko Ono. Terdapat juga pawagam sementara dengan makanan dan minuman dihidangkan oleh Stevie Parle's CRAFT London.

Beberapa jamuan makan di tepi sungai, memastikan agar pengunjung sentiasa diberi makan secukupnya. Mengambil tempat di atas meja Seafood Disco Picnic pasangan artis Studio Morison, meja piknik terpanjang London berukuran 27 meter, cef-cef jemputan termasuk Steve Parle's Pastaio, Matt Williamson, Disappearing Dining Club dan Studio Morison x Berber Q, menawarkan piknik di tepi sungai, BBQ besar, jamuan makanan laut dan banyak lagi.

Terbuka dan boleh diakses oleh semua, The Tide juga menampilkan karya seni hebat dan keingintahuan reka bentuk untuk diterokai. Karya pertama yang dibawakan pada musim panas ini - dua arca daripada artis British ikonik Damien Hirst, Treasures Wreck of the Unbelievable; karya seni 8 meter Head in the Wind oleh artis pop British Allen Jones; dan Siblings – karya bercorak ilusi berskala besar oleh Morag Myerscough.

"The Tide adalah untuk semua orang dan dibawakan ke London dengan landskap 3D terang yang unik sepenuhnya," ulas Kerri Sibson, Pengarah Greenwich Peninsula. "Terletak di antara pokok-pokok pain dan rumput liar yang melapisi Sungai Thames, titisan air GERONIMO mewujudkan persekitaran futuristik yang ajaib. Gabungan antara seni, alam semula jadi dan reka bentuk serta kejuruteraan bertaraf dunia The Tide merangkumkan semua yang terdapat dan akan terjadi di Peninsula baru muncul." 

The Tide, Greenwich Peninsula & Damien Hirst Mermaid @Jeff Moore
The Tide, Greenwich Peninsula & Damien Hirst Mermaid @Jeff Moore

 

The Tide, Greenwich Peninsula 7 @Jeff Moore
The Tide, Greenwich Peninsula 7 @Jeff Moore

 

The Tide, Greenwich Peninsula, GERONIMO 6 @Jeff Moore
The Tide, Greenwich Peninsula, GERONIMO 6 @Jeff Moore

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/943003/The_Tide_Greenwich_Peninsula.jpg  
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/943005/The_Tide_Damien_Hirst.jpg
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/943006/The_Tide_Greenwich_Peninsula.jpg  
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/943009/The_Tide_Greenwich_Peninsula.jpg

Source: Greenwich Peninsula
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Film & Motion Picture Health Care/Hospital Music Restaurants Retail Supplementary Medicine Travel New products/services Trade show news