Eksekutif komersial berpengalaman bakal pimpin usaha pertumbuhan syarikat
BALTIMORE, 9 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Prometric hari ini mengumumkan Alex Paladino sebagai Ketua Pegawai Hasil untuk syarikat. Sebagai anggota dalam pasukan pengurusan kanan, Cik Paladino akan bertanggungjawab untuk memimpin organisasi-organisasi berdepan pelanggan dan industri, merumuskan dan melaksanakan strategi komersial sasaran pasaran Prometric, termasuk meningkatkan pemerolehan pelanggan baharu, mengekalkan dan memperluas hubungan pelanggan sedia ada dan mencapai objektif kewangan korporat. Beliau akan bekerjasama erat dengan anggota-anggota lain daripada pasukan pengurusan kanan untuk menyelaraskan pelaburan syarikat dalam teknologi inovatif dan keupayaan perkhidmatan dengan keperluan pasaran.
"Kami berasa amat gembira untuk mengalu-alukan Alex Paladino ke dalam pasukan kepimpinan kami," kata Charlie Kernan, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prometric. "Sepanjang kerjaya beliau, Alex telah menumpu secara meluas untuk mendorong penjajaran merentas organisasi pada aspek penumpuan pelanggan selain mengelolakan dan memimpin pasukan pengurusan akaun yang besar, pembangunan perniagaan dan sokongan pelanggan. Keluasan pengalaman beliau dalam menggalakkan penyelesaian inovatif untuk banyak vertikal industri yang mana Prometric bergiat aktif akan memberi manfaat kepada pelanggan kami dan mendayakan pertumbuhan dan kejayaan berterusan kami."
Cik Paladino menyertai Prometric setelah membina kerjaya kepimpinan yang membuahkan hasil di Thomson Reuters yang mana baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Global dan Ketua Kumpulan Amalan Teknologi. Menerusi kapasiti ini. beliau berkhidmat sebagai anggota pasukan eksekutif untuk Pejabat Strategi Korporat, menyelia pembangunan inisiatif-inisiatif pertumbuhan seluruh firma yang berkhidmat kepada pelanggan dalam pasaran-pasaran yang kukuh dan baru muncul. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama syarikat, Cik Paladino bertanggungjawab untuk mengurus hubungan pelanggan perusahaan global, memimpin usaha-usaha transformasi untuk mengukuhkan kedudukan firma demi kelebihan daya saing dan pertumbuhan mampan melalui sasaran pasaran bertaraf dunia, keupayaan rentas jualan dan penglibatan pelanggan. Ini termasuk membangunkan struktur dan keupayaan organisasi baharu bagi meningkatkan penumpuan pelanggan dan menggalakkan suara amalan terbaik pelanggan dalam firma berkenaan.
Terkenal dalam perkhidmatan kewangan dan industri teknologi atas tumpuan pelanggan kukuh oleh beliau dan kebolehan membangunkan perkongsian perniagaan yang strategik dengan pemimpin-pemimpin industri global, Cik Paladino memegang rekod prestasi terbukti dalam membina pelbagai organisasi berprestasi tinggi, memperjuangkan pembangunan bakat dan mempengaruhi perubahan budaya yang positif. Cik Paladino kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Lembaga Pengarah dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bantuan Komuniti, The Women's Bond Club, sebuah pertubuhan bukan untung terkemuka di Bandar Raya New York yang mana misinya adalah untuk memajukan kepimpinan wanita merentas perkhidmatan kewangan dan industri-industri berkaitan.
"Prometric mempunyai reputasi yang baik kerana menyediakan sokongan dan perkhidmatan operasi berkualiti tinggi kepada syarikat-syarikat terkemuka, pertubuhan-pertubuhan bukan untung dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menganugerahkan sijil profesional atau memberikan lesen untuk pekerjaan dan kemajuan merentas pelbagai industri," kata Cik Paladino. "Saya berasa teruja dengan peluang untuk memimpin organisasi komersial Prometric dalam membangunkan keupayaan produk dan perkhidmatan baharu serta model organisasi baharu yang akan menghasilkan nilai yang jauh lebih besar kepada organisasi-organisasi yang memilih kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan penilaian pilihan mereka."
Latar Belakang Prometric
Prometric membolehkan penaja-penaja ujian seluruh dunia memajukan program-program pembuktian kelayakan mereka melalui penyelesaian pembangunan dan penyerahan ujian yang menetapkan piawaian dari segi kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan. Prometric menawarkan pendekatan yang komprehensif dan andal untuk memberi khidmat nasihat, membangunkan, mengurus dan menyediakan program-program dalam persekitaran bersepadu yang didayakan teknologi merentas rangkaian ujian yang paling selamat di dunia di lebih 180 negara atau melalui kemudahan perkhidmatan ujian dalam talian. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.prometric.com atau ikuti kami di Twitter melalui @PrometricGlobal dan www.linkedin.com/company/prometric/.