CALGARY, Alberta, 5 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Seratus tahun selepas warga Calgary memilih untuk mendedikasikan persembahan luar terhebat di dunia kepada tentera Perang Dunia Pertama Kanada yang pulang, Mint mengeluarkan duit syiling perak baharu bagi memperingati Victory Stampede 1919 yang bersejarah. Duit syiling ini diperkenalkan petang semalam di pameran Ketenteraan Stampede Park yang mempamerkan dan memberi penghormatan kepada Angkatan Bersenjata Kanada.
"Calgary Stampede ialah satu sambutan yang tidak dapat dilupakan terhadap semangat rintis dan budaya barat yang berkembang maju di Alberta," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 Victory Stampede, syiling ini juga merupakan cara yang hebat untuk mengingati tentera yang mempertahankan kebebasan dan nilai kami dalam Perang Dunia Pertama."
"Victory Stampede 1919 menyediakan tempat buat semua orang untuk berhimpun dan meraikan susulan Perang Besar tersebut. Seratus tahun kemudian dan kami terus menjadi tempat berhimpun untuk komuniti kami," kata Dana Peers, Presiden & Pengerusi Lembaga Calgary Stampede. "Kami amat berbangga dengan sejarah kami dan peluang untuk sejarah kami diiktiraf menerusi duit syiling kenang-kenangan adalah amat istimewa."
Rekaan oleh artis Calgary Michelle Grant pada bahagian belakang duit syiling perak tulen 99.99% ini menonjolkan keterujaan pertandingan tanjul yang merupakan salah satu daripada banyak acara rodeo dalam program Victory Stampede. Seramai 57,000 penonton yang hadir pada minggu terakhir bulan Ogos 1919 dihiburkan oleh koboi lelaki dan wanita yang menunjukkan kemahiran mereka dalam tunggangan bronco, tanjul beragam, tunggangan muslihat, perlumbaan berganti-ganti dan banyak lagi. Meneruskan kejayaan acara bersejarah tersebut, Calgary Stampede menjadi acara tradisi tahunan.
Di latar depan adegan Stampede klasik ini, koboi bersadur emas secara selektif menunggang di atas kuda beliau yang berlari kencang dengan memegang kejap tali kekang pada sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memusingkan tanjul belulang berpintal secara tradisional yang digunakan untuk mengikat ternakan. Bahagian tepi duit syiling itu sendiri meniru corak berpintal tanjul berkenaan. Latar belakangnya dipenuhi dengan penonton yang mengagumi pertunjukan tersebut dari astaka besar asal.
"Tentera Kanada sekali lagi benar-benar diberi penghormatan menerusi perkongsiannya dengan Calgary Stampede dan Royal Canadian Mint ini," kata Brigadier Jeneral Stephen Lacroix, Komander, Divisyen Kanada ke-3/Pasukan Petugas Bersama Barat dan Marsyal Perarakan Rempuh Kehormat. "Kami terharu dengan sokongan daripada seluruh penduduk Kanada dan berharap agar dapat memperingati ulang tahun ke-100 Calgary Stampede ini dengan gaya Alberta yang sebenar sebagai 'Angkatan Tentera Barat'."
Syiling Perak Halus $20 2019 – Victory Stampede mempunyai tempaan terhad sebanyak 6,500 unit dan berharga $119.95. Mulai 5 hingga 7 Julai, the Royal Canadian Mint menjual syiling ini, berserta banyak lagi syiling boleh kumpul luar biasa yang lain di BMO Marketplace, di tengah-tengah Stampede Park.
Mint turut kembali ke Calgary untuk konvensyen Royal Canadian Numismatic Association 2019 mulai 18-20 Julai 2019, yang mana syiling Victory Stampede dan syiling boleh kumpul berkualiti tinggi yang lain akan dipamerkan dan dijual. Terdapat juga pameran inovasi yang mengujakan daripada R+D Lab Mint, selain pertukaran duit syiling yang membolehkan pengunjung memperoleh syiling edaran ulang tahun ke-75 Equality dan D-Day baharu. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.rcna.ca/2019/program.php.
Syiling Victory Stampede juga boleh dibeli dengan menghubungi Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau secara dalam talian di www.mint.ca. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta melalui rangkaian peniaga dan pengedar global Mint, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.
Imej duit syiling Victory Stampede disediakan di https://www.dropbox.com/sh/gobqj6jhq24g6ot/AABEIA6ZGIJURm2NR8XJ32Mha?dl=0
Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca.
Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/931025/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_issues_new_silver_coin_m.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/930876/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_issues_new_silver_coin_m.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/943137/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_issues_new_silver_coin_m.jpg
Pihak media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca